SitiNorliza.com

Dari Wanita Untuk Wanita

Mesin Cair Coklat

Makna Seorang Ibu

Makna Seorang Ibu
Kasih Ibu Selamanya

Share on FacebookPin on PinterestShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditEmail this to someonePrint this page

Ibu adalah lambang syurga kepada anak – anak. Rasulullah S.A.W. mengatakan bahawa syurga berada di telapak kaki ibu. Ibu adalah seorang wanita yang paling mulia di dunia ini. Ibu yang misali adalah ibu yang memberikan pendidikan dan kasih sayang yang terbaik kepada anak – anak mereka. Mereka melakukannya dengan penuh ketakwaan , kasih sayang dan melaksanakn tanggungjawab sebagai guru terbesar yang sangat mempengaruhi perkembangan seseorang anak. Oleh itu , kejayaan anak itu setinggi apa pun ia , ia pasti berakar umbi dari pengorbanan seorang ibu .

Kasih Ibu

Kasih Ibu

 

Renungkanlah erti seorang ibu dalam kehidupan anda? Tanyakan kepada diri anda apakah anda memberikan kasih sayang anda kepada ibu sebagaimana ibu anda menyayangi anda? Pandang dan kecuplah ibu anda. Anda akan menyedari begitu cinta dan kasihnya ibu anda kepada anda. Selalulah mengenangkan kepayahan ibu anda ketika mengandung dan melahirkan anda. 

Ketahuilah bahawa ibulah yang membimbing kita , ibulah yang menasihati kita , ibulah yang selalu tersenyum tatkala kita kesusahan , ibulah yang akan selalu ikhlas menegur kita apabila kita salah. Mungkin sahaja kaedahnya berlainan dan nampak seolah – olah ibu kita memusuhi kita, tetapi percayalah bahawa ibu kita sangat menyayangi kita.

Semua ibu ingin melihat anak – anaknya berjaya. Oleh sebab itu ,  kita haruslah cuba sedaya upaya untuk membahagiakan mereka kelak. Sayangi dan cintai ibu anda sepenuhnya. Kepada wanita diluar sana , anda semua bakal menjadi ibu. Percayalah bahawa kecemerlangan generasi akan datang , bergantung kepada cara anda mendidik anak – anak anda. Jadilah ibu yang berwawasan dan bermotivasi tinggi.

Pengertian seorang ibu juga dijelaskan di dalam hadis iaitu :

“Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Kadir berkata , telah mengkhabarkan kepada kami, Sufyan dari Bahz bin Hakim dari bapaknya dari datuknya ia berkata : ‘Aku bertanya, wahai Rasulullah , siapa yang harus aku perlakukan dengan baik? Beliau menjawab , ibumu, kemudian ibumu , kemudian ibumu dan kemudian bapamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda , Tidaklah seseorag itu meminta sesuatu kelebihan (nikmat) kepada tuannya namun ia menolak meskipun yang diminta ada, maka pada hari kiamat kelak , nikmat yang ia tahan tadi akan dipanggilkan untuknnya dan wujud seekor ular Aqra’ (ganas). “Abu Daud berkata” kata Al Aqra’ adalah yang botak kepalanya disebabkan oleh racun (HR Abu Dawuud dan Tarmidzi)

Seorang ibu adalah telaga yang tidak akan kering dan terus mengalir sampai ajal menjemput…Sayangilah ibu anda.. Jangan menyesal apabila beliau sudah tiada..

Tags:
banner 468x60