Pada hari Rabu, 9 Julai 2025 yang lepas, saya membawa ibu saya ke Hospital Kuala Lumpur untuk follow up keadaan jantung ibu saya. Ibu saya diberi temu janji ke bahagian ECHO untuk menyemak sama ada ibu saya mempunyai penyakit jantung atau tidak. ECHO ialah singkatan bagi Echocardiogram yang di dalam Bahasa Melayunya bermaksud, satu proses untuk menukar gema bunyi kepada gambar struktur jantung kita. Alat ini digunakan untuk mengesan sesuatu penyakit dengan lebih mudah. ECHO terletak di Kompleks Pakar & Rawatan Harian (SCACC) HKL
Dunia seolah – olah terhenti…..
Pada hujung tahun lepas, ibu saya menyatakan bahwa beliau sukar bernafas. Ayah saya membawa ibu ke bahagian kecemasan di Hospital Kuala Lumpur. Sesampainya di sana, disebabkan ramai pesakit, kami menunggu di bahagian menunggu di sebelah kecemasan. Ibu dan adik serta ayah saya sampai lebih kurang pukul 9 malam. Saya pula tiba pukul 10 malam, dengan menaiki MRT dan turun di MRT Hospital Kuala Lumpur. Alhamdulillah, pembinaan MRT ini sangat membantu rakyat marhaen seperti kami untuk bergerak kemana mana. Semoga pembinaan LRT3 akan merancakkan lagi penggunaan pengangkutan awam di Malaysia.
Setelah bergegas ke bahagian kecemasan, ibu saya kelihatan tenang, tetapi agak keletihan. Setelah bertanya kepada adik saya, doktor memberitahu bahawa mereka baru memeriksa ibu saya. Mereka juga telah scan dan check dada . X ray juga sudah diambil. Setelah itu, kami diminta menunggu hampir beberapa jam. Oleh kerana, keadaan di bahagian kecemasan agak packed, kami berpindah ke bangku yang disediakan di hadapan bangunan Institut Radioterapi dan Onkologi. Bangunan ini terletak dalam 150 m dari Bangunan Kecemasan Jadi, agak selesa sikit, untuk berbaring. Ada lebih kurang 4 baris kerusi yang boleh memuatkan hampir 16 orang dan cuma kami sahaja disitu. Terdapat mesin layan diri kopi. Kami baring baring sambil menunggu panggilan doktor.
Setelah hampir 3 jam setengah, ibu saya dipanggil untuk berjumpa doktor. Penerangan telah dibuat, dan kami diberi beberapa surat rujukan untuk ke klinik berdekatan Gombak . Alhamdulillah, dunia seolah terhenti setelah mengetahui bahawa mak saya dikejarkan ke kecemasan. Insyaallah, biasanya , jika tidak ditahan di wad, maknanya masih stabil. Ibu saya mempunyai masalah darah tinggi, itu yang menyebabkan saya risau. Setiap pagi, ibu saya akan memakan ubat darah tingginya . Ini bertujuan untuk mengawal tekanan darah tinggi yang ibu saya hadapi. Saya juga ada menyediakan buku 999 kecil untuk catatan bacaan tekanan darah tinggi setiap hari. Jadi, buku ini akan menjadi rujukan pada doktor kelak.
Setelah itu, kami terus pulang ke rumah, lebih kurang pukul 6 pagi. Jumlah manusia memang ramai walaupun di malam hari. Pelbagai ragam dan karenah manusia yang kami jumpa. Ada yang patah tangan, kaki, kemalangan dan sakit tua. Semoga mereka semua cepat sembuh. Amin.
Walaupun ramai pesakit, pekerja pekerja di hospital telah melakukan yang terbaik. Terima kasih atas jasa anda!
Sarapan di Kafetaria HKL
Berbalik kepada rawatan susulan / temu janji di ECHO HKL. Temujanji ibu saya adalah pada pukul 8 pagi. Tetapi, pukul 7 pagi , saya telah tiba di sini menggunakan motosikal (Ejaan betul ialah motosikal 😅 ). Saya jadi tahu semasa mengajar anak saya yang bersekolah rendah . Saya baru tahu mengenai parking motosikal di kawasan Bangunan Pakar HKL. Ia terletak di sebelah kanan, tingkat ground, bersebelahan tempat menurunkan penumpang / pesakit di pintu utama Bangunan Pakar.
