SitiNorliza.com

Dari Wanita Untuk Wanita

Mesin Cair Coklat

Resepi Gado – Gado Yang Sedap

Resepi Gado – Gado Yang Sedap
Resepi Gado - Gado Yang Sedap

Share on FacebookPin on PinterestShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditEmail this to someonePrint this page

 

Bahan-Bahan ( untuk 15-20 orang )

Untuk Kuah Kacang :-

  • 600 gram kacang tanah digoreng dan kisar
  • 1 sudu mumbung asam jawa + 1 cawan air (ramas dan tapis)
  • 4 helai daun salam , 1 batang serai dititik
  • 1/2 cawan santan
  • 4 sudu gula apom (warna oren)
  • Secukup rasa garam dan gula pasir
  • 30 batang lada kering *
  • 15 biji bawang merah *
  • 6 biji bawang putih *
  • 2” lengkuas *
  • 3-4 biji cekur * pilih yang saiz besar sikit (kisar bahan-bahan yang bertanda *)

 

Gado Gado Sedap

Gado Gado Sedap

Untuk Isi :-

  • Secukup tempe dan tahu digoreng dan potong kecil-kecil
  • Lontong di potong kecil-kecil
  • Kentang direbus , buang kulit dan dipotong kecil-kecil
  • Kubis dan kacang panjang di potong kecil dan direbus sebentar
  • Timun dibelah 2 dan dihiris
  • Telur direbus dan dibelah 4
  • Kerupuk ikan / kerupuk sayur digoreng

Cara-Cara

  • Tumis serai yang dititik hingga wangi,
  • Masukkan bahan kisar dan digoreng hingga naik minyak.
  • Masukkan kacang , daun salam dan secukup air.. dan biarkan ia mendidih.
  • Setelah itu masukkan pula air asam, gula, garam dan santan…
  • Masak lagi dengan api yang perlahan sehingga naik minyak…(kuah jangan terlalu pekat, agak sedang kecairannya..apabila dah sebati ,matikan api )
  • Untuk menghidangkan…letak bahan isi di dalam pinggan saperti lontong, kentang, tahu ,tempe diikuti sayur mayurnya
  • Dibahagian atas dan juga telur pula …siramkan kuah kacang
  • Bubuhkan kerupuk…siap utk dimakan.. 🙂

 

Jom try 🙂

Tags:
banner 468x60