SitiNorliza.com

Dari Wanita Untuk Wanita

Mesin Cair Coklat

Resepi Puyuh Goreng Masak Serai Berlada

Resepi Puyuh Goreng Masak Serai Berlada
Resepi Masakan Puyuh

Share on FacebookPin on PinterestShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditEmail this to someonePrint this page

 

Resepi Puyuh Goreng Masak Serai Berlada

Rasakan resepi burung puyuh yang enak ini. Resepi ini dikongsi oleh para pengguna SitiNorliza.com Semoga bermanfaat ye 🙂

 

Resepi Masakan Puyuh Berlada

Resepi Masakan Puyuh Berlada

 

Bahan – Bahan Masakan :

  • 4 ekor puyuh – dibelah dua dan dilumurkan dengan garam kunyit
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4-5 biji cili api
  • 2 batang serai
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak secukupnya

Cara – Cara Masakan :

  • Panaskan minyak, goreng puyuh tadi sehingga garing. Biarkan dahulu
  • Kisarkan kasar – kasar bawang putih, bawang merah dan cili api.Kemudian , titikkan serai.
  • Tumiskan bahan – bahan yang dikisar tadi bersama-sama dengan serai sehingga naik bau
  • Kemudian , masukkan sedikit air.
  • Biarkan ia seketika dan masukkan puyuh yang digoreng tadi bersama – sama dengan bawang besar, garam dan gula.
  • Kacau dan balikkan sehingga sekata
  • Untuk hidangan yang lebih menyelerekan , hidangkan panas-panas
Tags:
banner 468x60