SitiNorliza.com

Dari Wanita Untuk Wanita

Mesin Cair Coklat

BAJET 2014 – Apa Yang Kita Dapat?

BAJET 2014 – Apa Yang Kita Dapat?
Maklumat Bajet 2014

Share on FacebookPin on PinterestShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditEmail this to someonePrint this page

 

Pembentangan Bajet 2014 telah diumumkan semalam. Disini , SitiNorliza.com ingin berkongsi ringkasan daripada teks ucapan YAB Dato Seri Najib Tun Razak :

 

Bajet 2014 Malaysia

Bajet 2014 Malaysia

 

Apa Yang Kita Dapat Secara Langsung:

  • Bonus setengah bulan gaji (minimum RM500) kepada penjawat awam bermula awal Januari tahun depan (Untuk Gred 1 sehingga Gred 54 sahaja)
  • Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Bagi mereka yang bujang, berumur 21 tahun ke bawah dan berpendapatan tidak melebihi RM2000 , jumlah bantuan BR1M akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. Bagi isi rumah yang berpendapatan RM3000 ke RM4000 , bantuan sebanyak RM450 akan diberikan kepada mereka (Ini adalah tindakan pertama dari kerajaan untuk membantu golongan ini. Ini dilakukan kerana kos sara hidup yang semakin meningkat dari masa ke semasa)
  • Caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1 Malaysia ( i-BR1m) sebanyak RM50 akan diberikan kepada semua isi rumah penerima BR1M. Insurans ini membolehkan penerimanya memperoleh sehingga maksimum RM30000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Caruman insurans ini juga akan diperolehi oleh penerima BR1M yang berpendapatan dari RM3000 hingga RM4000 sebulan.
  • Bantuan persekolahan kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengan sebanyak RM100 akan diteruskan. Ia dijangka dapat mengurangkan sedikit jumlah perbelanjaan untuk persiapan anak – anak ke sekolah pada awal tahun depan
  • Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia sebanyak RM250 juga akan diteruskan kepada pelajar pra universiti dan pelajar institut pengajian tinggi awam / swasta di seluruh negara. Bantuan baucar ini diharapkan dapat mengurangkan sedikit beban pelajar membeli buku – buku dan bahan – bahan pengajian.
  • Kerajaan memperuntukan sebanyak RM30 juta untuk membuka lebih kurang 60 Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) . Penubuhan kedai rakyat ini sememangnya membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam membeli barangan keperluan. Kami juga berharap agar barang – barangan basah seperti ikan , sayur dapat dijual di Kedai Rakyat ini untuk lebih membantu rakyat.
  • RM 331 juta untuk kos penyeragaman harga dan kos pengangkutan di antara Sabah , Sarawak dan Semenanjung. Kami berharap dengan peruntukan ini, ia dapat membantu penduduk di Sabah dan Sarawak dalam menjalani kehidupan seharian dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar ini.
  • Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (My Home) akan diperkenalkan. Mana – mana pemaju yang mengikuti program ini akan diberi subsidi sebanyak RM30 000 untuk setiap rumah yang akan dibina
  • Pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 kepada golongan berpendapatan sederhana yang memperoleh pendapatan sehingga RM8,000 sebulan.
  • Sebanyak 223,000 unit rumah mampu milik akan dibina oleh kerajaan dan sektor swasta pada tahun 2014.
  • Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM578 juta bagi Jabatan Perumahan Negara (JPN) untuk membina 16,473 unit rumah Program Perumahan Rakyat.
  • Sebanyak RM146 juta akan diperuntukkan kepada Jabatan Perumahan Negara untuk membina 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu.
  • Dana sebanyak RM1 bilion akan diperuntukkan bagi PR1MA untuk menyediakan 80,000 unit rumah pada harga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.
  • Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 15,122 unit rumah mampu milik, 3,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 8,000 unit Rumah Mesra Rakyat.
  • Kerajaan akan memperkenalkan kategori baharu Rumah Mesra Rakyat dengan harga jualan daripada RM45,000 hingga RM65,000 dan subsidi sebanyak RM15,000 hingga RM20,000 seunit.
  • Pinjaman boleh dilakukan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi usahawan India Malaysia
  • SPUM1 (Skim Pembiayaan Usahawan Muda India) diperkenalkan dan diberikan dana sebanyak RM50 juta dibawah TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga)
  • SUPERB (Skim Usahawan Permulaan Bumiputera) akan diperkenalkan dan diberikan dana sebanyak RM30 juta oleh kerajaan.
  • Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.
  • Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak satu hingga tiga mata peratusan bagi semua pembayar cukai.
  • Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank. Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.
  • Peruntukan akan diberikan oleh kerajaan untuk melatih 5000 usahawan muda setiap tahun
  • Peruntukan akan diberikan untuk meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.Kelajuan Internet juga akan dinaikkan kepada 10 Mbps.