Tiada bayaran dikenakan. Percuma sahaja. Cuma , tempat parkir itu agak kecil dan terhad, berbanding jika anda biasa parking motosikal di hadapan Bangunan Kecemasan HKL. Di Kecemasan HKL, jumlah tempat parking motosikal, lebih banyak dan luas. Walaupun, agak terhad, saya masih dapat parking di Bangunan Pakar HKL, kerana saya sampai awal. Mengikut perkiraan kasar saya, tempat parkir itu boleh memuatkan hampir 100 motosikal. Terima kasih HKL. Bagi parkir kereta, anda boleh menggunakan parkir bertingkat HKL yang terletak berdekatan padang HKL. Insyallah lebih mudah walaupun ada bayaran.
Setelah selesai parking, saya membawa ibu saya ke bahagian kaunter pertanyaan HKL, tetapi tiada pegawai disitu. Jadi kami bertanya keapda random staff yang kami rasa adalah pegawai HKL. Kami berpandukan pada pakaian mereka. Saya bertanyakan mereka tempat mana yang kami perlu beratur untuk pemeriksaan ECHO hari ini. Salah seorang pegawai ini memberitahu kepada kami untuk beratur di tingkat 2 , Klinik Perubatan Am. Kami terus menaiki tangga untuk meninjau tempat tersebut. Terkejutnya kami, apabila melihat barisan panjang sudah terbentuk disitu.
Disebabkan waktu baru menunjukkan pukul 7 pagi, kami terus bergegas ke arah kafetaria di Tingkat 1. Kalau tak silap, nama kafe itu ialah Kafe Tu diaa Pak Tam. Sesampainya disitu, kami confuse! Pintu tertutup. Saya bertanya kepada pesakit berdekatan, mereka juga tidak tahu. Tiba tiba, datang seorang pekerja membuka pintu itu. Rupa rupanya, tender Tu Dia Pak Tam baru sahaja tamat hampir sebulan lebih yang lepas. Saya sangat meminati kedai Pak Tam ni sejak merasa masakan mereka di cawangan Pak Tam Bandar Baru Selayang, saya terus jatuh hati.
Kedai yang menguruskan kafe ini secara interim / sementara ialah syarikat ( saya tak tau nama syarikat ni). Tak banyak lauk (Mungkin sebab awal pagi). Roti canai pun tiada. Tetapi ada juga lah, bihun , mee, nasi lemak, kuih muih , roti roti, dan minuman yang lain. Tak lah semeriah Pak Tam dulu.
- ⚡Semasa memilih makanan seperti bihun dan lain – lain, pekerja tidak membenarkan anda mengambil sendiri makanan. Mereka akan mengambilkan untuk anda. Jadi, anda beritahu awal awa jika anda mahu makan sedikti sahaja. Kalau tak, penuh satu pinggan tu diroang letak
Dapatlah isi perut sekejap, sebelum menuju ke ECHO. Sebenarnya, saya merancang untuk membawa ibu saya ke Restoran Haslam, berdekatan Institut Perubatan Respiratori. Jarak dari Restoran Haslam ke HKL dalam 5 minit sahaj jika menggunakan motosikal. Tetapi, sebab saya takut akan lambat berurusan di HKL, saya terus ke HKL. Agak kecewa jugalah kerana Pak Tam sudah tiada.
Beratur di ECHO Tingkat 8 HKL
Setelah selesai sarapan, kami bergegas ke tingkat 2 , Klinik Perubatan Am. Hampir 35 orang di hadapan kami sedang beratur. Sebelum masuk ke dalam , ada seorang pegawai kesihatan yang bertanya tujuan kami datang. Kami menyerahkan surat dari HKL sebelum ini. Pegawai itu mengarahkan kami untuk terus ke tingkat 8 , ECHO, bukan beratur disini. Kami terus bergegas ke atas tanpa mebuang masa.
Nasib baik, semasa di tingkat 8, hanya 3 orang sahaja dihadapan kami. Kami diminta beratur sehingga kaunter buka pukul 8. Saya menasihati ibu untuk berehat sejenak di sekitar kawasan itu. Setelah pukul 7.55 pagi, kaunter dibuka dan kami meluru masuk. Semua pesakit meletakkan surat rujukan atau dokumen yang menyatakan mereka perlu ke situ di dalam bakul khas. Setelah menunggu hampir 10 minit di tempat duduk yang disediakan dalam klinik, nama ibu saya dipanggil. Saya terus ke depan dan melakukan pembayaran sebanyak RM5 menggunakan kad debit. Ingat ye, pembayaran semua secara tanpa tunai / cashless.
