Pengalaman Permohonan Sekolah Agama JAIS Bagi Tingkatan 1

Tahukah anda, makin ramai ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak mereka di sekolah sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)? Disini, saya akan kongsikan pengalaman saya membuat permohonan untuk anak saya menyambung pelajaran Tingkatan 1 di sekolah bawah Jabatan Agama Islam Selangor.

banner 336x280

Menurut laman web JAIS, terdapat 3 jenis sekolah yang pelajar boleh mohon untuk kemasukan Tingkatan 1 iaitu:

  1. Sekolah Agama Menengah (SAM)
    • SAM Bestari (SAMBEST), Subang Jaya
    • SAM Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang
    • SAM Nurul Iman, Kampung Bukit Cherakah, Klang
    • SAM Unwanus Saadah, Kanchong Darat, Banting
    • SAM Jeram, Kuala Selangor
    • SAM Tanjong Karang, Kuala Selangor
    • SAM Hulu Langat, Batu 10, Cheras
    • SAM Sungai Selisek, Kuala Kubu Bharu
    • SAM Parit Baru, Sungai Air Tawar
    • SAM Bagan Terap, Sungai Besar
    • SAM Sungai Haji Dorani, Sungai Besar
    • SAM Pasir Panjang, Sekinchan
    • SAM Muhammadiah, Pekan Sabak
    • SAM Tengku Ampuan Jemaah, Sungai Besar
    • SAM Rawang, Gombak
    • SAM Paya Jaras, Sungai Buloh
    • SAM Sungai Merab Luar, Kajang
    • SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang
  2. Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT)
    • SAMT Sultan Hisamuddin, Kampung Jawa, Klang
    • SAMT Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis, Banting
    • SAMT Kuala Kubu Bharu, Kuala Kubu Bharu
    • SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38, Sabak Bernam
    • SAMT Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11, Shah Alam
  3. Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS)
    • MITS Klang – Seksyen 35, Alam Impian, Shah Alam
    • MITS Kuala Langat – Jugra, Banting
    • MITS Sabak Bernam – Kampung Bagan Terap, Sungai Besar
    • MITS Sepang – Pekan Salak, Sepang
    • MITS Pandan Indah – Pandan Indah, Ampang

Sekolah Agama Menengah Bestari ialah sekolah yang elit di bawah JAIS. Syarat untuk masuk ke sekolah ini ialah Mumtaz di peringkat peperiksaan PSRA dan cemerlang di UPKK dan Peperiksaan Sekolah Kebangsaan. Walau bagaiamnapun, pelajar juga boleh memohon untuk ke sekolah ini walaupun keputusan PSRA ialah Jayyid Jiddan. Mane tau, ada rezeki. Sekolah ini tiada subjek Hafazan Al Quran. Ia cuma menggunakan Kurikulum Diniah JAIS dan Kurikulum Sekolah menengah dibawah Kementerian pelajaran Malaysia (KPM). Subjek Diniah JAIS ini diajar di semua sekolah bawah JAIS yang lain. Antara subjek DIniah yang akan dipelajari ialah:

  • Fiqah
  • Hadith
  • Tafsir
  • Tauhid
  • Al-Mutalaah Wal Insya’
  • Tarikh Al-Islam

SAMBEST ini sangat terkenal dari segi akademik. Cuma sayangnya, tiada subjek Hafazl Al Quran disini. Itu sebabnya anak saya memohon ke MITS. Apa pula MITS ini? Secara ringkas, MITS ialah singkatan bagi Maahad Integrasi Tahfiz Selangor. Beza utama antara MITS dan SAM ialah, MITS mempunyai kurikulum Hafazan Al Quran dimana setelah 5 tahun disini, pelajar dijangka akan menghabiskan hafazan 30 juz Al Quran, insyaallah. MITS Pandan Indah ialah MITS yang terbaru. Cuma disini, apabila di Tingkatan 4, tiada subjek Sains seperti Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan. Tetapi, di MITS lain, subjek tersebut ada.

SAM Muhammadiah Pekan Sabak pula mempunyai gabungan Kurikulum Diniah JAIS, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KPM), Kurikulum Tahfiz dan pengajian Turath (Kitab Arab Klasik). Ayat mudahnya, kitab kuning, kitab Arab tanpa baris. Hanya para pelajar yang betul betul berminat sahaja digalakkan untuk memohon ke SAM ini kerana gabungan subjek yang bakal mereka pelajari agak berat. Antara kelebihan pelajar disini, ialah kemampuan mereka untuk menguasai ilum alat (ilmu memahami kitab arab klasik) yang pastinya membantu mereka dalam menghadapi pertembungan antara dunia sains moden dan dunia ilum tradisional yang masih relevan sehingga kini.

