Ok, straight to the point. Ada banyak cara untuk renew road tax. Ada yang buat secara fizikal seperti ke Pejabat Pos atau ke JPJ yang berdekatan. Ada yang buat secara online. Dan biasanya orang akan renew atau hidupkan road tax bersama-sama dengan insuran. Disini, saya akan kongsikan cara renew road tax bersama insurans secara online terlebih dulu.
CARA RENEW INSURANS DAN ROAD TAX YANG MUDAH DAN MURAH SECARA ONLINE UNTUK TAHUN 2025
(1) TUNE PROTECT DAN APLIKASI MYJPJ
Tune Protect ialah syarikat insuran di bawah Tune Group (antara pemiliknya ialah Tony Fernandes dari Air Asia) untuk buat insurans kereta, motosikal, pelancongan dan lain lain lagi. Bagi saya, syarikat ini antara yang termurah dan termudah untuk membuat insurans kereta. Kereta saya sudah berusia 13 tahun, jadi, saya memilih insurans Motor Easy (ada rebat / diskaun 10% untuk online renewal) . Kadangkala, saya akan menggunakan aplikasi Etiqa + dari Maybank. syarikat ini juga kadangkala menawarkan insurans kereta yang agak murah.
Kuncinya, anda haruslah saling semak antara satu aplikasi dengan aplikasi yang lain.
Link Google Play bagi Tune Protect:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.insurance.tuneprotectmalaysia
Laman Web Tune Protect:
Donwload app dan mula dari situ. Interface / Design die sangat user friendly.
Gambar: Interface / Design Aplikasi Tune Protect
Untuk renew road tax, saya sarankan untuk anda menggunakan aplikasi rasmi JPJ. Dengan menggunakannnya, anda tidak perlu membayar servis kepada pihak ketiga untuk pembayaran. Saya memilih untuk digital road tax. Lebih mudah bagi saya.
Aplikasi MyJPJ yang mudah dan efisien:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info&hl=ms
Untuk anda yang sering ke laur negara seperti Thailand, mereka masih mahu melihat Road Tax fizikal dan Lesen memandu fizikal anda. Mungkin lebih sesuai untuk anda perbaharui di Pejabat JPJ dan nyatakan yang anda sering ke luar negara dan perlukan Road Tax fizikal. Hubungi JPJ untuk maklumat terkini.
(2) APLIKASI (ETIQA +) DARI MAYBANK DAN APLIKASI MYJPJ
Anda boleh download aplikasi ini dari Google Play.
Link aplikasi ini:
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.etiqa.smile&hl=en&pli=1
Daftar menggunakan aplikasi ini. Gunakan email yang anda biasa guna sebab mereka akan hantar kod pengesahan ke email itu bagi pendaftaran. Kemudian, set username dan password. Selesai. Anda login ke dalam aplikasi ini, isi maklumat lengkap anda, dan masukkan nombor kereta anda untuk evaluasi / semakan insurans. Anda akan dapat diskaun / rebat 10% untuk transaksi menggunakan aplikasi ini. Jimat kan 🤩🤩🤩
Kadangkala aplikasi Etiqa + ini menawarkan kadar yang lebih murah untuk perbaharui Cukai Jalan berbanding aplikasi Tune Protect. Itu sebabnya saya beritahu, ambil masa sedikit untuk membuat perbandingan harga. Jika anda leceh untuk melakukannya, kedua dua aplikasi ini menawarkan harga yang kompetitif
CARA RENEW INSURANS DAN ROAD TAX SECARA OFFLINE
(1) PEJABAT POS
Masih ramai yang sudah terbiasa untuk renew insuran dan road tax di pejabat pos. Bagi warga emas yang tidak biasa menggunakan pembayaran online, ia sangat sesuai, cuma kadang kala, harus beratur agak panjang dan pembayaran lebih mahal berbanding online. Ini kerana, kedai fizikal seperti pejabat pos mestilah mempunyai pelbagai kos operasi tersendiri, jadi, pasti servis lebih mahal sedikit. Saya pernah ingin memperbaharui road tax dan insurans ayah saya. Jadi, saya bawa salinan IC dan nombor kereta ayah saya sahaja. Ada juga pejabat pos yang meminta kad pengenalan asli pemohon. Nasib saya cuma tunjuk fotostat kad pengenalan, sudah selesai (Ikut Nasib)