Ujian ECG di HKL – “Baik – Baik Nurse dan Doktor “
Setelah itu, kami menunggu di hadapan bilik lain untuk proses seterusnya. Saya hanya menunggu lebih kurang 20 minit sebelum nama ibu saya dipanggil untuk berjumpa doktor pakar jantung. Ibu saya masuk sendiri berjumpa doktor. Setelah ibu saya selesai, dia beritahu yang doktor melakukan ujian ECG. Ujian ECG biasanya dilakukan untuk mengesan aktiviti elektrik jantung kita. Biasanya doktor akan melaksanakan ujian ini jika anda disyaki menghadapi serangan jantung.
Setelah keluar dari bilik doktor, mak saya hanya tersenyum. Biasanya, jika tersenyum, itu petanda bahawa semuanya okay. Terus saya bertanya kepada ibu, apa sahaja yang terjadi?
Ibu saya menjawab, nurse baik, doktor pakar pun baik. Sopan santun, peramah dan baik tutur kata. Patutlah mak saya tersenyum sahaja! Apabila dapat doktor yang begini, indah rasanya hidup 🥰🥰 Ibu saya juga beritahu bahawa nurse suruh duduk di luar dahulu sementara dia menyediakan surat untuk temu janji seterusnya.
Setelah 5 minit menunggu, keluarlah seorang jururawat. Dia menyerahkan sekeping surat temujanji. Tarikhnya ialah lebih kurang 3 bulan dari sekarang. Dari mula kami sampai di kaunter sehingga selesai, ia mengambil masa cuma lebih kurang sejam lebih sikit je. Alhamdulillah. Terbaik layanan dan servis dari hospital kerajaan seperti HKL.
Tempat Makan Sedap Berdekatan HKL
Setelah selesai urusan di HKL, saya mengajak ibu untuk makan tengah hari di Restoran Haslam. Restoran ini terletak berdekatan dengan KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital. Agak sukar untuk mencari parking berdekatan restoran ini. Setelah saya parking motosikal berdekatan dengan KPJ, kami terus bergegas ke restoran. Di restoran ini, anda boleh memilih untuk makan di dalam tempat berhawa dingin. Ada surcah untuk kos pembelian , jika kita menggunakan aircond / bilik berhawa dingin untuk makan (Saya tak ingat berapa peratus). Tapi, ia berbaloi bagi saya. Ibu dapatlah sejuk sejuk dan selesa sikit.
Ibu terus mengambil ikan pari masak merah, dan menempah Fresh Orange. Saya cuma memakan nasi putih beserta ayam goreng masak kuning ( saya tak tahu masak apa sebenarnye. hahaha) dan air teh tarik. Alhamdulillah, dapatlah isi perut dan rehatkan minda.
Sebelum ini, saya pernah sarapan disini. Roti canainya sedap. Tetapi jangan lupa memberitahu pekerja bahawa anda mahukan roti canai yang fresh. Kalau tak, mereka akan beri roti canai yang sudah dimasak . Kalau roti canai yang fresh ni, rasa die wow, fantastico! Kuah dal dia pun sedap. Cubalah ke Restoran Haslam kalau anda ke HKL. Jarak dari Kompleks Pakar HKL ke Restoran Haslam ialah:
- 4 minit perjalanan jika menaiki motosikal
- 12 minit perjalanan jika jalan kaki
- 6 minit perjalanan jika meniki kereta
Saya baru tahu yang Restoran Haslam juga ada cawangan di Wisma Pantai, berdekatan UM. Boleh juga cuba lain kali.
Urusan Vaksin Umrah di BP Lab
Usai makan, kami terus bergerak ke BP Lab di Medan Tuanku. Tujuannya hanya satu. Untuk mendapatkan salinan kad vaksin umrah ibu yang hilang. Insyaallah, bulan November ini, ibu, ayah, adik adik saya akan ke umrah, Qatar, Mesir dan beberapa neagra lain. Semuanya di taja oleh adik saya. Alhamdulillah . Beribadat sambil berjlana jalan. Jadi, kad vaksin haruslah lengkap. Kos untuk mendapatkan replacement card ini ialah RM 10 sahaja.
Setelah, kad vaksin di tanda tangan oleh doktor, dan nama semua disemak kembali, maka, selesailah urusan saya disini. Mereka juga ada menyediakan biskut dan minuman ringan untuk pengunjung. BP Lab ini terletak berdekatan dengan Monorel Medan Tuanku dan Medan Mara.