SAMT pula merujuk kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi. Ia mempunyai pelajar sehingga Tingkatan 6 yang akan mengambil peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) kelak. Jumlah SAMT tidak banyak. Cuma ada 5 SAMT di Selangor.

SAM yang lain seperti SAM Hulu Langat (SAM 10) menggabungkan Kurikulum DIniyah JAIS dan kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bawah KPM.

MITS pula ialah singkatan bagi Maahad Integrasi Tahfiz Selangor. Setakat ini, JAIS menyediakan 5 MITS. MITS yang terbaru ialah di Pandan Indah. MITS di Pandan Indah hanya mengajar aliran sastera ketika Tingkatan 4. Manakala, MITS lain, semuanya mengajar aliran STEM. Oleh sebab itu, ada sesetengah pelajar yang pindah ke MITS lain ketika Tingkatan 4 untuk belajar bidang STEM. Perkara ini dibolehkan oleh pihak JAIS. Pelajar akan dilihat kecenderungan sama ada ingin meneruskan bidang Sastera di Pandan Indah atau bidang STEM di MITS lain.

Setiap jenis sekolah mempunyai kekurangan dan kelebihan masing – masing. Disini, saya akan kongsikan proses permohonan ke sekolah sekolah ini. Insyaallah.

  1. Layari laman web E Sekolah JAIS . Daftar / Signup disini menggunakan IC anak anda. Gunakan password yang mudah diingati. Tuliskan password ini di kertas dan letak di tempat yang anda mudah lihat. Gunakan e-mail yang anda biasa gunakan, untuk memudahkan mendapatkan kembali / reset password jika terlupa.
Setelah berjaya daftar, login di sini https://esekolah.jais.gov.my/login
Muka Hadapan Permohonan
Isi Maklumat Pelajar dengan lengkap
Tambah maklumat ibu bapa atau penjaga dengan jujur dan lengkap
Isikan Maklumat Sekolah Sekolah Anak Yang Terdahulu
Isikan Maklumat Akademik Anak

2)Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:

  • Maklumat Pelajar seperti Nombor My Kad, Tarikh lahir, Alamat dan Penyakit (Jika ada)
  • Maklumat Ibu Bapa seperti Nombor My Kad, Alamat tempat kerja, gaji, jenis pekerjaan dan nombor telefon
  • Maklumat Sekolah Terdahulu seperti Nama lengkap sekolah, tarikh masuk dan tarikh keluar.
  • Maklumat Akademik seperti:
    • Gred PSRA (Sama ada Mumtaz atau tidak). Anda akan mengetahuinya secara atas talian, setelah keputusan PSRA dikeluarkan. Biasanya keputusan PSRA akan dikeluarkan dalam Bulan Disember. Biasanya anda boleh semak keputusan PSRA di laman web berikut –> Sistem Semakan Keputusan Penilaian Sekolah Rendah , Jika anda tidak dapat mengakses laman web itu, mungkin kerana ramai yang cuba membukanya. Biasanya, ia berlaku pada hari hari awal keputusan peperiksaan dikeluarkan, anda boleh akses laman web alternatif seperti: https://result2.jais.gov.my/ https://result1.jais.gov.my/
    • Ujian Tilawah dan Hafazan (UTH). Keputusan UTH ini akan dikeluarkan oleh pihak sekolah agama anak anda. Rujuk kepada anak dan pihak sekolah untuk mengetahuinya.
    • Penilaian Sahsiah. Penilaian ini juga anda boleh dapatkan dari anak anda dan pihak sekolah. Ada pelbagai gred bagi penilaian sahsiah ini. Anak saya mendapat Al Fateh Junior.
    • PAFA. PAFA ialah singkatan bagi Penilaian Asas Fardu Ain. Penilaian ini dilakukan seacara berterusan
    • PBD Kurikulum Kebangsaan. Bagi PBD / Report Card ini, boleh terus mohon kepada guru kelas Sekolah Kebangsaan anak anda. Biasanya, tarikh permohonan kemasukan Tingkatan 1, bertembung dengan cuti sekolah.
    • Kokurikulum JAIS / Kebangsaan. Untuk Kokurikulum, sertakan sijil yang tertinggi sahaja. Sijil Antarabangsa mempunyai merit yang tinggi. Kemudian, peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah dan seterusnya.

Setelah selesai, upload dokumen yang diperlukan, dan jangan lupa hantar permohonan.

banner 336x280
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments