🎓 Interview MRSM Bagan Datuk (Ulul Albab) 2024 – Tips & Pengalaman Sebenar! ✨

Text Size:

Setelah menunggu lama, akhirnya anak saya telah mendapat panggilan temuduga MRSM Ulul Albab di Bagan Datuk. Sebenarnya, anak saya memohon ke MRSM Sungai Besar, Selangor. Tetapi, surat panggilan temuduga menyatakan dia perlu ke Bagan Datuk. Mungkin kerana jumlah pelajar yang ramai untuk ditemuduga, jadi, anak saya dihantar ke Bagan Datuk.

Oleh kerana ini pertama kali saya akan ke Bagan Datuk, maka, bermula lah pencarian maklumat kami mengenai kawasan ini. Saya pernah ke Gopeng dan Ipoh, tetapi Bagan Datuk tidak. Kawasan ini dibawah pemerintahan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kini, iaitu Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Dan rupa – rupanya, sebuah masjid yang baru dibina berdekatan pusat bandar Bagan Datuk dan berdekatan sungai ialah dari nama bonda Datuk Zahid, iaitu Masjid Tuminah.

LATAR ialah singkatan bagi Lebuhraya Assamjawa Taman Rimba Bhd. Nama syarikat ini sekarang ialah KL-Kuala Selangor Expressway Berhad (KLSEB). Tu lah, saya tercari – cari LATAR itu singkatan bagi apa? Ini jawapan sebenarnya.

Kami bertolak dari Gombak ke Bagan Datuk. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Perjalanan mengambil masa yang lebih lama sedikit daripada masa asal, kerana saya terbiasa memandu dengan kelajuan yang biasa dan kami ada berhenti sekejap di Family Mart berdekatan Sungai Besar kerana anak saya lapar. Kami melalui lebuhraya LATAR. Alhamdulillah perjalanan lancar. Di LATAR memang lampu jalan kurang kah? Seriau jalan awal pagi. Gelap memanjang. Terpaksa guna High Beam, supaya nampak jalan. Istighfar je sepanjang jalan. Takut ada benda dok menyelip. Seriously, LATAR, harus letak lampu jalan di sepanjang lebuhraya mereka.

Setelah melepasi LATAR, kami menuju ke Sungai Besar dan terus ke Bagan Datuk. Sepanjang perjalanan, suasananya agak berbeza dengan bandar Kuala Lumpur yang biasa kani harungi. Tetapi, nilai nostalgianya sangat menggiurkan. Kami sampai di kawasan Sungai Besar lebih kurang pukul 6.15 pagi. Sayup sayup kedengaran azan Subuh. Kami bercadang untuk Solat Subuh di surau / masjid berdekatan MRSM Bagan Datuk.

Di Sungai Besar, anak saya memberitahu yang dia lapar. Nasib ada adik saya, yang ikut menemani untuk interview kali ini. Terus saya mencari kedai berhampiran. Dari kejauhan, saya nampak kedai Family Mart. Saya terus parking berdekatan Family Mart, manakla adik dan anak saya terus ke dalam. Selang beberapa minit kemudian, sebuah kerete Wira berwarna merah parking di sebelah kiri saya.

Dia menurunkankan tingkapnya, dan bercakap sesuatu kepada saya. Saya agak pelik dan tidak melayan percakapannya. Kemudian, saya ternampak ada seorang budak kecil disampingnya. Saya jadi terfikir, mungkin dia memerlukan bantuan! Saya terus turunkan tingkap sebelah kiri saya. Sudah la , disitu ada beg tangan adik saya. Apa yang saya fikir ketika itu? Dia bercakap mengenai dompetnya yang tertinggal di RnR lebuhraya, kemudian ayahnya baru sahaja meninggal dan macam macam lagi. Saya terus rasa sedih. Nasib baik, adik saya dan anak saya kembali ke kereta. Saya terus tutup tingkap dan kunci pintu.

Kemudian, adik saya bercerita , dia perhatikan sahaja saya dari dalam. Dia pelik kenapa saya layan orang tu cakap. Cermin kereta dia pun gelap. Jadi, saya tidak dapat meneka sama ada ada orang lain atau tidak didalamnya. Yang saya tahu, ada seorang budak lelaki dalam usia 4 tahun di kerusi hadapannya. Mungkin itu strategi untuk membuatkan saya “percaya” dan menurunkan tingkap bagi bercakap dengan dia.

Nasib baik Allah masih menyelamtkan saya. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Mana tahu, sebenarnya mereka adalah penjenayah? Waktu itu masih awal pagi. Tak banyak kereta lagi lalu lalang. Saya jadi teringat kisah seorang perempuan yang hampir diculik ketika didatangi kereta yang meminta bantuan. Kesnya hampir sama seperti saya. Ada seorang budak juga di dalam kereta itu!

Setelah itu,

.

.

Disini, saya kongsikan tips untuk anda mengharungi perjalan jauh:

Leave a Comment