🎯 Cara Jadi Pensyarah di Malaysia – Apa Yang Anda Perlu Tahu!

Text Size:

Pensyarah ialah kerjaya yang diidamkan bagi kebanyakan orang. Disini, kami akan kongsikan maklumat berkaitan pensyarah seperti gaji pensyarah, syarat menjadi pensyarah, kelebihan pensyarah dan laluan kerjaya menjadi pensyarah. Artikel ini kami tulis berdasarkan pengalaman rakan dan saudara terdekat kami yang ingin meneruskan kerjaya sebagai pensyarah.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pensyarah bermaksud guru di universiti atau orang yang memberikan kuliah. Selain itu, ia juga memberi maksud orang yang memberikan ceramah atau syarahan.

Pensyarah di Institut Pengajian Tinggi mempunyai pelbagai tugas – tugas. Antaranya ialah:

  1. Tugas Pengajaran
    • Memberikan kuliah dan tutorial kepada para pelajar
    • Menyediakan bahan bantu pengajaran seperti nota, slideshow dan sebagainya
    • Menyediakan soalan dan pemeriksaan kertas peperiksaan
  2. Tugas Penyelidikan
    • Menjalankan penyelidikan akademik yang bersesuaian dengan kepakaran pensyarah
    • Menerbitkan artikel di jurnal dan persidangan
    • Menjalankan kerjasama dengan pihak industri dalam bidang penyelidikan
  3. Tugas Mentor Pelajar
    • Memberi nasihat dalam pembangunan diri pelajar
    • Memberi bimbingan akademik kepada para pelajar dalam menyediakan tesis dan latihan
    • Memberikan dorongan berterusan untuk kemenjadian pelajar
  4. Tugas Pentadbiran
    • Terlibat dalam pembangunan dan pembinaan kurikulum
    • Terlibat dalam mesyuarat peringkat fakulti dan lebih tinggi dalam membantu kejayaan fakulti dan universiti
    • Pemantaun kursus supaya selari dengan piawaian yang ditetapkan

dan banyak lagi jika disenaraikan…

Gaji pensyarah adalah berdasarkan gred gaji dan pengalaman. Secara amnya, jika seseorang itu baru sahaja selesai pengajian Sarjana (Master), (tanpa pengalaman) kemudian, terus memohon jawatan pensyarah. Tangga gaji mereka akan bermula lebih kurang dari RM 2800 keatas. Bagi lepasan PhD yang baru selesai pengajian (tanpa pengalaman), tangga gaji bermula dari RM3000 ke atas.

Apabila pensyarah telah mula memperolehi banyak pengalaman mengajar, menyelia pelajar sarjana atau PhD atau menerbitkan jurnal , tangga gaji mereka akan meningkat.

Gaji bagi pensyarah IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta) biasanya lebih mahal sedikit daripada IPTA.

Antara syarat – syaratnya ialah:

  1. Mendapat Kepujian dalam Bahasa Melayu semasa peperiksaan SPM
  2. Mempunyai sijil Sarjana Muda / Sarjana / PhD yang diiktiraf oleh MQA untuk permohonan pensyarah di IPTA. Untuk IPTS, ia bergantung kepada universiti masing – masing
  3. Mempunyai pengalaman dalam bidang pengajaran, membolehkan anda mendapat tangga gaji yang lebih tinggi. Jika tidak anda tetap boleh memohon menjadi pensyarah mengikut dasar setiap IPTA / IPTS semasa.
  4. Mempunyai pengalaman dalam menerbitkan artikel di jurnal yang diiktiraf juga adalah kelebihan

Laluan akademik untuk menjadi pensyarah di IPTA atau IPTS ialah hampir sama. Biasanya ia bermula dengan laluan – laluan berikut:

