Mesti ramai yang minat dengan cerita seram, suka tengok tapi takut lepas itu. Disini, saya kongsikan cerita cerita seram untuk anda.
Cerita 1
Aiman menunggu seorang diri di perhentian bas selepas tengah malam.
Bas terakhir tiba dalam keadaan kosong.
Apabila dia duduk, pemandu terus berbisik kepada dia, “Kamu tak sepatutnya nampak mereka.”
Aiman menoleh ke belakang dan semua tempat duduk tiba-tiba penuh.
Cerita 2
Sarah menerima nota suara daripada ibunya pada pukul 3 pagi.
Mesej itu berbunyi, “Jangan balik rumah dulu.”
Padahal, ibunya telah meninggal dunia sejak dua tahun yang lalu.
Mesej itu dihantar dari dalam rumah mereka…..
Cerita 3
Hafiz selalu mendapati sejadahnya sudah terbentang setiap waktu Subuh.
Dia sangka ayahnya yang bantu bentang sejadah.
Suatu pagi, dia bangun awal dan ternampak seseorang melipat sejadah itu perlahan-lahan.
Tetapi, ayahnya telah meninggal dunia pada Ramadan lepas.
Cerita 4
Amirah masuk ke tandas sekolah selepas waktu persekolahan tamat
Dia terdengar bunyi tangisan dari tandas yang paling hujung.
Apabila dia bertanya siapa di situ, tangisan itu terus terhenti.
Ada papan tanda di pintu yang bertulis: “Ditutup sejak 2009.”
Cerita 5
Farhan menghantar mesej kepada kawannya, “Kau dah balik rumah?”
Mesej itu ada tanda “Dibaca jam 2:14 pagi.”
Kawannya baru dikebumikan petang tadi.
Telefon Farhan terus berdering selepas itu……
Cerita 6
Nabila masuk ke dalam lif lama apartmen seorang diri.
Lif itu kemudian berhenti di tingkat 13 walaupun dia tidak menekannya.
Kemudian, seorang kanak-kanak masuk ke dalam lif sambil tersenyum.
Dan……Bangunan itu tidak pernah mempunyai tingkat 13…..
Cerita 7
Afiq mendengar bunyi kerusi berbuai setiap malam.
Kerusi milik neneknya itu bergerak sendiri.
Satu malam, kerusi itu berhenti secara tiba-tiba.
Kemudian, die terdengar satu suara berbisik, “Kenapa kau tengok aku?”
Cerita 8
Siti tersenyum ke arah cermin standas di hadapannya selepas membasuh muka.
Gambar di cermin tidak membalas senyuman itu.
Pantulan gambar itu mengangkat jari dan menunjuk ke belakangnya.
Siti tidak berani menoleh……
Cerita 9
Danish terdengar bunyi seperti orang yang bernafas di bawah katilnya.
Dia menunduk dan melihat wajahnya sendiri sedang memandangnya.
Wajah itu berbisik, “Ada seseorang di atas katil kamu.”
Danish terus kaku……
Cerita 10
Imran terdengar azan dari surau lama pada tengah malam.
Surau itu telah terbakar bertahun-tahun dahulu.
Azan itu berakhir dengan namanya dipanggil.
Bunyi itu datang dari belakangnya…..
Ingat, jangan baca cerita – cerita ini pada waktu malam atau seorang diri. Serammmmmmmm