Pernah tak anda nak scan tulisan dari gambar atau dokumen atau kertas dan edit secara online?
Haritu, anak saya beritahu sekolah dia ada buat pertandingan Pidato Tiga Minit Bahasa Inggeris. Pertandingan ni KPM yang anjurkan. Anak saya beritahu teacher sudah berikan teks untuk rakam dan hantar video secara online ke KPM.

Saya tengok kertas yang cikgu bagi. Alhamdulillah, anak tinggal rakam sahaja. Kemudian, saya tukarkan tulisan dalam gambar yang cikgu beri kepada teks yang dapat diedit secara online. Ini cara yang saya buat.
- 1) Ambil gambar yang ada teks tersebut menggunakan handphone
- 2) Upload gambar tersebut ke Google Drive.
- 3) Kemudian, pergi ke Google Drive dan cari butang Recent. Ini untuk memudahkan kita cari fail / gambar yang kita upload tadi. Setelah itu, kita akan nampak fail gambar itu.
- 4) Kemudian, letak mouse anda pada fail gambar tersebut. Klik kanan pada mouse anda . Pilih open with Google Docs.
- 5) Tab baru akan terbuka. Die akan loading sedikit. Gambar itu sekarang sudah dalam bentuk teks yang boleh diedit Selesai. Teks anda boleh diedit, disalin dan sebagainya
Terdapat juga banyak laman web yang membolehkan penukaran gambar ke teks, tetapi kebanyakannya berbayar.
Itu lah caranya. Mudahkan? Kalau anda ada cara yang lain, share di sini ye. Dan kalau ade bahagian yang anda tak jelas, komen di bawah.
Terima kasih sudi melawat blog saya. Jangan lupa whatsapp dan share maklumat ni dengan kawan kawan anda ye.
Bayar brapa