Pengalaman Berenang di Presint 11 Putrajaya: Port Mandi Best & Murah Untuk Anak-Anak (Update Oktober 2026)

Text Size:

Tahukah anda bahawa di Presint 11 mempunyai kolam renang. Anda hanya perlu membayar serendah RM 1 sahaja untuk meggunakannya! Ia pastinya berita yang menggembirakan buat para ibu bapa di luar sana. Bagi orang Putrajaya, mereka mungkin sudah lama tahu, tetapi bagi orang luar dari Putrajaya, tidak. Disini, saya akan kongsikan pengalaman kami sekeluarga ke kolam renang di Pusat Pembelajaran Kejiranan (PKK) Presint 11 di Putrajaya.

Hujung minggu biasanya waktu yang sangat dinanti oleh anak anak. Pada waktu inilah, mereka dapat merehatkan fizikal dan minda mereka. Setelah 5 hari belajar siang dan malam, pada waktu inilah masa untuk santai – santai. Biasanya, kami sekadar menghabiskanΒ  waktu di rumah, menonton televisyen, biasanya kartun dan kadang kala berjoging dan menjamu selera di kedai makan sekitar perumahan kami. Anak anak cepat bosan. Jadi, kami bercadang buat perkara yang lain. Rock climbing sudah. Anda boleh menelaah artikel kami mengenai pengalaman kami di Challenge Park Putrajaya. Memang menarik. Berjoging dan menaiki basikal juga sudah di Taman Tasik Titiwangsa. Akhirnya, kami terjumpa mengenai Kompleks Renang di PKK Presint 11.

17 Sebab Kenapa Saya Memilih Kolam Renang di PKK Presint 11 ?

πŸ›Ÿ Harga Tiket yang Murah. Hanya RM1 sahaja untuk Kanak Kanak
-Memang ada tempat lain yang percuma seperti di kolam renang KLCC dan Taman Tasik Titiwangsa, tetapi disini menarik juga. Untuk orang dewasa, anda dikenakan bayaran sebanyak RM 2. Jika anak anda ingin mandi di kolam renang bahagian dewasa, anak anda harus bayar RM 2.
-Pembayaran hanya dibolehkan melalui kad debit sahaja. Tiada tunai! . Untuk maklumat lanjut anda, boleh hubungi pegawai PKK Presint 11 di talian ini: 0388877681

πŸ›Ÿ Tempat Kolam Renang Yang Bersih dan Selesa
-Bagi saya, penjagaan tempat ini sangat bagus. Mereka tidak buka kolam renang sepanjang hari. Akan ada tempoh dua jam untuk pegawai mereka memebrsihkan kolam renang sebelum dibuka kembali. Ini satu tindakan yang bagus sekali untuk menjaga keebrsihan kolam renang ini.

πŸ›Ÿ Tandas Yang Bersih
-PKK Presint 11 sangat menjaga tandas mereka. Sepanjang saya ke sini, tandas mereka bersih – bersih semua. Alhamdulillah. Terdapat banyak tandas disini. Ada yang terletak berdekatan dengan kafetaria. Ada yang di dalam perpustakaan. Ada yang juga terletak di aras 1, di luar perpustakaan.

πŸ›Ÿ Tempat Solat Yang Selesa
-Tempat solat terletak di aras 1. Terdapat tempat solat untuk lelaki dan wanita. Di dalam tempat solat itu, disediakan sejadah. Tempat mengambil wuduk juga disediakan di dalam surau tersebut. Yang pasti, surau disini agak besar dibandingkan surau di PKK Presint 9.

πŸ›Ÿ Parking yang Luas
-Kawasan parking di PKK Presint 11 ini agak banyak. Anda boleh parking di basement / tignkat bawah atau parking di sekeliling kawasan PKK Presint 11. Biasanya, jika parking di semua kawasan ini penuh, saya akan parking sepanjang jalan di bahagian PKK P11 yang berhadapan dengan sekolah kebangsaan. Saya akan parking di tepi jalan tersebut. Kalau hari hari tertentu seperti jika ada kejohanan badminton, ping pong atau taekwondo, anda akan melihat barisan panjang kenderaan parking di tepi jalan yang saya sebutkan tadi. Insyaallah anda pasti akan dapat parking, cuma sama ada parking di dalam atau di tepi jalan. Cuma kalau waktu hari bekerja, anda harus berhati – hati sedikit, takut tiba tiba dapat surat saman dari Perbadanan Putrajaya jika anda parkir bukan di kawasan yang sediakan. Oleh kerana saya selalu ke kawasan ini pada hujung minggu, mungkin agak selamat untuk parkir di sepanjang jalan.Β 

πŸ›Ÿ Kedai Makan Yang Banyak dan Murah
-Di dalam PKK Presint 11, terdapat banyak kedai makan yang menjual pelbagai makanan yang sedap, menarik dan murah. Disini saya kongsikan antara kedai yang menepati selera saya.
(1)Kedai Waffle – Waffle yang mereka sediakan sangat gebu dan rangup. Anda boleh pilih pelbagai perasa. Anak – anak saya sangat menyukai perasa coklat dan cheese. Harga bermula dari RM 5
(2)Kedai Apam Balik – Anda boleh pilih sama ada nak apam balik yang kecil atau besar. Kalau apam balik yang kecil, harganya ialah RM 1 sekeping. Kalau yang jenis besar, harganya bermula dari RM4.50
(3)Kedai Nasi Campur
Terdapat pelbagai pilihan makanan yang murah dan sedap. Pada awal pagi, mereka menjual roti canai juga
(4)Kedai Nasi Ayam
Terdapat pelbagai jenis nasi ayam disediakan. Antaranya Nasi Ayam Hainan yang sedap
(5)Kedai Makanan Western
-Terdapat burger, steak, chicken chop rahmah pada harga RM10, kentang goreng dan lain – lain
(6)Sup Utara
-Ada sup khas dari utara. Menarik. Kuey teow mereka juga sedap
(7)Kedai Goreng Goreng
-Pelbagai nasi goreng, mee goren , kuey teow goreng yang sedap dan murah
(8) Aiskrim goreng
(9)

πŸ›Ÿ Terdapat Taman Permainan Untuk Kanak – Kanak
-Di sini , juga disediakan taman permainan kecil untuk kanak – kanak. Ada 2 buaian, 2 slide, jongkang jongket danΒ  pondok buku kecil. Taman permainan di Presint 11 ini tidaklah sebesar di Presint 9. Jika di PKK Presint 9, tempat permainannya hampir 3 kali ganda besar dari PKK Presint 11.

πŸ›Ÿ Terdapat Surau Jumaat Berdekatan PKK Presint 11
-Jika anda mempunyai sebarang urusan di sekitar Presint 11 dan ingin mencari tempat untuk solat Jumaat, anda boleh melakukannya di surau berdekatan PKK Presint 11. Ia terletak cuma dalam 100 meter sahaja dari PKK Presint 11. Selain itu, anda juga boleh solat Jumaat di dalam surau SMKA Putrajaya yang dibuka kepada orang awam juga. Surau ini terletak dalam 450 meter dari PKK Presint 11.

πŸ›Ÿ Terdapat Kedai Buku di Belakang PKK Presint 11
-Jika anda ingin membeli sebarang buku atau apa – apa keperluan alat tulis, anda boleh ke Pustaka Rawang cawangan Presint 11. Lokasinya hanya di belakang PKK Presint 11 sahaja. Hanya berjalan kaki 1 minit, anda sudah sampai. Dekat sangat. Pustaka Rawang ini juga ada menyediakan servis printing hitam putih pada kadar 50 sen sekeping dan print warna pada kadar RM 1 sekeping. Anda juga boleh bind folio atau apa apa urusan sekolah anak anak disini. Alhamdulillah

πŸ›Ÿ Terdapat Kedai Serbaneka Seperti 99 Speedmart di Belakang PKK Presint 11
-Jika anda ingin membeli barang – barang keperluan dapur, kedai 99 ini juga terletak di belakang PKK Presint 11. Hanya disebelah Pustaka Rawang sahaja lokasinya

πŸ›Ÿ Terdapat Klinik Swasta dengan Servis yang Bagus di Belakang PKK Presint 11
-Jika anda memerlukan sebarang bantuan kesihatan, hendak melakukan vaksinasi, anda boleh ke klinik swasta ini. Syarikat ini milik bumiputera dan harganya menusabah. Servis doktor disini juga sangat ramah dan santun. Saya pernah bawa anak saya sekali ke sini. Ketika itu, anak sayaΒ  tersepit tangat di pintu tandas. Lebam teruk juga. Saya terus membawa anak ke sini sebab risau keadaanyya di asrama nanti. Setelah selesai konsultasi dengan doktor yang bertugas, tenang sedikit saya selepas itu. Jika anda ingin ke klinik kerajaan yang berdekatan, lokasi yang terdekat ialah di Klinik Kesihatan Presint 9 yang lokasinya lebih kurang 10 minit memandu dari sini.

πŸ›Ÿ Perpustakaan Yang Bersih dan Selesa
–
Tahukah anda, di PKK Presint 11 juga mempunyai perpustakaan. Perpustakaan ini buka setiap hari dimana jika pada hari Sabtu dan Ahad, ia akan tutup awal, iaitu pada pukul 4 petang. Locker juga disediakan di dalam perpustakaan ini tanpa sebarang bayaran. Anda cuma perlu mengisi borang yang diletakkan di kaunter dan ambil kunci locker yang anda perlukan. Perpustakaan ini juga ada menyediakan tempat khas untuk kanak – kanak dan orang dewasa. Jadi, mudahlah untuk anda fokus mengerjakan tugasan anda. Perpustakaan ini juga menyediakan servis print dengan harga 30 sen sekeping (Harga Ahli)Β  bagi print hitam putih dan RM 1 bagi print warna. Untuk menjadi ahli, anda hanya perlu mengisi borang di kaunter dan melakukan bayaran dalam RM 15 setahun untuk pelajar sekolah. Dengan kad ini, anda akan mendapat harga ahli untuk print dan dapat meminjam pelbagai buku disini.

πŸ›Ÿ Terdapat Kedai Steak Western di Belakang PKK Presint 11
-Jika anda peminat makanan barat seperti steak daging dan lain – lain, anda boleh menuju ke kedai steak ini. Lokasinya dibelakang PKK Presint 11 sahaja. Vibe tempat ini sangat menarik dan iringan lagu yang menenangkan, menambahkan vibe istimewa pada kedai ini. Saya belum pergi ke sini, tetapi mungkin satu hari nanti, saya akan ke sini juga. Anda boleh cuba dan berikan review anda berkenaan kedai ini di dalam komen.

πŸ›Ÿ Terdapat Farmasi di Belakang PKK Presint 11
-Di kawasan ini juga ada menyediakan servis farmasi. Anda boleh membeli keperluan anda di farmasi ini.

πŸ›Ÿ Terdapat Mr DIY 200 Meter dari PKK Presint 11
-Saya baru perasan mengenai pembangunan kedai Mr DIY di kawasan Presint 11. Lokasinya dalam 200 meter dari PKK Presint 11. Jika anda berjalan kaki, anda harus melintas sedikit ke seberang jalan untuk menuju ke MR DIY ini. Saya tidak tahu sama ada kedai ini sudah siap dan dibuka atau tidak. Terkahir saya melalui kawasan ini ialah minggu lepas semasa mengambil anak Pulang Bermalam dari asrama. Semoga dengan kewujudan kedai Mr DIY ini dapat memudahkan penduduk Presint 11 selalu. Kedai RM2 seperti Ecoshop dan Ninso belum wujud lagi di sekitar PKK Presint 11

πŸ›Ÿ Terdapat Pasar Pagi Setiap Pagi Ahad di Belakang PKK Presint 11
-Jika anda bercadang untuk bawa anak berenang ke kolam renang di Presint 11, anda boleh cuba ke sini pada awal pagi untuk merasai pengalaman pasar pagi di Lepak 11, Presint 11. Ada yang kata bahawa roti canai di Lepak 11 ini sangat sedap, cuba sesiapa yang dah cuba, buat review sikit?

πŸ›Ÿ Terdapat Laundry Bar di Belakang PKK Presint 11
-Jika anda ada baju yang ingin dibasuh, anda boleh terus ke tempat basuh baju disini.Β 

10 Tips Sebelum Anda ke Kolam Renang di PKK Presint 11 ?

πŸ“Œ Semak di Laman Sosial PKK Presint 11 Sebelum Ke Sini
-Untuk makluman anda, setiap kolam renang di PKK dalam Putrajaya, mempunyai tarikh untuk mereka melakukan pembersihan menyeluruh, di mana dalam 1 hari, kolam renang itu akan ditutup sepenuhnya kepada orang awam. Jika mereka melakukan servis yang berskala besar, mungkin tempoh penutupan lebih lama. Sebagai contoh, kolam renang di PKK Presint 9, pernah ditutup dalam tempoh beberapa hari kerana ada servis tertentu. Jadi, anda harus melihat maklumat terbaru di FB mereka untuk mengetahu sama ada buka atau tutup. Atau anda boleh sahaja telefon langsung mereka di talian 0388877681

πŸ“Œ Pembayaran Kolam Renang Secara Cashless
-Bersedia membawa kad debit untuk membuat pembayaran secara cashless untuk membeli tiket kolam renang. Pihak kolam renang tidak menerima pembayaran secara tunai.

πŸ“Œ Datang Setengah Jam Awal Sebelum Kolam Renang Buka Mengikut Slot Buka Masing Masing
-Seperti yang anda ketahui, kolam renang di PKK Presint 11 dan Presint 9 mempunyai waktu buka mengikut slot yang ditetapkan, Ini ialah slot masa mereka:
Isnin – Ahad (Rabu – Tutup)
Sesi 1 – 9.00 pagi – 11.00 pagi
Sesi 2 – 1.00 petang – 3.00 petang
Sesi 3 – 5.00 petang – 7.00 malam
Sesi 4 – 8.00 malam – 10.00 malam
-Jadi, sila datang setengah jam awal sebelum kolam renang buka. Tujuan untuk datang awal ialah, untuk membeli tiket awal. Kemudian, terus tukar baju renang anak anak . Apabila kolam renang dibuka, boleh terus masuk. Dapatlah jimat masa dan dapat bermain lebih lama

