SitiNorliza.com

Dari Wanita Untuk Wanita

Mesin Cair Coklat

Resepi Nasi Ayam

Resepi Nasi Ayam
Nasi Ayam

Share on FacebookPin on PinterestShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditEmail this to someonePrint this page

Salam tuan / puan ,  disini , pihak SitiNorliza.com ingin berkongsi petua – petua membuat nasi ayam yang best. Semoga Bermanfaat ye..

 

Nasi Ayam Berempah

Nasi Ayam Berempah

 

 

Nasi Ayam Cendawan

Nasi Ayam Cendawan

Nasi Ayam Berempah

 

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • Untuk ayam: 4-5 ketul ayam peha ayam, 1 sudu makan rempah kari, 1 sudu makan serbuk cili, 5 ulas bawang putih – dikisar, 1 inci halia-dikisar, 2 batang serai-dikisar, Garam secukupnya.
  • Untuk Sup: Bahagian ayam yang bertulang, 1 inci halia, 3 ulas bawang putih Sup bunjut, Garam/gula secukup rasa,
  • Untuk nasi: Beras 2 pot, 1 sudu besar mentega, 2 ulas bawang putih-diketuk, 3 ulas bawang merah-dimayang, 1 inci halia-diketuk, Kuah sup secukupnya untuk memasak nasi.

 

Cara-cara

  • Untuk ayam: Semua bahan yang dikisar dicampur dengan bahan-bahan yang lain. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul ayam bersama rempah tadi dan perap selama 1/2 jam lebih lama lagi sedap. Goreng dengan minyak yang banyak.
  • Untuk sup: Tumiskan bawang putih, halia hingga naik bau. Masukkan air, cukup untuk masak nasi dan kuah sup. Masukkan bahagian ayam yang bertulang sampai mendidih.
  • Untuk nasi: Bersihkan beras dan toskan. Panaskan mentega, masukkan bawang merah, bawang putih, halia. Tumiskan hingga kekuningan dan masukkan beras dan ambil kuah sup tadi cukup untuk 2 pot beras. Boleh juga tambah sedikit kunyit jika suka warna nasi berwarna kuning.
  • Tambahan: Untuk sos 1 biji buah tomato 4 biji cili padi 1 biji cili merah. Sedikit gula dan garam. Sedikit kuah sup boleh juga ganti dengan cuka. Ikut citarasa. Blend kesemua bahan diatas. Untuk kicap: 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap masin 1 sudu besar sos tomato Sedikit kuah sup Campurkan kesmua bahan-bahan diatas.

 

Nasi Ayam Bujang Malas

 

Bahan-bahan ( 1 periuk )

  • 2@3 pot beras. (bergantung jumlah orang)
  • halia dihiris nipis (ikut citarasa)
  • 2@3 kiub ayam
  • 3 sekawan
  • tumisan (bawang putih dan merah)
  • 2@3 ketul ayam (bergantung)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • kentang/lobak (jika mahu)

 

Cara-cara

  • Basuh beras hingga bersih dan toskan.
  • Panaskan periuk karan (pastikan letak benda berat atas tudung periuk, kalau tidak, susah nak panaskan )
  • Masukkan sedikit minyak, dan tumis bahan-bahan tumisan dan 3 sekawan.
  • Masukkan air, beras, halia,ayam, kentang,karot dan kiub ayam. kacau.
  • Tunggu masak. dah siap!
  • TIPS:Boleh tambah ikut citarasa. kalau nak kelainan, tambah daun limau purut @ daun pandan untuk wangi. Boleh juga tambah serai

Nasi Ayam Cendawan (claypot)

 

Bahan-bahan (3-4 orang makan)

  • 1. 1 cawan beras
  • 2. 1 1/2 air rebusan ayam
  • 3. 500gm ayam (potong kecik jer)
  • 4. 1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
  • 5. 1 sudu besar kicap pekat
  • 6. 5 atau lebih kuntum cendawan hitam – (rendam hingga kembang dengan air panas)
  • 7. 2 sudu besar sos tiram
  • 8. 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 9. Minyak untuk menumis dan 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air )
  • 10. 2cm halia & 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • Sedikit hirisan daun sup & daun bawang, bawang goreng dan sedikit minyak bijan

 

Cara-cara

  • Perap ayam dengan bawang putih, halia, kicap pekat & manis, sos tiram, lada hitam dan cendawan.
  • Panaskan minyak dan tumis ayam yang diperap hingga masak dan tuang air bancuhan tepung jagung.
  • Setelah pekat, perisakan dengan garam, ketepikan.
  • Panaskan claypot , masukkan beras dan air rebusan ayam, biarkan nasi masak. Kemudian, perlahan kan api dan tuangkan ayam tadi kat atas nasi dan taburkan smua daun, bawang goreng dan percikkan minyak bijan..

 

*Dapatkan aplikasi GooglePlay Resepi Nasi Ayam kami disini  >>

 

Aplikasi Resepi Nasi Ayam

Aplikasi Resepi Nasi Ayam

 

 

Tags:
banner 468x60