SitiNorliza.com

Dari Wanita Untuk Wanita

Mesin Cair Coklat

Wajah Bersih Dan Berseri

Wajah Bersih Dan Berseri

Share on FacebookPin on PinterestShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditEmail this to someonePrint this page

Wajah merupakan salah satu bahagian tubuh yang terpenting yang harus selalu dijaga dan dirawat setiap hari.kerana wajah adalah aset utama dalam hal penampilan untuk setiap wanita. Bagi seorang wanita, penampilan utama adalah wajahnya. Oleh sebab itu, wajah anda haruslah dirawat dengan sebaik mungkin agar sentiasa kelihatan bersih , kemas dan menarik.

Sebenarnya, cara merawat wajah anda tidaklah begitu susah. Disini, pihak SitiNorliza.com ingin berkongsi 10 tips dan petua cara merawat wajah anda:

 

ENGRAVEITBANNER

 

1) Sebelum anda menyentuh wajah anda, pastikan anda mencuci tangan anda terlebih dahulu dengan air yang bersih. Ini bagi mengelakkan dari jangkitan kuman dan bakteria

 

2) Semasa membersihkan wajah anda dengan air, urut dengan lembut wajah anda. Tujuannya adalah untuk melancarkan peredaran darah di dikawasan wajah anda. Setelah itu, keringkan wajah anda dengan kain yang bersih

 

3) Pembersihan wajah haruslah menggunakan pembersih dan penyegar wajah yang sesuai. Elakkan daripada menggunakan pembersih dan penyegar wajah yang tidak sesuai kerana ia akan menyebabkan anda mengalami masalah kulit. Pastikan anda menggunakan pembersih dan penyegar wajah setiap pagi dan malam. Anda juga boleh menggunakannya setiap kali anda keluar rumah.

 

4) Pelembap wajah amat penting apabila anda melakukan aktiviti diluar. Sama ada anda bekerja atau bersenam, pastikan anda memakai pelembap wajah. Ia dapat mengelakkan wajah anda dari sinaran UV (Ultra Violet) yang merbahaya.

 

5) Setiap malam, lakukan urutan lembut ke wajah anda. Tujuannya adalah untuk menghilangkan letih wajah anda. Selain itu, ia juga dapat melancarkan aliran darah di sekitar wajah dan menyegarkannya. Lakukan urutan lebih kurang 2-4 minit.

 

6) Gunakan masker wajah lebih kurang 2-3 kali seminggu. Masker wajah dapat membersihkan liang – liang kulit kita yang terdapat kotoran didalamnya dengan efektif. Kulit wajah anda akan kelihatan lebih bersih , segar dan cergas. Gunakan masker wajah yang terdiri daripada sumber semulajadi. Ini untuk mengelakkan sebarang masalah daripada sumber kimia.

 

7) Amalkan meminum air kosong lebih kurang 8 gelas dalam sehari. Air kosong dapat menghidratkan badan kita dan mengembalikan kesegaran kepada setiap sel di dalam badan kita terutamanya di kawasan wajah.

 

8) Amalkan pemakanan bahan – bahan yang mengandungi Vitamin E bagi menjaga ketahanan kulit daripada dalam. Antara makanan – makanan yang kaya dengan vitamin E ialah bayam , tofu , ikan, avokado dan labu.

 

9) Sentiasa bersenam. Bersenam dapat menyihatkan badan dan menjaga ketahanan sistem badan dalam merawat pelbagai jenis kuman / bakteria. Pastikan anda bersenam secara konsisten (lebih kurang 3 kali seminggu) .

 

10) Jangan bertukar – tukar produk kecantikan. Perlakuan ini akan menyebabkan kulit anda mengalami iritasi. Fokus keopada satu produk kecantikan sahaja. Jika tidak sesuai, gantikan dengan jenis yan lain sehngga anda memperolehi satu produk yang berkesan.

 

Semoga 10 tips ini dapat membantu anda mengekalkan wajah bersih dan berseri anda. Insyaallah.

Tags: ,
banner 468x60