Jika di Gombak, saya biasa berurusan di Dunia Lab. Lab ini agak besar juga. Ia terletak di Sunway Batu Caves. Ia ada di belakang bangunan KWSP dan terletak di seberang jalan dari Giant Gombak yang lama (Seakrang sudah diambil alih oleh TF Value Mart). Bagi saya, servis Dunia Lab juga santa baik. Teringat dahulu semasa zaman Covid, ibu dan ayah saya melakukan semakan Covid 19 disini.
DBP ?
Saya juga sempat ke Bangunan DBP ( Dewan Bahasa dan Pustaka) di Jalan Dewan Bahasa. Kali terakhir saya ke sini ialah pada 7 tahun lepas, ketika ingin membeli kamus dewan untuk saudara saya di Singapura. Tujuan saya kesini ialah untuk menghantar surat perjanjian penerbitan. Surat perjanjian penerbitan ini ialah untuk karya antologi anak saya! Ia, anak saya bakal diterbitkan bukunya setelah mengikuti perkampungan buku pada tahun 2021 yang lepas. Ia memakan masa yang agak lama untuk diterbitkan. Insyaallah, kelak akan saya kongsikan karya antologi ini kepada pembaca.
Alhamdulillah. setelah selesai semua urusan, kami terus pulang ke rumah untuk rehat. Semoga bermanfaat pengalaman kami kali ini..
Tips dan Petua Berurusan di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC) HKL
Disini, saya kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat memudahkan urusan anda di sini:
- ⚡Datang awal ke HKL. Jika temujanji anda pukul 8 pagi, pastikan anda datang sejam lebih awal.
- ⚡Bawa kad debit kerana semua urusan pembayaran di HBKL ialah tanpa tunai / cashless. Jika anda memang terlupa atau memang tiada kad debit, mungkin anda boleh meminta jasa baik pesakit lain untuk membayarkan untuk anda. Kemudian anda membayar cash / tunai kepada mereka. Untuk info, tak semua pesakit lain akan membayarkan untuk anda, jadi kalau boleh, anda harus ada kad debit sendiri. Untuk caj pembayaran di Bangunan Pakar, ialah RM5, bukan RM1 ye.
- ⚡Jika anda penat beratur menunggi giliran sebelum kauner dibuka, gunakan kerusi yang boleh lipat. Saya banyak kali nampak pakcik makcik berbangsa Cina, mebawa kerusi lipat berbentuk bulat. Mereka boleh pusing untuk buka dan pusing untuk tutup. Mudah untuk beratur. Tetapi apabila kaunter dibuka, anda boleh terus beratur di dalam. Rasanya , mereka beli seacra online.
- ⚡Rancang perjalanan anda. Anda harus tahu nak parking di mana, makan di mana. Jadi memudahkan pesakit yang kita bawa.
- ⚡Jangan lupa untuk install aplikasi My Sejahtera. Aplikasi ini sudah dipelbagaikan kegunaannya. Anda boleh semak temujanji anda disini. Cuma yang peliknya, saya tidak melihat info temujanji di Bahagian Pakar HBKL disini. Yang ada, cuma temujanji di Klinik Kesihatan berdekatan rumah saya sahaja.
- ⚡Buat satu Group Whatsapp khas yang mengandungi semua maklumat kesihatan, tarikh temujanji dan lain lain. Saya buat satu untuk ibu dan ayah saya. Saya masukkan sekalia adik beradik lain. Jadi, jika ada terlupa, yang lain boleh saling mengingatkan. Insyaallah.
- ⚡Bawa botol minuman anda sendiri. Jadi, jika anda haus, senang je nak minum. Hidrasi sangat berbahaya , terutama bagi bayi, dan warga emas.
- ⚡Jangan lupa pakai penutup muka / mask. Walaupun berita Covid 19 sudah jarang didengar, tetapi risiko tetap ada. Beringat sebelum kena.
- ⚡Pastikan handphone anda dicas dengan penuh sebelum ke hospital. Ini bagi memudahkan anda menghubungi orang lain dan orang lain menghubungi anda. Jangan ambil mudah perkara ini ya.
- ⚡Jangan tahan – tahan untuk kencing. Setiap aras, ada tandasnya sendiri. Bahaya jika tahan kencing ini. Cikgu kepada anak saya baru sahaja disahkan penyakit batu karang!
Jangan lupa kongsikan pengalamana anda di HKL ye! Insyaallah, ia sangat bermanfaat untuk orang lain. Terima kasih 😊😊