  1. SMU / SPM / SPMV (SPM VOKASIONAL)
    • Bagi menjadi pensyarah, anda perlu mendapat Kepujian untuk subjek Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM
  2. STPM / STAM / PRA UNIVERSITI / ASASI (FOUNDATION) / DIPLOMA / MATRIKULASI
    • Biasanya nama pelajar akan didaftarkan untuk STPM secara automatik. Mereka dikira tidak berminat sekiranya tidak menghadirkan diri ke sekolah yang diperoleh.
    • Sekiranya pelajar dari bidang agama, mereka biasanya akan memohon STAM. Ada juga yang beralih arah ke STPM, mungkin kerana minat masing masing. Sebagai contoh, adik saya menyambung pengajian dalam bidang STPM di KISAS walaupun dia adalah pelajar sekolah agama.
    • Setahu saya, Pra Universiti ini ialah nama lain bagi program selepas SPM. Ia adalah lebih kurang sama dengan program Asasi , STPM dan Matrikulasi. Cuma sistem dan masa program mungkin berbeza
    • Program Matrikulasi terbahagi kepada 2 kategori iaitu PST (Program Satu Tahun) dan PDT (Program Dua Tahun). Program Dua Tahun hanya dibuka kepada pelajar Bumiputera manakala bagi program yang lain, 10% dari pengambilan, dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera. Program Matrikulasi ini ialah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
    • Program Diploma juga boleh dipohon oleh pelajar lepasan SPM . Ada program Diploma yang ditawarkan di IPTA ada juga di IPTS
  3. SARJANA MUDA
  4. SARJANA (MASTER)
  5. PHD (DOKTOR FALSAFAH)

Program Pra Universiti dan Asasi di Sunway Univercity College

Pastikan setiap program Diploma / Sarjana Muda / Sarjana / PhD anda diiktiraf oleh MQA. MQA ialah singkatan bagi Malaysiadn Qualifications Agency. Di laman web MQA, anda boleh menyemak status sesebuah program sama ada dengan memasukkan nama program atau kod program itu. Janganlah anda penat penat belajar, kemudian, semasa hendak memohon menjadi pensyarah, anda ditolak kerana program tersebut tidak mendapat kelayakan dari MQA!

Kebanyakan universiti mensyaratkan pemohon pensyarah mempunyai PhD untuk memohon jawatan. Tetapi, masih ada juga yang mensyaratkan minimum Sarjana (Master) untuk memohon jawatan pensyarah.

Anda perlu merujuk laman web setiap universiti tersebut untuk mengetahui syarat syarat terkini untuk setiap jawatan.

Contoh Jawatan Kosong Pensyarah di MSU. Disini, dinyatakan minimum kelayakan ialah pemegang PhD

Ada juga jawatan pensyarah yang bersifat pensyarah sambilan. Ada pensyarah sambilan yang dibayar ikut jam kuliah.

Iklan Jawatan Kosong Pensyarah Sambilan di UITM

Terdapat banyak kelebihan menjadi pensyarah. Di samping anda dapat berkongsi ilmu dengan para pelajar, mencipta pelbagai produk baru yang bermanfaat untuk masyarakat, anda juga diberikan gaji yang menarik. Bayangkan, anda dibayar untuk membuat sesuatu yang anda minat. Saya teringat kata kata adik saya, semasa mula mula mengikuti program Master di IIUM (International Islamic University Malaysia) / UIA, pensyarah Master beliau mengatakan begini, pastikan anda buat Kajian Master yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Jangan sekadar membuat kajian Master untuk mencukupkan syarat mendapat Master sahaja, tanpa nilai tambah kepada masyarakat.

Setiap kerjaya mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Begitu juga dengan pensyarah. Anda harus fokus dengan kerja anda. Penat dan lelah perkara biasa. Uruskan masa anda dengan teratur. Insyaallah anda boleh!

Ada sesetengah universiti yang mengarahkan calon pensayrah untuk mengisi maklumat dalam laman web mereka untuk memohon jawatan itu. Ada juga yang menggunakan Jobstreet untuk mengiklankan jawatan itu. Anda perlu selalu alert dan mencari di setiap lamanw eb universiti untuk seabrang kekosongan.

Leave a Comment