SitiNorliza.com

Dari Wanita Untuk Wanita

Mesin Cair Coklat

Adakah Vitamin D Penting Untuk Wanita

Adakah Vitamin D Penting Untuk Wanita
Info Vitamin D

Share on FacebookPin on PinterestShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditEmail this to someonePrint this page

Vitamin D

Vitamin D ialah salah satu daripada vitamin daripada jenis larut lemak. Sebenarnya ia juga berfungsi sebagai hormon. Antara fungsi vitamin D ialah ia membantu dalam mengaktifkan kalsium dan fosforus  (dimana kedua – dua bahan ini penting di dalam pembinaan tulang yang kuat) ke dalam saluran darah. Apabila badan kita mengaami kekurangan vitamin D ataupun jumlah vitamin D yang rendah, badan kita akan mengembalikan kembali kandungan vitamin D didalam badan daripada tulang kita. Kesannya, tulang kita akan menjadi nipis dan ia adalah salah satu punca kepada berlakunya osteoperosis.

Antara sumber vitamin D ialah seperti ikan. Selain itu, cahaya matahari juga memainkan peranan untuk menambahkan vitamin D pada wanita.

Info Vitamin D

Info Vitamin D

Apakah cadangan bagi pengambilan Vitamin D ?

Orang muda memperolehi sinaran cahaya matahari pada siang hari pada kadar yang mencukupi. Oleh sebab itu, kandungan vitamin D di dalam badan mereka berada pada tahap yang stabil. Hal ini mungkin berlainan kepada wanita pada usia pertengahan dan usia emas. Pihak FDA ( Foods and Drugs Administration) mencadangakan yang mereka mengambil supplemen tambahan vitamin D dan kalsium, kerana kedua- dua bahan ini saling berkaitan antara satu sama lain.

Tags: ,
banner 468x60