Nak tak orang chat anda dengan satu klik sahaja? Hari ini, saya akan kongsikan beberapa cara paling mudah dan pantas untuk buat link Whatsapp tanpa guna apps lain. Ianya sangat sesuai untuk bisnes anda, mahupun untuk chat dengan rakan / saudara / orang lain.
Jangan risau, semua cara ini adalah PERCUMA / FREE. Anda tidak perlu membayar duit langsung untuk menggunakannya!ย
(1) Gunakan WhatsApp Link Generator yang Kami Bina Sendiri Secara Percuma!
โ
Masukkan nombor telefon anda beserta kod Negara. Kod negara Malaysia ialah 6 , diikuti nombor telefon anda. Sebagai contoh, 601234567891 (Kod negara Malaysia ialah 6, manakala nombor telefon ialah 01234567891)
โ
Jika anda ingin memasukkan mesej, anda boleh menaip mesej anda . Jika tidak mahu, anda bleh biarkan sahaja kotak mesej itu kosong.
โ
Tekan butang Jana Link. Nanti akan keluar butang untuk Salin link Whatsapp tersebut. Terdapat juga satu kotak lain untuk terus buka link Whatsapp di dalam aplikasi Whatsapp
โ
Selesai
WhatsApp Link Generator
Oleh SitiNorliza.com
(2) Gunakan Wa.me (Website Rasmi Whatsapp)
โ
Taip seperti ini di laman web anda / Klik kanan untu Copy ayat di bawah ini
๐ https://wa.me/60123456789
๐ Tukar nombor fon tersebut dengan nombor telefon anda.
๐ Nombor 6 di hadapan nombor telefon wajib diletak dan ia merujuk kepada kod panggilan antarabangsa untuk Malaysia (Kod: 6). Kemudian, diikuti dengan nombor telefon kita bermula dengan 012 / 013 / 014/ 016 / 010 / 011 / 017 / 018 / 019 dan lain lain lagi
๐ Ini ialah kod panggilan antarabangsa untuk negara – negara lain:
๐ฎ๐ฉ Indonesia 62
๐น๐ญ Thailand 66
๐ธ๐ฌ Singapura 65
๐ง๐ณ Bruneiย 673
๐ฒ๐ฒ Myanmarย 95
๐ธ๐ฆ Arab Saudiย 966
๐ช๐ฌ Mesir 20
Contoh untuk nombor Indonesia:
๐ https://wa.me/628123456789
Jangan risau, Wa.me ialah laman web rasmi dari Whatsapp
(3) Gunakan Laman Web https://create.wa.link/
๐ข Klik Laman Web ini ๐ https://create.wa.link
๐ข Cari dan klik ayat Create a free wa.link
๐ข Pilih bendera negara
๐ข Masukkan nombor telefon
โ
Contoh 1: 0123456789
โ
Contoh 2: 123456789
Sama ada , anda masukkan 0 atau tidak dalam nombor telefon anda, tidak ada masalah. boleh je, sebab sistem laman web ini akan automatik adjust kod nombor itu.
Anda boleh tulis teks mesej anda di bahagian Prefilled Message. Kalau tak nak tulis pun tak mengapa. Biarkan kosong sahaja.
๐ข Klik Generate my free wa.link
๐ข Anda boleh copy link anda dan gunakan di mana sahaja. Selesai.
๐ข Anda juga akan diberikan gambar kod QR link Whatsapp anda yang anda boleh download dan share ke sesiapa sahaja jika anda mahu. Selesai.
(4) Guna AI seperti Gemini (Gemini ialah AI rasmi dari Google)
โ Jika anda leceh untuk setting semua benda ini, jangan risau. Anda boleh terus gunakan Artificial Intelligence (AI) kegemaran anda seperti Gemini, Chat GPT, Claude dan lain – lain. Kalau saya, saya selesa dengan Gemini. Pertama kerana ia dicipta oleh Google. Kedua kerana ia percuma. Ketiga kerana ia tiada had penggunaan. Keempat, ia lebih stabil, lancar dan tidak lag.
โ
Contohnya, anda boleh minta Gemini buat link Whatsapp untuk nombor telefon anda dan letak mesej di dalamnya. Gemini akan generate untuk anda. Anda cuma tinggal salin dan terus gunakannya.
โ
Link Gemini: https://gemini.google.com/
(5) Gunakan Link dengan format rasmi di Whatsapp Web yang dibuka di Chrome / Website lain lainย (Website Rasmi Whatsapp)
โ
Copy sahaja format ini dan gantikan dengan nombor telefon anda
โ
Format: https://api.whatsapp.com/send?phone=NomborTelefonAnda
โ
Contohnya: https://api.whatsapp.com/send?phone=60123456789 dimana 6 ialah kod negara Malaysia. Kemudian tulis nombor telefon kita bermula dengan nombor 0 dan seterusnya. Untuk kod negara – negara lain, boleh rujuk contoh nombor dua yang saya kongsikan sebelum ini.
(6) Buat Link Whatsapp Bersama – Sama dengan Mesej Secara Percuma
โ
Jika anda ingin memasukkan sekali mesej dalam link Whatsapp anda, anda hanya perlu copy / salin / ikut format yang saya tunjukkan di bawah ini.
๐ Format: https://wa.me/NomborTelefon?text=AyatMesejAnda
๐ Contoh penggunaan: https://wa.me/60123456789?text=https://wa.me/60123456789?text=Saya%20ingin%20tahu%20lebih%20lanjut
๐ Wajib letak %20 selepas setiap ayat. Disini, saya tukar AyatMesejAnda kepada ayat Saya ingin tahu lebih lanjut. Di dalam ayat ini, anda dapat melihat kod %20 . Peratus iaitu % mesti diletak di hadapan nombor 20. Jangan silap ye. Kod ini digunakan untuk menggantikan JARAK / SPACE antara satu ayat dengan ayat lain. Oleh sebab kita menggunakan bahasa komputer, terpaksalah kita gunakan kod komputer supaya komputer itu faham ๐
๐ย Jangan lupa letak simbol ? setelah nombor telefon anda. Ini berfungsi sebagai pemisah antara nombor telefon dengan teks mesej kita. Ingat, kita bercakap dengan bahasa komputer ๐ Kalau nak senang, copy sahaja contoh yang saya beri, dan ubah nombor telefon dan teks mesej ikut kesesuaian anda!
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, saya paling suka menggunakan Cara 1 kerana langkahnya yang sangat mudah dan cepat. Anda hanya perlu salin / copy sahaja link yang dihasilkan. Selesai! Jangan lupa letak kod negara ye. (Rujuk kembali Cara 1 ye).ย
Insyaallah saya akan kongsikan banyak lagi cara untuk anda. Semoga Bermanfaat.