😱 Jangan Buat IC Baru Sebelum Baca Ini! Tips UTC Pudu 💡

Text Size:

Awal bulan Oktober, kelmarin, saya dan adik ke UTC Pudu untuk menukar kad pengenalan. Sebenarnya, alamat pada kad pengenalan adik ada sedikit kesilapan. Jadi, untuk memudahkan urusan di kemudian hari, kami terus ke JPN di UTC Pudu.

Kami pergi pada hari Sabtu. Pastikan anda datang awal, sebab biasanya panjang beratur di sini. Pakai pakaian yang sopan dan mengikut peraturan. Semasa kami beratur, ada lah beberapa orang yang disuruh pakai seluar panjang. Ingat ye, pakai seluar panjang semasa berurusan di pejabat kerajaan. Ada juga perempuan, pakai seluar pendek. Nasib baik ada kawan dia yang pakai jaket, terus dipakaikan jaket ke selaur itu. Nampak la juga macam selaur panjang. Hormati undang undang, mudah urusan 🙂

Kod Etika Pakaian ke Jabatan Kerajaan
Kod Etika Pakaian ke Jabatan Kerajaan

Walaupun tindakan pegawai do JPN UTC Pudu kelihatan tegas, ia seusatu yang wajar. Pegawai itu juga memberikan nasihat dengan lembut tetapi tegas. Terbaik

Setelah beratur, kami masuk dan memberitahu untuk menukar IC disebabkan alamat. Setelah selesai, adik saya disuruh ambil gamabr di kaunter. Tak perlu lagi zaman dulu, kene keluar cari kedai gambar. Semua selesai di dalam JPN. Alhamdulillah. Setelah itu, tunggu dalam setengah jam. selesai IC baru

Disebabkan saya sampai agak petang, jadi dalam 1 jam lebih juga la beratur. Insyaallah, kalau datang awal, selesai awal. Ini ialah waktu operasi JPN UTC Pudu:

Isnin – Jumaat : 8 pagi hingga 7 petang

Sabtu – Ahad : 8 pagi hingga 5 petang

Waktu Operasi Kaunter JPN
Waktu Operasi Kaunter JPN

Berapa lama JPN siapkan kad pengenalan?

Biasanya dalam setengah jam sehingga 1 jam, kad pengenalan kita akan siap untuk diambil

Leave a Comment