Apa itu Bantuan Awal Persekolahan ?
Bantuan Awal Persekolahan ialah jenis Bantuan Khusus yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan. Tujuannya ialah untuk meringankan beban para ibu bapa dalam meneydiakan anak anak untuk sesi persekolahan. Sebelum ini, bantuan ini RM 100 bagi seorang anak. Kemudian, ia bertambah menjadi RM 150 bagi seorang anak ☺️☺️☺️
Sebagai seorang ibu bapa, bantuan ini sangat membantu saya. Setiap sen bantuan ini, digunakan sepenuhnya untuk membeli peralatan – peralatan sekolah seperti baju sekolah kebangsaan, baju sekolah agama, alat tulis seperti pensel, pen. Kalau beg masih okay, janganlah beli baru. Dapat jimat sedikit duit. Anak pertama saya, begnya dapat digunakan dari Tahun 1 sehingga Tahun 3. Alhamdulillah 🤲🤲🤲
Bilakah Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan Bagi Tahun 2025 ?
Untuk tarikh bayaran, menurut memo yang dikeluarkan oleh sekolah anak saya, tarikh agihan Bantuan Awal Persekolahan ialah pada Hari Selasa, 14 Januari 2025 🎉🎉🎉

Tingkatan 6 Layak Dapat Juga Ke?
Mulai Tahun 2025, Tingkatan 6 juga layak untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan ini.
Siapa Sahaja Yang Layak Dapat Bantuan Awal Persekolahan Ini?
Antara syarat syarat yang melayakkan murid untuk mendapatkan bantuan ini ialah:
- Murid mestilah warganegara Malaysia yang berada di Tahun 1 hingga Tingkatan 6 atau yang setaraf dengannya yang bersekolah di:
- Sekolah kerajaan (SK)
- Sekolah bantuan kerajaan (SBK)
- Sekolah agama
- Sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat
- Kolej PERMATA
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
- Sekolah Integriti
- Sekolah Henry Gurney
- Maktab Rendah Sains MARA
- Maktab Tentera Diraja
Berapa Banyak Duit Pelajar Dapat ?
Setiap pelajar, akan mendapat RM 150. Jika anda mempunyai 4 orang anak, maka anda akan mendapat RM600. Pada tahun lepas, di sekolah anak saya, penyaluran bantuan adalah seavra tunai, dimana setiap ibu bapa harus ke sekolah untuk menerima duit bantuan ini. Mulai tahun 2025 ini, terdapat pilihan untuk penyaluran ke akaun Bank pelajar atau ibu bapa
Cara Pembayaran Bantuan Kepada Pelajar ?
- Tunai
- Kredit ke Akaun bank pelajar
- Kredit ke Aaun bank ibu bapa
Dimana Nak Dapatkan Borang Bantuan Awal Persekolahan ?
Biasanya, pihak sekolah akan memberikan borang untuk ibu bapa isi
Saya Ingin Bertanya Lagi ?
Bolehlah rujuk FB kementerian Pelajaran