Pastikan anda telefon terlebih dahulu pejabat pos, mane tau ade sebarang perubahan yang saya tak perasan.
(2) PEJABAT JPJ
Anda juga boleh renew road tax dan insurans di pejabat JPJ berdekatan. Jangan lupa untuk download aplikasi beratur di JPJ.
Download disini JPJ eQ
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.jpj.queue&hl=ms&pli=1
Datang awal ke JPJ untuk proses yang lebih cepat. Pembayaran juga adalah cashless / tanpa tunai. Penggunaan kad bank (kad debit / kredit) sudah memadai. Untuk sebarang urusan di pejabat kerajaan, pastikan anda sampai lebih kurang setengah jam awal sebelum waktu buka pejabat untuk proses yang cepat dan mudah!
Jangan lupa untuk telefon JPJ biasanya sehari sebelum ke sana , mane tau ade sebarang perubahan perubahan yang anda perlu sediakan.
(3) AGEN RENEW ROAD TAX (BIASANYA DI PASARAYA)
Bagi anda yang sering ke Pasaraya, pasti sellau nampak kedai Renew Road Tax kan? Saya pernah juga renew di situ. Di kawasan saya, Pasaraya Econsave dan Aeon Big, ada beberapa syarikat yang buka cawangan untuk perbaharui Road Tax. Ia juga pantas dan memudahkan. Tetapi, ingat, ada kos tambahan yang anda perlu bayar. Wajarlah, mereka ada kos operasi kedai yang perlu dibayar, gaji pekerja dan kos lain lain, pastilah mereka akan kenakan caj tambahan. Secara amnya, kalau anda sukakan penjimatan lebih, lebih sesuai untuk renew road tax secara online.
(4) KIOS JPJ DI STESEN MRT BUKIT BINTANG
Saya selalu nampak Kios JPJ di Stesen MRT Bukit Bintang. Untuk ke situ, pastikan anda menuju ke Pintu C (Laluan ke Monorail Bukit Bintang dan Plaza Low Yat). Anda akan nampak Kios itu disana. Baca arahan penggunaan Kios tersebut. Anda boleh melakukan pelbagai servis seperti renew road tax.
Kios ni lebih kurang macam kaunter JPJ tetapi, tiada orang yang jaga. Semua layan diri.
➡️➡️ Servis Apa Sahaja Yang Boleh Anda Lakukan di Kios JPJ MRT Bukit Bintang ?
- Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (Roadtax)
- Salinan Lesen Kenderaan Motor (Roadtax)
- Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (Geran)
- Pembayaran Saman
- Maklumat Kenderaan / Lesen dan Insurans
- Daftar atau Kemaskini ID Awam


Pada pendapat saya, anda hanya menggunakan pilihan ini, jika anda kebetulan menggunakan MRT dan melalui stesen tersebut. Kenapa ? Kerana kadang kala, saya lemihat yang Kios ini Out Of Service. Kalau seakdar lalu disitu dan sambil itu renew road tax, tak la stress sangat kalau mesin error 😆😆


(5) UTC (URBAN TRANSFORMATION CENTRE)
UTC ialah idea yang sangat bernas kerana ia buka pada hari Sabtu dan Ahad. Ia sangat membantu masyarakat yang tidak dapat ke JPJ pada hari bekerja atas kesibukan. Pembinaannya sangat membantu rakyat. Ia bukan sahaja menempatkan pejabat JPJ, ia juga menempatkan agensi kerajaan lain seperti PTPTN, JPN, LHDN, SSM, JIM dan Klinik Kesihatan.
Saya selalu ke Klinik Gigi di UTC Pudu untuk mencabut atau merawat gigi pada hari Sabtu atau Ahad. Sangat pantas dan membantu sekali inovasi ini.
Untuk perkhidmatan renew roadtax di UTC ini, macam biasa, pastikan anda tiba setengah jam awal di sini, bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan anda.

Semoga Bermanfaat 🙂