SitiNorliza.com

Dari Wanita Untuk Wanita

Mesin Cair Coklat

Makna Dan Erti Anak

Makna Dan Erti Anak
Bayi Comel
Posted by:

Share on FacebookPin on PinterestShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditEmail this to someonePrint this page

Kelahiran seorang anak adalah penantian yang sangat dinantikan oleh kedua orang tua, ketika anak ini dilahirkan di dunia ini oleh seorang ibu untuk mempertaruhkan nyawanya tentunya ia menjadi sangat yang amat bahagia bagi kedua mereka. Ia juga dapat memberikan motivasi dan semangat yang baru bagi kedua orang tua.

Kelahiran seorang anak menjadi penawar bagi kesedihan, ubat dari segala jenis penyakit, hiburan bagi keluarga dan juga harapan yang positif bagi orang tua untuk meneruskan kejayaan keluarganya. Banyak cerita yang dapat dikongsi untuk tatapan kita semua:

  • Ketika sang ayah pulang dengan segala penat lelahnya dan kemudian melihat karenah anaknya, segala keletihannya akan hilang dengan serta merta.
  • Pergaduhan antara suami isteri juga akan lebih reda apabila memandang wajah tulus anaknya, senyum anaknya. Segala amarah itu akan bertukar menjadi senyuman.

Ada pepatah yang menyatakan bahawa anak adalah anugerah dan rezeki sehingga timbul kata – kata “Banyak anak , banyak rezeki” tetapi benarkah begitu??

Bayi Comel

Bayi Comel

Ini bermaksud, dengan adanya anak, kemuraman akan bertukar kepada kebahagian, dan kesunyian akan menjadi kedamaian. Itulah rezeki yang dimaksudkan.

Kertas yang putih suci, diibaratkan sebagai anak yang baru lahir. Bersih dan suci dipandang . Jika kertas itu ditulis dengan sebaik mungkin, ia akan kelihatan begitu indah, tetapi jika sebaliknya, ia akan kelihatan comot. Setiap orang tua pasti mengidamkan untuk memiliki seorang anak yang cerdas, bijak , soleh dan solehah. Oleh itu, pendidikan awal sangat penting untuk merealisasikannya. Amat rugilah jika orang tua mengabaikan anaknya, padahal ia adalah rezeki daripada Allah untuk dibawa ke akhirat kelak.

 

5 Makna Anak Untuk Orang Tua

  1. Anak dapat menambah semangat dan motivasi kita untuk mencapai kesempurnaan di dalam kehidupan. Hal ini dapat dilihat apabila seorang ibu hampir untuk melahirkan anaknya. Walau sekuat mana kesakitan yang ditanggung oleh sang ibu, dia tetap semangat berkorban demi kelahiran permata hatinya itu. Sang ayah juga terus berdoa dan memberi semangat kepada isterinya agar semuanya lancar.
  2. Anak dapat menambahkan warna di dalam kehidupan kita. Hidup akan menjadi lebih ceria . Kesedihan akan bertukar kepada kegembiraan. Hilai tawa anak dapat meredam dan melenyapkan segala kekusutan yang kita alami di dalam hidup ini.
  3. Anak dilahirkan untuk menguji iman kita. Di dalam Al Quran, QS 8:28, Allah telah berfirman : “Dan ketahuilah bahawa hartamu, dan anak-anakmu itu hanyalah cubaan dan sesungguhnya disisi Allah jualah pahala yang besar”. Orang tua yang sabar dalam menghadapi karenah anaknya, adalah ibu bapa yang berjaya.
  4. Anak adalah bekal akhirat untuk orang tua. Anak yang soleh dan solehah dapat membantu ibu bapanya ketika di Padang Mahsyar kelak.
  5. Anak adalah tempat bergantung di hari tua. Ketika ibu bapa sudah tua, siapa yang akan menjaga mereka? Anak yang baik , adalah anak yang dapat menjaga ibu bapa mereka setulus hati ketika mereka tua kelak.

 

Kepada ibu bapa, bersyukurlah dengan kehadiran anak anda. Janganlah mengeluh, kerana Allah tidak akan memberikan bebanan kepada hambanya sesuai dengan keadaan hidupnya. Didiklah anak – anak anda dengan didikan agama.

Berikut adalah hak anak – anak daripada ibu – bapa :

  • Berikan anak nama yang baik ketika mereka lahir.
  • Berikan anak  didikan agama yang secukupnya.
  • Nikahkan anak anda jika sudah dewasa.

 

Klik untuk download >> Aplikasi Nama Nama Bayi Islam . Semoga bermanfaat.

Nama Bayi Islam

 

Di media massa, kerap kali kita mendengar isu pembuangan bayi. Tidakkah mereka mengetahui dosa yang bakal mereka tanggung di akhirat kelak? Masih ramai juga pasangan yang belum dikurniakan anak walaupun telah puluhan tahun berkahwin.. Semoga Allah membuka mata hati mereka.. Bagi pasangan yang belum dikurniakan anak, bersabarlah..insyaallah ada jalannya.

Berikut adalah aplikasi yang pihak kami hasilkan bagi membantu anda cepat hamil. Semoga bermanfaat :

Klik disini untuk donwload >> Aplikasi Petua Cepat Hamil 

Petua Cepat Hamil 1Petua Cepat Hamil 2

Petua Cepat Hamil 3

 

 

Tags:
banner 468x60