Alhamdulillah, selesai acara Konvo adik ipar saya di UIA baru baru ini. Suasana yang sangat meriah. Banyak betul kedai cenderahati terutama yang jenis bunga .
Acara adik saya ialah pada hari Ahad, 17 November 2024. Kami datang ke Gombak sehari awal . Jadi dapatlah bersiap siap apa apa yang patut untuk acara konvo nanti.
Sabtu, 16 November 2024
Nasib baik rumah saya dalam 1 jam perjalanan je ke Gombak. Jadi tak jauh mana. Sampai di gombak, kami terus ke Kenanga. Kenangan Wholesale Centre ye, bukan Kenangan Coffee. Mall besar ni banyak baju baju yang murah. Cuma jika kita menggunakan pengangkutan awam seperti LRT atau MRT, tiada yang terus sampai ke Kenanga. Paling dekat anda boleh dapat ialah turun di stesen Monorel Hang Tuah. Kemudian, jalan kaki selama 13 minit untuk ke KWC (Kenanga Wholesale Center). Bolehlah merujuk kepada laman web Rapid KL Journey Planner ini untuk mengetahui bas atau tren LRT / MRT untuk kemana mana.
Kebanyakan yang menjaga kedai disana ialah warga asing. Saya tak pasti sama ada mereka pemilik kedai atau pekerja sahaja. Adik saya berniat untuk membeli baju kurung warna Cream White sebabnya UIA mengarahkan pelajar memakai baju yang sama dengan warna tudung iaitu cream white.
Setelah berputar putar di Kenanga, kami jumpa satu kedai yang menjual baju warna tersebut. Sebenarnya, kalau ke butik pengantin, mungkin ada baju tersebut, tetapi harganya pasti mahal. Jadi kami pilih di kedai itu. Harganya dalam RM59. Harga yang best bagi baju ini. Sebabnya, baju seperti ini biasanya dalam RM200 + jika dibeli diluar ataupun online.
Pada mulanya, saya ingat pekerja kedai itu hanya saje bagitau yang harga pakaian tu sebenarnya mahal. Mereka kata, yang mereka bagi murah sebab pakaian itu adalalah pakain display. Jadi untuk habiskan stok, mereka letgo dengan harga murah. Tetapi, setelah kami ke kedai jahit di M3 Mall di Taman Melati, ternyata tukang jahit beritahu yang baju itu baju mahal! baru saya percaya.
Saya sangat sarankan untuk sesiapa yang berdekatan dengan Taman Melati, Gombak, untuk menggunakan servis tukang jahit di dalam M3 Mall ini (Kedai satu aras dengan Eco Shop). Kalau ada kedai – kedai lain, mai la share di sini. Boleh saya bagitau semua. Saya ke kedai ni, sebab emak mertua saya beritahu yang kedai ini teliti dan harga masih berpatutan.
Saya lupe nak beritahu, sebelum saya ke M3 Mall, saya pekena nasi goreng daging dan roti canai di Legenda Malaya. Memang best guys…. Dah lama saya tak pergi sini. Diorang da tambah satu lot kedai, dan buat style western bistro. Memang vibe die superbb.. Harga tepi jalan!!! Ada mase, pegi la sini ye.
Legenda Malaya : Taman Koperasi Polis Fasa Ii, 68100 Batu Caves, Selangor

Ahad, 17 November 2024
Hari konvo adik telah tiba. Kami bergerak dari rumah seawal 6.45 pagi. Bagi acara konvo, pihak UIA ada memberitahu pelajar, pelawat dan ibu bapa bahawa , mereka harus meletakkan kenderaan di Convest Hill. Kemudian, naik bas yang disediakan untuk ke Dewan Konvo. Rasanya, kami antara yang terawal tiba disini.