Hari ini, saya cuba mencari logo PPIM. Saya cuba cari di dalam buku sekolah anak – anak. Logo itu ada, tetapi cikgu nak yang hitam putih, sebab kena lekat dalam Buku Log PPIM. Kemudian, pelajar harus warnakan.
Bagi anda yang sama – sama bingung macam saya, disini saya kongsikan fail untuk download logo PPIM itu dalam bentuk hitam putih:
MAKSUD LOGO PPIM
Maksud warna dalam logo PPIM:
Merah samar : Lambang keharmonian dan kelembutan
Hijau : Agama
Kuning : Kesetiaan dan Ketaatan
Putih : kesucian
SEJARAH PPIM
PPIM ialah singkatan bagi Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Puteri Islam. Pergerakan ini ditubuhkan pada tahun 60an. Idea penubuhan pergerakan ini dicetuskan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah. Nama penuh baginda ialah YTM Tunku Puan Besar Kurshiah binti Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin. Baginda ialah puteri raja dari Negeri Sembilan.
Pada awal penubuhannya, PPIM hanya disasarkan untuk pelajar sekolah menengah sahaja. Selain itu, corak aktivitinya juga bertumpu kepada aspek keagamaan dan juga khidmat masyarakat.
Kemudian, pada 17 Jun 1981, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, telah melancarkan PPIM secara rasmi. Sebab itulah, 17 Jun setiap tahun dikenali sebagai Hari Puteri.
PPIM ialah aktiviti kokurikulum yang sering disertai pelajar sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah. Selain PPIM, terdapat beberapa unit beruniform yang lain dalam Kementerian Pelajar, dimana pelajar boleh sertai di sekolah seperti:
- Kadet Remaja Sekolah
- Pancaragam
- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
- Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan
- Kadet Koreksional
- Kor Kadet Polis
- Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat)
- Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Udara)
- Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut)
- Persatuan Pengakap Malaysia
- Persatuan Pandu Puteri Malaysia
- Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
- St John Ambulan Malaysia (SJAM)
- Briged Putera Malaysia
- Briged Puteri Malaysia
- Persatuan RIMAP Malaysia
- Joyful Vanguard
LAGU PPIM
Lagu Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
VISI PPIM
Antara visi – visi PPIM ialah:
- Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri – ciri berikut seperti :
- Berakhlak murni berdasarkan prinsip – prinsip Islam
- Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangun diri secara bersepadu dari aspek spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal
- Mempunyai rasa kasih sayang dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesaam puteri terhadap diri, kelaurga , masyarakat dan negara
MISI PPIM
- Melengkapkan puteri dengan ilmu-ilmu lengkap supaya puteri dapat menyumbang secara mapan kepada pembangunan masyarakat.
- Memberikan pendidikan secara tidak formal kepada puteri supaya dapat menghadapi arus kemodenan dengan ilmu yang mapan dan sahsiah yang terpuji.
OBJEKTIF PENUBUHAN PPIM DI PERINGKAT SEKOLAH
- Membimbing para pelajar dari aspek jasmani, rohani dan spiritual supaya kelak akan menjadi insan yang kamil, berilmu dan mampu menterjemahkan prinsip Islam di dalam kehidupan mereka.
- Melahirkan masyarakat muda yang:
- Taat kepada arahan dan perintah Allah SWT
- Berilmu
- Berakhlak mulia
- Berbakti kepada masyarakat
- Mengeratkan lagi silaturrahim antara generasi tua dan muda dalam PPIM
HUBUNGI PPIM
Berikut ialah alamat pusat bagi PPIM:
Komplek Darul Puteri,
#564 KM6 Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur
Laman Web: https://darulputeri.com/
Email : reservation@darulputeri.com