Alhamdulillah, semasa cuti sekolah pertengahan tahun baru baru ini, saya bawa anak anak ke Putrajaya Challenge Park. Ini kali pertama saya ke sini. Tempat ini terkenal dengan sukan memanjat tebing (rock climbing) dan sukan lain seperti skateboard. Saya baru tahu kewujudan tempat ini. 😯😯
Harga Tiket Untuk Rock Climbing, Challenge Park Percuma?
Ya, harga tiket percuma, tetapi untuk bahagian kanak kanak sahaja. Bahagian rock climbing untuk kanak kanak terletak di tingkat atas. Ia terletak disebelah kafe. Kawasannya seluas satu bilik darjah sekolah. Terdapat dinding yang sesuai dipanjat oleh kanak kanak. Ibu bapa perlu mengawasi anak anak untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Biasalah, kanak kanak bila sudah di kawasan permainan, diorang akan terlebih gembira. Insyaallah keselamatan peralatan di bahagian kanak kanak terjaga.
Terdapat juga meja- meja dan kerusi di luar bahagian kanak kanak untuk kemudahan pengunjung.
Untuk bahagian dewasa, ada yuran yang perlu dibayar. Ini ialah senarai bayaran yang dikenakan untuk bahagian dewasa:
🧗♂️Kadar Bayaran Bayaran Masuk (Pelajar) – RM 3.00
🧗♂️Bayaran Masuk (Dewasa) – RM 6.00
🧗♂️Sewaan Kasut Mendaki – RM 7.00 (3 jam)
🧗♂️Sewaan Tali Mendaki – RM 15.00 (3 jam)
🧗♂️Sewaan Harness – RM 5.00 (3 jam)
🧗♂️Sewaan Belay Device – RM 4.00 (3jam)
🧗♂️Sewaan Chalk Bag – RM 3.00 (3 jam)
Apa sahaja Kemudahan Disediakan di Rock Climbing di Challenge Park Putrajaya?
Antara kemudahan – kemudahan yang disediakan ialah:
💯 Tandas yang selesa
💯 Gimnasium
💯 Kafe
💯 Surau
💯 Meja dan kerusi makan banyak
💯 Vending machine minuman
💯 Parkir yang selesa
💯 Sewaan peralatan rock climbing
💯 Kemudahan fasiliti rock climbing bertaraf antarabangsa
Waktu Operasi Rock Climbing di Challenge Park Putrajaya?
Ini ialah waktu operasi tempat ini:
🪨Isnin 10 pagi – 8 malam
🪨Selasa 10 pagi – 8 malam
🪨Rabu 10 pagi – 11 malam
🪨Khamis 10 pagi – 8 malam
🪨Jumaat 10 pagi – 11 malam
🪨Sabtu 10 pagi – 11 malam
🪨Ahad 10 pagi – 8 malam
Waktu Terbaik untuk Ke Rock Climbing, Challenge Park Putrajaya ini?
Mengikut pengalaman saya, waktu terbaik untuk ke sini ialah di awal pagi iaitu pukul 10 pagi. Pada waktu itu, masih belum ramai lagi orang. Jadi, boleh la anda dan anak anda menikmati sukan ini dengan seronok sekali.
Tips dan Petua Penting ke Rock Climbing, Challenge Park Putrajaya bersama anak anak ini?
🧒 Bawa Air Kosong Yang Mencukupi
-Air kosong penting untuk mengelakkan diri dari dehidrasi (Kekurangan Air).
🧒 Bawa Makanan
-Anda boleh membawa makanan ringan atau berat untuk makan sementara menunggu anak anda bermain. Atau anda boleh beli makanan di kafe bersebelahan tempat rock climbing kanak kanak
🧒 Datang Awal (10 pagi)
-Jika anda datang awal , pengunjung tidak ramai. Jadi lebih banyak ruang untuk anak anda bermain. Untuk lebih selesa , anda boleh pergi pada waktu bekerja
🧒 Pakai Pakaian Yang Sesuai
-Anak anak anda akan banyak lompat, memanjat dan bergeser. Jadi, pakai seluar panjang dan baju yang selesa.
-Jika anak anda cuma ingin bermain di kawasan kanak – kanak, kasut tidak perlukan
🧒