πŸ“Œ Hari Rabu Tutup Ye
-Jangan lupa bahawa setiap Rabu, kolam renang PKK Presint 11 tutup ye. Jadi, jangan ter pergi ke sini pula pada hari tersebut. Kesian anak anaak πŸ™‚

πŸ“Œ Awal Pagi Lebih Seronok
-Mengikut pengalaman kami sekeluarga, jika anda memilih untuk ke kolam renang pada waktu pagi, iaitu pukul 9 pagi, ia lebih meneyronokkan kerana pengunjung tidak terlalu ramai, dan cuaca tidak terlalu panas. Jadi sangat enjoyable sekali beriadah dengan anak anak pada waktu ini

πŸ“Œ Jika Anak Anak Hendak Berenang ke Kolam Renang Dewasa, Pakai Pakaian Khas Renang
-Jika anak anda, sudah mahir berenang dan ingin berenang di kolam renang dewasa, mereka perlu memalaik pakaian khas renang. Untuk ibu bapa yang memantau dengan cara masuk sekali ke dalam kolam renang dewasa, ibu bapa juga harus memakai pakaian renang khas. Jika ibu bapa hanya memerhati di tepi kolam renang dewasa, itu dibolehkan pakai pakaian biasa. Pegawai kolam renang sangat tegas berkaitan hal ini.Β 

Itinerari / Rancangan Program Sehari Anda Bersama Keluarga di Kolam Renang di PKK Presint 11 ?

Disini, saya sertakan sekali itinerari untuk keluarga yang ingin ke sini atau melawat kawasan lain di Putrajaya dalam tempoh sehari. Bagi penduduk Putrajaya, tidak perlukan itinerari ini kerana mereka lebih arif dari saya. Ini saya kognsikan khas untuk masyarakat luar Putrajaya yang ke Putrajaya untuk lawatan atau untuk keluarga yang menghantar anak ke asrama berdekatan Presint 11.

 

Kesimpulan

Untuk kesimpulannya, pembinaan pusat PKK di Putrajaya sangat bermanfaat untuk para penduduk di sini. Bagi penduduk Presint 11, pembinaan PKK ini sangat membantu kegiatan harian mereka. Ia juga membantu penduduk luar dari Putrajaya untuk menikmati keindahan Putrajaya pada harga yang berpatutan. Insyaallah. Dan saya melihat kawasan ini sangat meriah terutama ketika hujung minggu. Anda dapat melihat pelbagai lapisan masyarakat menggunakan semua servis disini dengan seronok sekali terutama pelajar asrama dari sekolah berasrama di Presint 11 yang banyak menggunakan servis disini .

Terdapat kumpulan pelajar yang ke sini untuk menelaah dan mengulangkaji pelajaran di dalam Perpustakaan Presint 11. Mungkin mereka ada tugasan yang harus merek siapkan. Mungkin mereka ada perbincangan yang mereka harus selesaikan untuk sekolah kelak. Kadangkala, anda akan melihat pelajar – pelajar yang memakai baju batik khas ke sini. Mereka ialah pejar dari sekolah asrama yang berhampiran iaitu SMKA Putrajaya. Alhamdulillah, sejuk mata melihat mereka, dengan pakaian yang sopan dan tahukah anda merekja juga menghafaz satu Quran sepanjang pelajaran mereka di SMAPUTRA.

Terdapat keluarga yang menikmati makanan di kafetari Presint 11. Mungkin inilah masa yang mereka ada untuk bersama keluarga. Mereka sangat menikmati makanan mereka sambil diiringi hiruk pikuk manusai yang datang ke sini dengan pelbagai urusan.

Terdapat keluarga yang membawa anak anak untuk berlatih Taekwondo di aras 1, PKK Presint 11. Hampir setiap hari Ahad, anda akan mendengar latihan mereka di sini. Seronok melihat gelagat pelajar – pelajar ini bersama pelatih mereka. Jika anda berminat untuk menghantar anak – anak anda mahir dalam seni mempertahankan diri, anda boleh lah bertanya langsung kepada mereka.

Semua orang mempunyai cerita masing – masing kenapa mereka mengunjungi PKK Presint 11 ini. Yang penting kita sama sama bertimbang rasa dan sama sama menjaga kemudahan awam yang disediakan di sekitar kawasan ini supaya ia tetap utuh dan berkekalan untuk generasi akan datang.

Semoga pihak Perbadanan Putrajaya dapat menambahkan pelbagai lagi servis yang dirasakan perlu bagi penduduk Presint 11 khasnya dan pelawat / penduduk luar Putrajaya amnya. Semoga Putrajaya terus maju. Amin

Leave a Comment