SitiNorliza.com

Dari Wanita Untuk Wanita

Mesin Cair Coklat

Bersilaturrahim – Taaruf

Bersilaturrahim – Taaruf
Taaruf Silaturrahim
Posted by:

Share on FacebookPin on PinterestShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditEmail this to someonePrint this page

Apa itu Taaruf?

Taaruf bererti bersilaturrahim . Kata taaruf berasal dari kata ta’arrufa yang bermaksud ‘mengenal” .Di dalam Islam taaruf bermaksud berkenalan atau bertandang ke rumah seseorang dengan niat berkenalan untuk mencari jodoh, untuk mempertemukan pasangan yang berniat untuk berkahwin dengan maksud agar saling berkenalan . Ia juga untuk mengetahui kriteria calon pasangan yang ingin dinikahi.

Ketika bertaaruf, seseorang lelaki atau perempuan berhak untuk bertanya secara lebih terperinci seperti soalan berkenaan penyakit, kebiasaan baik dan buruk, sifat dan pelbagai lagi persoalan dimana intinya kedua belah pihak haruslah bersifat jujur dan ikhlas.

 

Bagaimanakah caranya mengenal antara seorang lelaki dan perempuan dalam konsep taaruf?

 

  • Terdapat adab berkunjung ke rumah wanita atau silaturrahim dimana seorang lelaki adalah wajib menjaga pandangannya dan seorang wanita haruslah menjaga adabnya.

 

“Katakan kepada kaum mukminin hendaklah mereka menjaga pandangan serta kemaluan mereka. Dan katakan pula kepada kaum mukminat hendaklah mereka menjaga pandangan serta kemaluan mereka”

 

  • Mengenal kriteria masing – masing secara jujur . Pembohongan hanya akan menimbulkan pelbagai masalah di kemudian hari.
  • Elakkan tempoh antara pertunangan yang telah diputuskan dengan tarikh perkahwinan semasa bertaaruf terlalu lama kerana ia akan menimbulkan pelbagai fitnah.
  • Jangan terlalu malu. Jika kedua – dua pasangan sudah seakan – akan bersetuju untuk ke jinjang pelamin, segerakanlah proses pernikahan. Lebih cepat lebih baik kerana ia akan memelihara kemuliaan kedua – dua pihak.
  • Silaturrahim antara dua keluarga haruslah diteruskan apabila sudah mencapai kesepakatan untuk bernikah. Semua proses sebelum , semasa dan selepas pernikahan haruslah dilaksanakan di dalam suasana silaturrahim islami.

Silaturrahim haruslah dijaga dan diteruskan. Orang yang selalu menjaga silaturrahim adalah orang yang tidak akan putus kasih sayangnya dan akan bertambah ibadahnya.

Tags:
banner 468x60