SitiNorliza.com

Dari Wanita Untuk Wanita

Mesin Cair Coklat

Petua Lembutkan Ayam Tua

Petua Lembutkan Ayam Tua
Petua Lembutkan Daging Ayam Tua

Share on FacebookPin on PinterestShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditEmail this to someonePrint this page

 

Disini, SitiNorliza.com ingin berkongsi petua – petua untuk lembutkan ayam tua. Senangla sikit nak makan ye ๐Ÿ™‚

 

Petua Lembutkan Ayam Tua

Petua Lembutkan Ayam Tua

 

  • Rebus ayam tua dengan air kelapa. Caranya ialah dengan potong ayam kecil – kecil. Kemudian rebuskan dengan air kelapa tersebut agak lama sedikit ye. Tipsnya ialah rebus sehingga air kelapa itu seperti agak mengering sedikit. ย Biasanya ayam akan terasa lebih lembut dan sedap sebab sudah menyerap air kelapa tersebut. Untuk ringkasannya, satu ekor ayam tua memerlukan lebih kurang 2 biji air kelapa. Insyaallah lembut ayam tua tu
  • Rebuskan ayam tua bersama – sama dengan daun nangka

 

Daun Nangka

Daun Nangka

  • Letakkan sudu , senduk atau garpu besi di dalam periuk yang kita gunakan untuk masak ayam tua (Kira masak sekali dengan benda itu)
  • Masak ayam tua tersebut dengan ‘pressure cooker” . Ada yang guna pressure cooker amway (noxxa) . Setengah jam sahaja sudah empuk ayam tu
  • Gunakan gula batu semasa memasak ayam tua. Insyaallah empuk sikit daging die.
  • Cara ini menggunakan nanas. Anda hanya perlu mengisar nanas halus – halus. Kemudian , perapkan ayam tua yang sudah dipotong tadi selama lebih kurang 25 minit. Kemudian masak ayam seperti biasa. Lembutkan ๐Ÿ™‚
  • Daun pisang abu juga boleh digunakan untuk melembutkan ayam tua. Anda hanya perlu mengoyak – ngoyakkan daun pisang abu itu dan letakkan dalam ayam yang sedang dimasak.

 

Pokok Pisang Abu

Pokok Pisang Abu

 

Anda ada tips – tips lain. Kongsikan bersama kami ye ๐Ÿ™‚

 

Tags:
banner 468x60