 

 

Apa Yang Kita Dapat Secara TIDAK LANGSUNG:

  • Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.
  • Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru akan dibina
  • Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.
  • Kerajaan akan memperuntukkan dana RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.
  • Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit akan dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak.
  • Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun depan.
  • Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan.
  • Kerajaan akan memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.
  • Kerajaan akan menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang,  pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.
  • Peruntukan sebanyak RM 312 juta akan digunakan untuk menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah.
  • Kerajaan akan menyalurkan dana untuk projek penaik tarafan Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan.
  • Kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta bagi tujuan untuk meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak
  • Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa ‘close-out netting’ menerusi kontrak kewangan.
  • Kerajaan akan memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
  • Kerajaan akan mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.
  • Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk.
  • Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.
  • Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.
  • Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).
  • Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC.
  • Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank. Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.
  • Peruntukan sebanyak RM120 juta akan dikeluarkan bagi pakej bersepadu untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS.
  • Kerajaan akan melanjutkan beberapa insentif di bawah program Green Lane Policy sehingga 31 Disember, 2017.
  • Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Disember, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.
  • Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM yang bakal diwujudkan akan menerajui inisiatif ini untuk mengelakkan pertindihan dan keciciran dalam pemberian bantuan kepada golongan sasar.
  • Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.
  • Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.
  • Kadar cukai pendapatan korporat akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus.
  • Kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak 1 mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus daripada tahun taksiran 2016.
  • Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan sebanyak 1 hingga 2 mata peratusan daripada tahun taksiran 2015.
  • Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberikan Elaun Modal Dipercepat sehingga tahun taksiran 2016.
  • Yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai dibenarkan sebagai potongan cukai daripada tahun taksiran 2015.
  • Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak satu hingga tiga mata peratusan bagi semua pembayar cukai.
  • Pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000.
  • Kadar cukai maksimum semasa pada 26 peratus akan dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus.
  • Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST akan diberi potongan cukai tambahan bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.
  • Geran latihan RM100 juta akan disediakan kepada perniagaan yang menghantar kakitangan menjalani latihan GST pada 2013 dan 2014.
  • RM150 juta bantuan kewangan bagi PKS untuk membeli perisian perakaunan pada 2014 dan 2015.
  • Jawatankuasa Pemantauan GST akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan GST.
  • RM2.9 bilion diperuntukkan bagi projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan kemudiannya dilanjutkan ke Johor Baharu serta menaik taraf landasan kereta api seluruh negara.
  • RM62 juta bagi kemudahan ‘park and ride’ di stesen LRT, KTM Komuter dan ERL.
  • RM15.3 juta bagi Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat bagi memastikan pengagihan teksi kepada penumpang dengan lebih cekap.
  • RM28 juta bagi membina hentian akhir bandar dan menaik taraf perhentian bas serta kemudahan ‘drop-and-ride’.
  • RM28 juta bagi membaik pulih tren Electric Multiple Unit bagi memastikan kekerapan dan kecekapan perkhidmatan.
  • RM20 juta bagi program Cabaran Perniagaan Luar Bandar.
  • Pegangan ekuiti dan pemilikan hartanah Bumiputera akan ditingkatkan melalui Skim Jejak Jaya Bumiputera, Skim Amanah Saham Bumiputera 2 dan pengukuhan institusi hartanah Bumiputera.
  • SME Bank akan menubuhkan Dana Ekuiti Bumiputera atau EquiBumi dengan peruntukan RM300 juta untuk menyediakan kemudahan pinjaman kepada syarikat Bumiputera yang berwibawa bagi mengambil alih syarikat tersenarai atau syarikat yang   berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
  • Kemudahan pinjaman RM200 disediakan oleh SME Bank bagi program pembangunan semula Tanah Rezab Melayu di kawasan strategik.
  • Perbelanjaan operasi yang ditanggung oleh syarikat utama, terutamanya GLC, akan diberi potongan cukai dua kali bagi meningkatkan pengukuhan program pembangunan vendor.
  • Kemudahan pembiayaan pinjaman mudah bagi PKS daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (dana RM300 juta) dan TEKUN (dana RM700 juta).
  • Cukai Keuntungan Hartanah dinaikkan kepada 30 peratus bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga tiga tahun.
  • Harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta.
  • Majlis Perumahan Negara ditubuhkan untuk mengukuhkan pasaran hartanah dan meningkatkan peluang bagi rakyat memiliki rumah.
  • RM1 bilion untuk Dana Mudahcara Perumahan di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

 

Ini semua adalah ringkasan daripada ucapan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semoga Bajet 2014 kali ini memberi manfaat kepada kita semua.

 

 

Tags:
banner 468x60