Panduan Lengkap Dan Pengalaman Jaga Ayah di Hospital Kuala Lumpur Selama 12 Hari

Text Size:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menjaga ayah di Hospital Kuala Lumpur. Ayah saya tiba tiba demam panas, dan sakit kepala. Setelah 4 hari ayah saya masih demam, saya mengambil keputusan untuk membawa ayah saya ke Bahagian Kecemasan Hospital Kuala Lumpur.

Setelah beberapa ketika, ayah saya di masukkan di Wad Hospital Bersalin KL. Pada mulanya, saya berasa ada kesalahan, tetapi tidak. Rupa rupanya, hospital bersalin sudah dipindah ke Hospital Tunku Azizah (Hospital Wanita dan Kanak Kanak). Jadi, hospital bersalin lama sudah digunakan untuk tujuan lain.

Di wad HKL, ayah saya ditempatkan di Wad tingkat 2. Alhamdulillah, semua doktor dan jururawat sangat peramah dan membantu. Ayah saya daftar di wad ini pada pukul 3.30 pagi. Ayah di bawa menggunakan ambulans HKL. Alhamdulillah. Saya dan adik ke sana dengan berjalan kaki sahaja. Oleh kerana, jarak dari Bahagian Kecemasan ke Wad Hospital Bersalin lama tidak lah terlalu jauh. Lebih kurang 400m sahaja jaraknya.

DI wad itu, ayah saya diletakkan di katil 10. Alhamdulillah semua katilnya selesa. Sampai sahaja, ayah saya terus di masukkan larutan garam normal / normal saline water secara Intravenous (IV) / melalui jarum di tangan. Doktor memberitahu bahawa ayah saya kekurangan air dan ada infeksi / jangkitan kuma di paru paru.

Dibahagian kecemasan HKL, ayah saya di rongsen. Saya tahu ayat ini ketika mendengar seorang pesakit bertanya kepada doktor sama ada dia ada di rongsen atau tidak. Setelah saya melihat di Kamus Besar Indonesia, maksud dari perkataan ini ialahalat x ray / perbuatan meng x ray. Ia dari perkataan Belanda iaitu rontgen. Setelah di x-ray, doktor memberitahu bahawa ada kuman di paru paru ayah saya.

Disini saya kongsikan tips menjaga pesakit di HKL. Ini antaranya:

  1. Minta Pas Menunggu Pesakit di kaunter Wad
    -Jika anda ingin menjaga pesakit dan boleh keluar masuk dengan mudah di wad, mohon pas pesakit pada jururawat di bahagian kaunter. Mereka akan minta Kad Pengenalan anda dan anda diminta mengisi borang khas. Di dalam borang itu, anda harus mengisi nama penuh anda dan nombor IC. Setelah itu, anda akan diberikan borang itu sebagai bukti anda menjaga pesakit. Jika anda ditanya oleh Polis Bantuan ketika ingin ke wad pesakit ketika luar waktu melawat, anda hanya perlu tunjukkan Pas Menunggu ini.
    -Setahu saya, seorang pesakit hanay dibenarkan ada seorang penjaga sahaja. Tetapi, saya juga ada ternampak pesakit yang mempunyai 2 penjaga. Tetapi keadaan pesakit itu memang perlukan lebih dari seorang penjaga untuk membantu menukar pampers dan sebagainya.
  2. Sediakan air mineral besar dan kecil untuk pesakit
    -Untuk makluman anda, setiap wad di sini, menyediakan air panas dan suam di bahagian pintu masuk. Terdapat juga pek roti tawar dan biskut tawar untuk pesakit jamah. Ada juga pek kecil susu serbuk disediakan. Tetapi, oleh kerana ingin memudahkan ayah saya dari ke hadapan untuk mengambil air, saya mengambil insiatif untuk membeli
  3. Bawa Charger HP Pesakit dan Anda sendiri
  4. Sediakan Baldi kecil
  5. Sediakan Plastik
  6. Kenalpasti Nurse Yang Menjaga Pesakit
  7. Datang pagi untuk menegtahui perkembangan pesakit

Berikut ialah antara barang barang yang saya bawa untuk ayah saya semasa di wad:

  1. Tuala Mandi
  2. Alat Mandi
  3. Alat Kebersihan Diri
  4. Baldi
  5. Cawan
  6. Termos Air Panas
  7. Sejadah nipis
  8. Traveller Bantal
  9. Sarung
  10. Seluar Pendek
  11. Baju Dalam
  12. Charger Handphone
  13. Minyak Kapak
  14. Vicks Nose Inhaler

.

Jika anda kesini, terdapat banyak kedai disekitar HKL untuk pelbagai urusan. Antaranya ialah:

  1. Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz
    -500 meter dari HKL
    -Jalan kaki
    -Pelbagai pilihan makanan ada disini. Dari sarapan ke makan tengahari dan petang. Semua ada. Harga dijamin berpatutan
  2. KK Mart Jalan Pahang
    -600 meter dari HKL
    -Jalan kaki dan melintas guna jejantas berdekatan bulatan Pahang
    -Kedai serbaneka 24 jam paling dekat dengan HKL
    -Antara barang yang saya beli disini dan tiada di kedai dalam hospital ialah Dental Floss (Tali untuk cungkil gigi)
  3. Pizza Hut Jalan Pahang
    -600 meter dari HKL
    -Jalan kaki dan melintas menggunakan jejantas berdekatan Bulatan Pahang
  4. Kedai Serbaneka 24 Jalan HKL – Kedai Warna
    -Di sebelah Bahagian Kecemasan dan Trauma
    -Hampir semua ada, cuma harga agak mahal sedikit
  5. Mydin Chow Kit
    -Pelbagai barang disediakan di sini

Terdapat pelbagai cara untuk ke HKL. Saya lebih berminat untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke HKL. Dengan RM 10 sehari, anda boleh gunakan semua pengangkutan di bawah sistem Rapid KL. Anda hanya perlu turun di stesen HKL.

Ayah saya ditempatkan di wad di hadapan parkir bertingkat. Saya hanya perlu jalan kaki dari stesen HKL ke wad dalam tempoh 10 minit. Terdapat jalan berbumbung di sepanjang jalan itu.

Leave a Comment