SitiNorliza.com

Dari Wanita Untuk Wanita

Mesin Cair Coklat

Resepi Nasi Kuning Sedap Dan Wangi

Resepi Nasi Kuning Sedap Dan Wangi
nasi kuning
Posted by:

Share on FacebookPin on PinterestShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditEmail this to someonePrint this page

NASI KUNING SEDAP
Bahan – Bahan:

  • 4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum cengkih
  • 1/2 labu bawang besar – dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih yang ditumbuk
  • 1 inci halia yang diketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning (boleh menggunakan kunyit)
  • Air secukupnya
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu minyak masak

 

Genius Nicer Dicer Pemotong Bawang

 

 

Cara Penyediaan :

  1. Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam periuk nasi
  3. Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
  4. Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
  5. Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
  6. Bila bawang putih menjadi sedikit kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
  7. Masukkan garam dan pewarna kuning.
  8. Masukkan beras dan biarkan seketika.
  9. Alihkan periuk ke periuk nasi dan masaklah sehingga nasi masak.

 

Catatan:

Tak nak letak cengkih, kayu manis, halia dan daun pandan pun takpe. Minyak masak dan minyak sapi boleh diganti dengan margerin.

Nasi kuning boleh dihidangkan dengan ayam goreng berempah, telur rebus,telur mata sapi, acar timun dan sambal belacan. Jangan lupa letakkan bawang goreng diatas hidangan.
Selamat mencuba.

Tags: ,
banner 468x60