SitiNorliza.com

Dari Wanita Untuk Wanita

Mesin Cair Coklat

Panduan Menghias Rumah

Panduan Menghias Rumah

Share on FacebookPin on PinterestShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditEmail this to someonePrint this page

Rumah adalah bahagian yang penting di dalam hidup kita. Rumah yang jarang dihias akan menimbulkan rasa bosan kepada pemilik / pengungjungnya.

 

Disini, pihak SitiNorliza.com ingin berkongsi tips – tips bagi  menghias rumah anda :

Antara perkara – perkara yang perlu diberi perhatian didalam menghias rumah ialah :

 

1) Buat Pilihan Anda Sendiri 

Cuba anda lihat keadaan sekeliling anda . Mulakan daripada bilik tidur , ruang tamu , dapur , ruang rehat , ruang solat dan lain – lain. Tentukan apa yang patut anda lakukan kepada rumah anda. Sediakan senarai semak bagi memudahkan kerja anda. Jangan biarkan orang lain yang tentukannya.

 

2) Elakkan Daripada Mengecat Dahulu

Sebaik – baiknya anda haruslah membuat piliahn dari segi fabrik , kusyen , permaidani, langsir dan kerusi meja sebelum mengecat rumah anda. Ini untuk mengelakkan terjadinya keadaan yang terlalu kontra dari segi pemilihan warna.

 

3) Belilah Setin Kecil Cat Dahulu

Tujuannya adalah untuk medapatkan “feel” warna tersebut. Jika anda merasakan is sesuai, barulah anda membeli dalam jumlah yang banyak. Jika anda rasa tidak sesuai, cuba lagi warna cat / kombinasi warna cat yang lain.

 

4) Pemilihan Warna Haruslah Sesuai

Jika anda mengecat bahagian rumah anda seperti ruang keluarga atau bilik permainan ,  warna yang sesuai adalah warna yang agak terang. Tujuannya adalah untuk menghidupkan suasana di kawasan itu. Warna yang gelap akan menimbulkan kesan suram dan malap. Oleh itu, pemilihan warna haruslah dilakukan dengan bijak.

 

5) Jangan Terlalu Fokus Kepada Satu – Satu Warna

Terdapat rakan kami yang menggunakan warna yang sama antara perabot rumah , meja dan kerusinya dengan warna dinding. Mereka mengatakan bahawa ia sesuai dengan jiwa mereka. Sebenarnya pemilihan warna bersifat universal dan individu. Terpulanglan kepada anda warna apa yang anda mahu gunakan. Tetapi, anda haruslah mengenalpasti warna apa yang dominan di sesuatu ruangan itu , dan pastikan warna dinding agak kontra dengan warna dominan itu bagi mewujudkan kesan paduan warna yang sesuai.

 

6) Susun Perabot Agak Jauh Sedikit Daripada Dinding

Tujuannya adalah untuk mengelakkan terjadinya sebarang garisan pada cat di dinding. Selain itu, penyusunan yang agak jauh dari dinding juga membolehkan ahli – ahli keluarga berbual dengan agak santai .

 

7) Elakkan Daripada Membina Sekatan

Jangan letakkan meja dikawasan laluan – lauan utama dan kerusi dihadapan pintu. Ini bertujuan bagi megelakkan kelancaran laluan daripada terganggu.

 

8) Jangan Terlalu Banyak Hiasan Di Dinding

Hiasan yang terlalu banyak di dinding akan menimbulkan keadaan yang serabut bagi mata yang memandang.Jika semua hiasan itu disusun dan diletakkan secara teratur, insyaallah tidak ada masalah. Jika susunannya tunggang langgang , lebih baik dikurangkan sahaja hiasannya. Pastikan saiz rumah juga sesuai dengan jumlah hiasan di dinding bagi mengelakkan sitausi yang agak janggal.

 

9) Kualiti Atau Harga

Di dalam pemilihan perabot rumah , dua isu ini sering bermainan difikiran kita. Jika kita lebih fokus kepada jangka masa panjang, pemilihan perabot yang agak berkualiti tapi agak mahal lebih sesuai jika dibandingkan dengan perabot yang murah tetapi tidak berkualiti. Jika anda lebih fokus kepada harga , mungkin anda boleh menggunakan perabot yang lebih murah tetapi penjagaan yang rapi harus diutamakan untuk menjaga ketahanan perabot tersebut.

 

10) Kebersihan Agenda Utama

Di dalam menghias rumah , kebersihan adalah aspek yang penting. Hiasan rumah yang cantik juga dicerminkan daripada rumah yang bersih. Penjagaan kebersihan rumah haruslah dilakukan secara berkala seperti  memebersihkan sebarang habuk bagi menceriakan suasana rumah anda.

 

Kami berharap agar 10 tips ringkas tadi dapat membantu anda bagi menghias rumah idaman anda. Insyaallah, minggu hadapan, pihak SitiNorliza.com akan mengulas berkenaan “Tips Menghias Rumah Dengan Bajet Kecil”

Semoga bermanfaat.

Tags:
banner 468x60