Pengalaman Bawa Anak Ke Taman Tasik Titiwangsa: Panduan Lengkap & Tips ‘Survival’ Mak Ayah

Text Size:

Taman Tasik Titiwangsa ialah nama yang tidak asing lagi untuk warga Kuala Lumpur dan sekitarnya. Saya mula mengenali tempat ini ketika pertama kali ayah ibu saya membawa kami sekeluarga ke mari sekitar awal 90 an. Masa itu, tempat ini adalah tempat tumpuan orang ramai terutamanya ketika musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu. Ayah ibu saya akan membawa kami menaiki teksi ke sini untuk bermain main. Seronok bukan main kami masa itu! Terutamanya bila ayah ajak naik kenderaan yang macam kereta atas tasik tu, tayar besar. Seronok dan seram seram sejuk juga dibuatnya. Yelah, saya tidak tahu berenang lagi. Pegawai berikan jaket keselamatan untuk kami semua. Masa naik kereta air tu, rasa macam wow, sangat bahagia sekali.

Selepas berpuluh – puluh tahun, didatangkan pula Eye On Malaysia. Masa tu, saya baru kahwin. Saya pula bawa ibu ayah dan nenek saya ke sini. Gayat juga masa pertama kali naik. Masa naik tu, rasa rasa macam naik London Eye di Britain. hahaahahaa. Eye on Malaysia ini tidaklah begitu besar. Rasa rasanya macam tidak sampai separuh saiz London Eye. Masa itu, ada juga servis menaiki helikopter cuma saya tidak begitu ingat berapa harganya.

Ada pelbagai sebab mengapa saya memilih untuk membawa anak anak ke Taman Tasik Titiwangsa.Antaranya ialah:

💌 Percuma
-Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk memasuki Taman Tasik Titiwangsa ini

💌 Parkir yang selesa
-Terdapat tempat parkir yang luas di sekeliling Tasik ini. Jalan yang dua hala sudah ditukar kepada satu hala untuk memudahkan pengunjung parkir kereta.

💌 Akses Mudah ke MRT Putrajaya
-Anda boleh ke Taman Tasik Titiwangsa hanya dengan menaiki MRT sahaja. Naik mana mana LRT atau MRT dan turun di stesen MRT Hospital Kuala Lumpur. Semasa keluar dari stesen, cari papan tanda Taman Tasik Titiwangsa. Atau anda tanya terus ke pegawai stesen MRT. Jika anda salah keluar, anda akan keluar ke Hospital Kuala Lumpur

💌 Taman Yang Luas dan Selesa
-Taman Tasik Titiwangsa bagi saya sangat selesa. Terdapat pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Terdapat pelbagai bangku dan ruang untuk makan minum dan berehat santai.

💌 Kemudahan tandas yang terjaga rapi
-Tandas disediakan di sekitar kawasan taman. Antaranya di tempat mandi manda. Terdapat tandas dan tempat persalinan baju. Setiap pengunjung dikenakan caj 20 sen untuk memasuki tandas

Leave a Comment