Pengalaman Buat IC 12 Tahun Anak di Putrajaya

BLOG198 Views

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Harini saya nak kongsikan pengalaman membuat IC / Kad Pengenalan untuk anak saya. Alhamdulillah, anak saya telah genap 12 tahun ketika ujian PKSK baru baru in. Pad pagi tersebut, anak saya menduduki ujian PKSK di salah sebuah sekolah di zon Cheras. Setelah ujian tersebut selesai, kami pulang untuk rehat dan solat sejenak.

banner 336x280

Setelah mencari makluamt secara ringkas di Internet mengenai permohonan Mykad bagi kanak kanak 12 tahun, saya terus menyediakan anak untuk ke JPN.  Saya tidak menjumpai syarat pakaian khas yang perlu anak saya pakai bagi membuat IC, jadi, saya pakikan anak saya pakaian sopan sahaja. Bagi tudung pula, tudung hitam tanpa corak digunakan. Saya juga bawa tudung warna biru tanpa corak, takut takut pihak JPN perlukan warna biru. Mengenai gambar untuk kad pengenalan pula, sefaham saya, gambar akan diambil oleh pegawai JPN semasa permohonan kelak. Secara ringkas, ini dokumen dan barang yang anak saya bawa masa itu:

  1. Mykid asli anak
  2. Sijil lahir anak
  3. Tudung hitam dan biru
  4. Pakai selipar bertutup

Setelah Zuhur, kami bergerak ke Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit. Setelah kami sampai, kami melihat barisan panjang di depan eskalator. Baru saya teringat bahawa, JPN Putrajaya akan rehat selama sejam dari pukul 1 tengah hari sehingga pukul 2 petang.

 

Waktu Buka Kaunter JPN Putrajaya
Waktu Buka Kaunter JPN Putrajaya

 

Jadi kami beraturlah di depan eskalator itu. Kami sampai dalam pukul 1.40 petang. Jadi, hampir 20 minit jugalah berdiri menunggu. Kesian pula melihat warga emas dan wanita yang menggendong bayi beratur bersama.

Setelah pukul 2 petang, datanglah seorang pegawai JPN yang membuka akses kepada eskalator itu. Terus berdesup kami naik ke Tingkat 2 untuk mengambil nombor giliran. Setelah itu, kami terus duduk di bangku yang disediakan untuk menunggu nama dipanggil.

Di kawasan menunggu, turut disediakan makanan ringan dan air mineral yang boleh dibeli. Makanan itu disediakan diatas rak, dan anda perlu meletakkan duit di dalam tabung yang disediakan. Jujur taw.

Setelah nama anak dipanggil, kami bergerak ke kaunter. Kami berikan Mykid dan kemudian pegawai bertanya, anak nak guna alamat saya atau suami sebab alamat suami lain. Kalau alamat suami, suami kene hadir, kalau alamat saya, Mykad saya sudah cukup untuk selesaikan. Saya pilih alamat saya.

Sebelum mengambil gamabr di kaunter JPJ, pegawai mengarahkan untuk duduk lurus, tegak dan mata pandang ke arah kamera. Boleh solek sedikit sebelum bergambar.

Alhamdulillah, semua selesai. Kami diminta ke kaunter bertentangan untuk memproses Mykad yang baru. Setelah memberi dokumen dari pegawai sebelumnya, pihak kaunter ini memberitahu dalam sejam Mykad akan siap. Tanpa melengahkan masa, kami terus ke kafetaria di JPN untuk makan tengahari. Kafetaria ini terletak di aras pertama. Manakala surau pula di aras bawah sekali.

Oleh kerana kami datang setelah waktu makan tengahari, jadi pilihan makanan agak terhad, tetapi jangan risau kerana bagi saya, makanan disini sangat sedap dengan harga yang berpatutuan. Saya cadangkan anda makan di kedai ini:

  1. Ani sup utara – Kuey tewo bakso die sedap sangat. Kuah dia panas panas. Saya dari dulu penggemar Ani sup utara ni. Anda boleh tukar kuey teow dengan bihun atau mee. Anda juga boleh tukar bakso dengan daging atau perut. Sedap belaka ! Last time saya rasa makanan di kedai ni sebelum Covid, tahun 2017. Nostalgia betul. Pegawai dia da bertukar, tapi rasa tetap sama. marvellous!!
  2. Kedai sizzling mee – Saya lupa nama kedai dia. Bagi saya , kedai ni paling sedap bagi sizzling mee dia. Mase saya sampai, pegawai tengah solat zuhur. Jadi saya tunggu dalam 15 minit, baru saya order. Memang sedap. Rasa mee die memang terbaik.
  3. Kedai Air – saya lupa nama kedai die. Kedai dia hujung sekali. Harga dia mengikut harga semasa dan bagi saya berpatutan. Alhamdulillah. Kami order teh ais.
  4. Kedai makanan campur – Saya ambil nasi putih dan ikan bili sambal, plus kuah sikit sebab banyak lauk da habis. RM2 bayarannya. Sedap ikan bilis ni,

Setelah selesai makan, kami bergegas ke tingkat bawah untuk solat. Masyaallah, luas suraunya dan tenang di dalamnya. Tandas pun berdekatan dengan kafetaria. Satu lagi tandas berdekatan dengan surau.

Selesai solat, kami naik ke Tingkat 2 lagi dan mengambil Mykad anak. Di tingkat 2 juga ada playground kecil, jadi bolehlah budak budak main kat situ masa bosan tunggu.

Alhamdulillah selesai semue.

 

TIPS – TIPS BERURUSAN DI JPN PUTRAJAYA:

1) Datang awal untuk memudahkan urusan anda.

2) Telefon awal awal JPN untuk bertanya tentang prosuder dan barang apa sahaja yang perlu bawa.

3) Semua pembayaran cashless ye.

 

banner 336x280
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments