Zaman ekonomi sekarang semakin memeritkan. Sedikit sebanyak, kita mesti ingin mencari cara untuk jimatkan duit. Disini saya kongsikan cara untuk jimat duit sama ada anda sudah berkeluarga atau masih bujang. Semua cara ini sudah saya lakukan dan insyaallah berkesan.
Cara Jimat Duit Lengkap Tahun 2025:
- 1️⃣ Jimatkan Penggunaan Elektrik
- 2️⃣ Berbelanja Buah Buahan di Pasar Malam
- 3️⃣ Tukar Sendiri Minyak Hitam Motosikal
- 4️⃣ Gunakan / Beli barang jenama biasa
- 5️⃣ Guna Aplikasi Hargapedia
- 6️⃣ Gunakan Pengangkutan Awam
1️⃣
JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK
✅Gunakan perkakas elektrik yang mempunyai 5 star. Jika harganya agak mahal, gunakan yang 4 atau 3 star.
✅Tukar mentol anda kepada mentol LED. Ia lebih menjiamtkan elektrik. Beli sahaja di MrDIY berdekatan anda. Anda juga boleh membeli di Mydin atau Econsave atau pasar raya kegemaran anda.
✅Jika anda menggunakan Pendingin Hawa (Aircond), jangan buka sepanjang malam. Buka dalam 1 ke 3 jam, kemudian buka kipas dan tutup pintu bilik anda untuk elakkan dari hawa dingin keluar. Tetapi, kalau cauca sangat panas, pasrah aje lah.
2️⃣
BERBELANJA BUAH BUAHAN DI PASAR MALAM
🍓Buah buahan di pasar malam, biasanya lebih murah daripada pasar raya. Walaupun kualitinya agak kurang sedikit, tetapi anda masih mendapat zat yang diperlukan dari buah buahan itu. Buah buahan sangat penting untuk kesihatan usus anda. Ia juga memberikan vitamin tambahan untuk kesihatan anda.
💡TIPS: Beli buahan buahan mendekati waktu maghrib. Biasanya dalam pukul 6.30 petang ke atas. Biasanya, para penjual ingin menghabiskan jualan mereka. Harga buah buahan yang sebelum ini 1 longgok RM 5, biasanya akan menjadi 3 longgok RM10. Jika bernasib baik, ia akan mejadi 4 longgok RM10. Saya biasa membeli epal di pasar malam. Dalam 1 longgok, biasanya ada lebih kurang 5 ke 7 buah. Selesai berbelanja, teruslah ke surau . masjid berdekatan. Insyaallah berkat.
3️⃣
TUKAR SENDIRI MINYAK HITAM MOTOSIKAL
🏍️ Kos menukar minyak hitam dalam RM16 ke RM 25 (Harga ini untuk jenama minyak hitam yang biasa. Untuk jenama minyak hitam yang lebih mahal dan untuk fungsi berbeza, harganya boleh mencecah sehingga RM30 ke RM50) jika anda melakukannya di bengkel motosikal*. Jika anda menukar sendiri, anda boleh jimat. Cara menukar minyak hitam banyak dikongsikan di Youtube. Saya telah melakukannya. Ianya sangat mudah. Anda cuma perlukan sepana saiz 17 (Boleh beli di kedai RM2 seperti Ecoshop, Ninso atau kedai seperti MrDIY). Minyak hitam pula boleh dibeli di kedai seperti pasaraya Econsave (Jenama Huttington, harganya dalam RM10.90) atau beli sahaja di atas talian seperti Shopee. Biasanya, minyak hitam harus ditukar dalam sebulan sekali (sekiranya anda menggunakan motor hampir setiap hari). Anda boleh jimat sehingga RM100 dalam setahun.
*Ejaan motosikal ialah benar, menurut DBP, bukannya motorsikal.
4️⃣
GUNAKAN / BELI BARANG JENAMA BIASA
🛒Jika anda ingit menjimatkan duit, anda boleh cuba menggunakan jenama tempatan / lokal / pasaraya. Sebagai contoh, jika sebelum ini, anda menggunakan serbuk koko jenama Mi**, anda boleh cuba serbuk koko jenama lain seperti Lotuss, Econsave, MyMydin dan seangkatan dengannya. Sebagai perbandingan:
Serbuk koko 2kg jenama M*** : Dalam RM38
Serbuk koko 2kg jenama Lotuss : Dalam RM19
5️⃣
GUNA APLIKASI HARGAPEDIA UNTUK MEMBANDINGKAN HARGA
🏚️Tahukah anda aplikasi Hargapedia ini sangat membantu dalam anda membanding harga sebelum membeli barang. Anda tidak perlu lagi membelek kertas promosi / flyer setiap pasaraya. Anda hanya perlu taip barang yang anda ingin bandingkan, dan senarai harga keluar untuk hari tersebut. Sebelum ini Kementerian Perdagangan ada mengeluarkan aplikasi banding harga , iaitu Price Catcher, tetapi aplikasi itu sering bermasalah, seperti kerap loading tanpa henti. Jadi, anda tidak dapat melihat sebarang barang disitu. Semoga pihak Kementerian dapat memperbaiki aplikasi itu.
Aplikasi Hargapedia: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.askhargapedia.app&hl=en&pli=1
Aplikasi Price Catcher: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.opensoft.paparanhargaandroidv2&hl=en
terbaik
ok
betulke?
ye tuan