Pada bulan September 2024 lepas, anak saya telah mengikuti peperiksaan PKSK untuk kemasukan ke Sekolah Berasarama Penuh dan SMKA.
PKSK ialah singkatan bagi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Pentaksiran atau ujian ini dilaksanakan sebagai salah satu cara pemilihan pelajar ke SBP dan SMKA. Sebelum ini, pemilihan untuk SBP dan SMKA adalah berasingan, tetapi mulai tahun lepas, kalau tak silap, permohonan telah dilakukan di dalam satu sistem.

Alhamdulillah, anak saya berminat untuk memasuki Sekolah Khusus yang mempunyai program Tahfiz Quran. Disini , ia dipanggila TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab). Semestinya anak saya memilih sekolah bawah KPM disebabkan faktor kos yang lebih murah dan kualiti yang membanggakan.
Insyaallah, saya akan kongsikan proses, time frame, petua, dan pengalaman di tempat PKSK kelak.
PERMOHONAN ONLINE SEKOLAH KHUSUS KPM (SBP DAN SMKA)
Proses kemasukan bermula dengan mengisi data secara online di https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/panduan.cfm

Pelajar hanya perlu mengisi kad pengenalan untuk mendaftar. Tetapi sebelum itu, anda ahruslah memastikan data di Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) ( https://public.moe.gov.my ) adalah lengkap. Disinilah, anda harus menghubungi guru kelas sekolah anak . Ini kerana, sebarang perubahan yang anda lakukan di dalam Sistem SPS, hanya guru yang boleh sahkan. Setelah guru kelas anak anda sahkan, baru anda boleh mulai mengisi data di dalam Sistem Permohonan Online Sekolah Khusus .
Disinilah, anda harus menghubungi guru kelas sekolah anak . Ini kerana, sebarang perubahan yang anda lakukan di dalam Sistem SPS, hanya guru yang boleh sahkan. Setelah guru kelas anak anda sahkan, baru anda boleh mulai mengisi data di dalam Sistem Permohonan Online Sekolah Khusus. Added: Secara ringkasnya, pada peringkat awal permohonan, pastikan dua alamat laman web ini