Setiap ibu bapa mesti inginkan yang terbaik untuk anak – anak mereka. Begitu juga dengan saya. Alhamdulillah, anak saya terpilih untuk meneruskan pengajiannya di salah sebuah sekolah berasrama di Putrajaya. Sejak dari anak saya di sekolah rendah, saya begitu berharap agar anak saya dapat belajar hidup berdikari . Antara salah satunya ialah dengan bersekolah di sekolah berasrama.
Memang ada pelbagai cara untuk menjadikan anak berdikari, tetapi bagi saya dengan berada di asrama, ia akan membantu dia. Saya lebih memilih untuk anak saya ke asrama yang ada unsur Islamik , ada tahfiz dan ada bahasa antarabangsa. Dan yang paling penting dibawah kerajaan, kos pengajian akan lebih ekonomi dan murah sedikit.
Senarai Barang – Barang Keperluan Masuk Asrama Untuk Pelajar Perempuan
Anak perempuan saya mulai masuk ke sekolah berasrama di awal bulan April 2025 yang lepas. Sebelum ke sana, saya mencari pelbagai peralatan keperluan asrama untuk anak saya. Saya mencari di Google, Facebook, dan pelbagai sumber lain. Untuk perbelanjaan ni, saya ambil dari jenama yang murah – murah sahaja. Saya lakukan ini untuk menjimatkan dana dan kalau hilang, tak lah terasa sangat geramnye 🙂 . Duit yang lebih boleh digunakan untuk perkara lain untuk anak. Di sini, saya senaraikan barang barang keperluan asrama anak saya:
- 🧥Pakaian
- Baju kurung pesak labuh 3️⃣ (Untuk kelas prep sahaja / atau acara acara tertentu0
- Jubah 1️⃣ (Sekolah anak saya wajibkan warna hitam sahaja)
- Kain basahan 1️⃣ (Saya guna kain batik sahaja. Untuk mandi)
- Baju lengan panjang 3️⃣ (Apa apa warna. Ada yang dipakai untuk tidur juga)
- Baju Dalam (Singlet wanita) 3️⃣
- Kain Dalam 3️⃣
- Seluar track / seluar sukan 2️⃣(Sekolah anak wajibkan warna hitam sahaja. Boleh beli sendiri di luar sekolah)
- Seluar dalam 3️⃣(Di Pasaraya MU / Hari Hari )
- Bra 3️⃣(Di Pasaraya MU / Hari Hari )
- Stoking ستوکيڠ panjang kaki 2️⃣(Di Kedai Ecoshop / Ninso / Kedai RM2)
- Stoking tangan 2️⃣ (Di Kedai Ecoshop ada yang jenis stoking tangan muslimah. Pilih yang tebal. Yang tebal, dapat lebih menjaga aurat anak anda. Ada sesetengah sekolah mewajibkan warna khas untuk stoking tangan. Sila rujuk sekolah masing – masing sebelum beli)
- 👧🏻Peralatan Diri
- Sikat rambut 1️⃣
- Bedak 1️⃣ (Saiz kecil sahaja)
- Getah rambut 3️⃣
- Minyak rambut 1️⃣
- Selipar jepun 1️⃣ (Saya beli selipar Jepun di 99 Speedmart. Mula – mula saya nak beli di Ecoshop atau Ninso, tetapi bila fikir takut cepat haus, licin dan berbahaya untuk anak, saya beli yang berkualiti sedikit, tetapi masih harga ekonomi. Harga dalam RM5. Selipar tandas ni paling cepat hilang, jadi saya beli yang warna pelik sikit, dan tulis nama dia kat situ)
- Selipar prep 1️⃣ (Selipar ini macam selipar jalan yang biasa sahaja. Nothing fancy. Saya beli di Shopee sahaja. Jangan beli yang mahal, takut hilang. Harga dalam lingkungan Rm5 ke RM25 sudah memadai. Prep merujuk pada singkatan prepatory class iaitu kelas pada waktu petang dan malam dimana pelajar wajib ada di kelas untuk buat kerja rumah atau mengulangkaji. Biasanya tanpa kehadiran guru)
- Kasut Sukan 1️⃣
- Kiwi kasut 1️⃣
- Kasut sekolah 2️⃣ (Sekolah anak saya mewajibkan menggunakan kasut hitam yang style pekerja pejabat). Ketika itu, saya beli di Lulu Hypermarket di Masjid India. Masa itu , ada promosi. Saya ambik terus 2 pasang kasut terus. Tapi, saya hanya bawa 1 pasang sahaja ke sekolah anak. Satu lagi, saya simpan di rumah, guna untuk backup. 💡💡Setiap sekolah ada menyatakan berapa cm ketinggian tapak kasut itu, tolong tanya sekolah, takut salah beli nanti.💡💡 Tips penting untuk mengelakkan tapak kasut cepat tercabut atau rosak, ialah, saya akan bawa kasut ini ke tukang kasut, yang biasanya ada di luar luar kedai atau mall. Saya akan minta supaya kasut itu dijahit sekali lagi di bahagian tapaknya. Harga servis ini untuk sepasang kasut di kawasan saya dalam Rm10 dan alhamdulillah tahan lama kasut anak saya! Tujuannya, untuk menambahkan kekuatan kasut anak saya. Alhamdulillah, setelah hampir 8 bulan bersekolah, kasut anak saya masih okay. Cuma sekali, kasut anak saya agak haus tapaknya (bukan tercabut). Saya terus ke tukang kasut, dan minta di betulkan. Pakcik tu, tambah satu lapisan baru di kasut, dan alhamdulillah, dah nampak macam baru. Kos servis dalam RM10 untuk sepasang kasut. Jimat duit saya daripada beli kasut baru yang mungkin berhaarga dalam RM50 lebih.
- Penyepit Kuku 1️⃣
- Deodoran 2️⃣
- Minyak wangi remaja 1️⃣ (Anak suka jenama Izzy Mist . Harga dalam RM 6.60 Di Mydin Mart atau Hypermart, banyak ada. Kawan dia siap pesan belikan untuk mereka. Ada pelbagai jenis. Ada yang berwarna hijau, merah jambu dan biru. Yang penting, saya beritahu anak, pakai hanya sedikit sahaja untuk elakkan bau busuk)
- Jam tangan 0️⃣( Di Mr. DIY ada yang semurah RM 12, tapi berkualiti. Anak saya pakai jam yang sama sejak dia Tahun 5. Jam tu masih tahan! Jadi, saya tak beli jam untuk anak saya. Saya pun ada tanya, kakak nak beli jam baru? Dia geleng kepala)
- Pencuci muka 1️⃣
- Tuala wanita / Pad 1️⃣ bungkus. (Anda harus kerap tanya anak, takut stok mereka sudah habis. Kadang kala, mereka tak dapat jangka bila nak habis stok. Kita bagi lebih, lagi selamat. Kalau ada rakan yang tiada stok, boleh la pinjamkan nanti)
- Botol air 0️⃣(Anak saya gunakan botol air yang dia dapat masa Hadiah Kecemerlangan Sekolah Rendah)
- Purse / Beg duit 1️⃣
- Pelapik IC 1️⃣ (lapik IC takut rosak. Ada dijual di Econsave. Dalam Rm2)
- 🩺Peralatan Kesihatan
- Panadol 1️⃣ papan (Saya biasa gunakan jenama Panadol. Panadol dewasa ye, sebab anak kita sudah dewasa, 12 tahun ke atas :-). Saya sengaja beli 1 papan, kerana kalau ada rakan yang demam tetapi tiada ubat, dia boleh beri nanti. Ternyata betul. Pernah sekali, rakan anak saya demam, dia minta panadol dari anak saya kerana tak tahan sakit)
- Mopiko 1️⃣ (Ubat sapu gigitan nyamuk. Saya beli yang paling kecil saiz 20gram. Beli di farmasi atau kedai yang terkenal untuk elak jenama palsu!)
- Minyak kayu putih / Minyak cap Kapak 1️⃣ (Untuk kembung perut atau sakti perut)
- Lotion kulit 1️⃣
- Lotion Eczema 1️⃣ (Sebab anak saya ada masalah kulit Eczema)
- 🏢Peralatan Asrama
- Mangga dan kunci paling kecil 2️⃣pasang (Beli sahaja di Kedai Rm2. Murah sedikit. 1 pasang saya gunakan untuk locker di asrama. Satu lagi, locker di kelas)
- Kalendar 1️⃣ (Beli saiz sedang sahaja supaya muat untuk gantung di locker)
- Hook 1️⃣
- Hanger / Penyidai Baju 1️⃣2️⃣ (Letak pelekat dan tulis nama di hanger. Hanger paling senang hilang, sebab orang keliru mana satu dia punya)
- Penyepit Baju 1️⃣2️⃣ (Saya beli di Mr DIY untuk tahan lama sedikit. Saya beli yang jenis plastik sahaja. Yang jenis kayu atau aluminium mahal sedikit)
- Selimut 0️⃣(Beli di koperasi sekolah semasa pendaftaran)
- Bantal 0️⃣(Beli di koperasi sekolah semasa pendaftaran)
- Cadar 0️⃣(Beli di koperasi sekolah semasa pendaftaran)
- Jarum, benang 1️⃣ (Ecoshop)
- Lampu suluh / Torchlight 1️⃣ (Saya beli di Mr DIY, supaya lebih kualiti dan tahan lama. Harga dalam RM8. Saya letak nama dan drom takut hilang)
- Bateri 3️⃣biji
- 🏫Peralatan Sekolah
- Set kertas folio 1️⃣ (Set ini ada dalam 12 / 15 keping kertas berwarna lain lain, dan binding comb . Semua kertas sudah sedia berlubang untuk dimasukkan binding comb secara manual. Di Ecoshop ada jual)
- Pen hitam 5️⃣ (Saya pilih jenama yang bila tulis, cepat kering dakwat die. kalau tak silap di 99 Speedmart ada yang bagus)
- Pen biru 4️⃣
- Pen merah 1️⃣ (Jarang guna)
- Pemadam pensil 2️⃣(Jenama Steadler okay juga)
- Pensil 2B 4️⃣
- Set trigonometri 1️⃣(Biasanya disertakan jangka lukis sekali)
- Kertas A4 putih
- Set kertas berwarna 1️⃣ set ( Di Mr DIY ada set kertas berwarna, ada dalam 5 warna kertas berlainan di dalamnya. Kadang kala, anak – anak kita akan guna untuk folio)
- Correction Tape 4️⃣ (Saya belikan 4 , kerana dalam tempoh 7 bulan anak saya bersekolah, hampir 4 tape habis digunakan. Tetapi hanya 2 sahaja saya minta anak saya bawa. Baki 2, saya backup di rumah. Di sekolah anak saya, Liquid paper diharamkan. Hanya correction tape sahaja dibenarkan)
- Gunting 1️⃣
- Selotep 1️⃣
- Pembalut Buku tulis
- Pembalut Buku Teks / Aktiviti
- Klip kertas 1️⃣ kotak kecil
- Sticker 1️⃣ set (Mr DIY / Ecoshop ada. Harga dari RM2 ke RM 4. Kadangkala, sticker ni diperlukan untuk subjek pendidikan seni. Kadang, tak perlu pun guna)
- Beg sekolah 0️⃣ (Anak saya masih guna beg Tahun 5 nya. Mase tu beli di Hari Hari, jenama No Problem)
- Kaca mata 0️⃣ (Sebab anak saya masih belum rabun mata. Jika anda tinggal berdekatan Lembah Kalng, saya cadangkan beli kaca mata di shopping mall Sungei Wang, di Bukit Bintang. Disitu banyak deretan kedai cermin mata. Boleh siap dalam setengah ke satu jam sahaja. Harga berpatutuan ikut tahap kerosakan mata. Harga dalam RM40 pun dapat . Harga sudah termasuk bingkai)
- Sharpener 1️⃣
- Stapler 1️⃣
- Ubat stapler 2️⃣ kotak kecil
- Drawing block 1️⃣ (Ecoshop atau Mr DIY)
- Kertas Graf 1️⃣
- Kertas kajang 1️⃣
- Krayon 1️⃣
- Set warna air 1️⃣ (Ecoshop)
- Pensil warna 1️⃣
- Pelapik kertas keras / Paper Clip Board1️⃣
- Fail 5️⃣ (Saya beli pelbagai warna, jenis plastik)
- Highlighter untuk highlight nota 1️⃣ set (Kalau nak jimat, di Ecoshop ada, cuma tak banyak highlighter. Kalau nak tahan lama sedikit, beli di Mr DIY, tapi agak mahal sebab full set. Anak kata, penting highlighter ni)
- ☪️Peralatan Solat / Keagamaan
- Telekung 2️⃣ (Banyak boleh didapati di Shopee. Jenama yang dari Indoensia, biasanya lebih murah. Terpulang masing – masing hendak beli di mana. Di sekolah anak saya, wajib pakai telekung pada Hari Khamis malam Jumaat. Kenapa saya bawa dua? kalau satu kotor dan dibasuh, boleh gunakan satu lagi untuk solat)
- Sejadah 1️⃣
- Penutup Dagu 2️⃣ (Beli di Shopee sahaja. Lebih murah. Saya terus beli 2). Tanya sekolah anak juga, sebab hanya warna – warna tertentu sahaja boleh digunakan. Saya beli warna hitam sahaja untuk anak)
- Buku Mathurat / Zikir 1️⃣
- Quran saiz kecil 1️⃣ (Di sekolah anak saya, ada subjek tahfiz. Ustazah tak wajibkan beli. Anak saya beli atas inisiatif sendiri. Mudah bawa kemana – mana katanya. Boleh beli di Shopee. Tapi, saya beli di kedai fizikal Pustaka Rawang di Putrajaya sebab ada stok disitu. Jangan beli kecil sangat, tak dapat baca nanti)
- 🚻Peralatan Tandas
- Berus gigi ( Saya beli 1 papan di Mydin) – lebih murah, 1 papan dapat dalam 10 berus gigi. Tapi saya bawa 2 sahaja ke sekolah anak.
- Ubat gigi 1️⃣ (Saya beli jenama Muslim seperi ubat gigi Mukmin ). Saya beli 1 sahaja. Bila anak pulang bermalam / outing, saya akan tanya, apa yang takde. Masa itu, saya akan topu balik
- Syampu 1️⃣(Saya beli jenama Econsave, jenama biasa, murah tapi kualiti terjamin)
- Saya beli 2 botol kosong refill di Mr DIY . Tujuannya untuk letak sabun yang saya beli tu dalam botol yang lebih kecil. Saya juga akan meletak nama anak dan Dorm di botol itu dengan tulisan yang besar
- Sabun mandi 1️⃣( Untuk beli sabun mandi, pastikan ia sesuai untuk kulit anak anda. Ada sesetengah anak, yang tak sesuia dengan jenama tertentu. Anak saya mempunyai Eczema, tetapi apabila menggunakan jenama ini, tiada masalah pada kulit anak saya)
- Saya juga beli 2 botol kosong di Mr DIY . Seperti biasa, tujuannya untuk meletak sabun ke situ. Jadi, jika sabun hi8lang, tidaklah satu botol sabun besar hilang. Letak nama guna Permanent Marker.
- Sabun basuh pakaian / detergen 1️⃣ ( Saya juga gunakan jenama Econsave sahaja. 4.5 kg sabun basuk pakaian dengan harga lebih kurang RM 13.
- Saya gunakan botol air mineral terpakai, yang bersaiz kecil, untuk meletak detergen di dalamnya.
- Berus mandi 1️⃣(Saya beli di Ecoshop atau Kedai RM2 yang lain. Tetapi sejak akhir – akhir ini, saya perasan barangan di MR DIY lebih murah berbanding Kedai Ecoshop!)
- Baldi 1️⃣ (Saya beli baldi yang warna pelik seperti merah jambu atau hijau. Jadi senang nak cari . Nama jangan lupa letak!). Beli di kedai RM2 murah sikit
- Gayung / Cebok mandi1️⃣(Ecoshop)
- Bekas kecil peralatan tandas / raga mandi 1️⃣ (Ecoshop)
- Tuala 2️⃣
- 🍕Makanan dan Minuman
- Saya tidak bawa sebarang minuman, sebab di asrama anak saya, setiap pagi, diberikan kismis, air kotak susu untuk memudahkan anak – anak menghafaz Quran.
- Makanan juga saya tidak bawa, sebab makanan di asrama semua lengkap. Cuma anak cerita masa rehat pagi, dalam pukul 10 pagi, tiada makanan disediakan. Jadi, pada masa itu, saya minta dia beli roti Gardenia atau apa apa roti sahaja di koperasi sekolah untuk mengalas perut. Kadang – kadang anak anak ini, pada waktu malam selepas mium malam, amsih lapar lagi. Jadi, saya suruh beli roti Gardenia macam Qucik Bites atau apa apa jenama kalau dia lapar. Untuk hafazn Quran ini, memang banyak dugaan, jadi saya cuba memberikan yang terbaik untuk anak, dan pada masa yang sama menjimatkan duit.
- ℹ️️INFO Tambahan
- Jangan lupa lakukan vaksinasi Influenza untuk anak – anak anda. Harga vaksin bermula dalam julat harga RM55 ke RM80. Bagi orang dewasa (12 tahun ke atas, sudah dikira dewasa), tidak perlu ada perjmpaan susulan dengan doktor. Jadi, harga itu biasanya sudah nett price). Saya teringat pada pertengahan tahun ini, ramai kawan – kawan anak saya terkena demam Influenza. Keadaan mereka sangat kasihan sekali. Selepas pulang bermalam, terus saya vaksinkan anak saya! Vaksinasi ini perlu dilakukan setiap tahun ye.
- Print gambar anak dan keluarga dalam saiz kecil. Jadi, kalau anak homesick, boleh la dia lihat gambar gambar ini. 1 keping da cukup. Tak semestinya print pakai kertas gambar tu. Print kat kertas A4 biasa pun da cukup. Jadi, dalam satu kertas A4, ada beberapa gamabr die dan kelaurga, atau kawan kawan baik die.
Semoga senarai panduan panduan ini, dapat memudahkan serba sedikit urusan anda dan keluarga. Beli barang – barang ikut keperluan ye. Kalau sudah ada, bawa sahaja, tak perlu beli baru.
Pengalaman Anak Mula Mula Masuk Asrama
Alhamdulillah, sesi pendaftaran anak saya berjalan dengan lancar. Abang kakak Tingkatan 4 yang menolog adik adik semua ketika itu. Ada sesi taklimat di dewan tentang asrama, peraturan dan sebagainya. Pada hari itu, kita boleh jelaskan semua yuran makanan, yuran asrama, yuran PIBG dan bayaran bayaran lain seperti vest khas sekolah, dan tempahan blazer. Pada hari tersebut juga, tukang jahit hadir untuk mengukur saiz baju anak. Semua proses habis sekitar pukul 1.30 tengah hari.
Sebelu pukul 1.30 tengah hari, kami sekeluarga dapat menjengah masuk ke asrama / dorm pelajar. Biasanya ibu bapa hanya boleh ke dorm waktu inilah. Satu lagi, waktu sudah habis tingkatan 5. Setelah kemas apa yang patut, anak saya terus ke DM (Dewan Makan) untuk makan tengfah hari. Kami, para waris diarahkan untuk tinggalkan anak di surau untuk solat Zuhur dan program – program lain.
Saya dah mula rasa sedih untuk meninggalkan anak saya. Hampir 12 tahun anak bersama saya. Tetapi, lain pula cerita dari anak saya. Dia pula suruh saya cepat balik sebab acara dia dah nak mula 🫨🫨
Setelah selesai semua urusan, kami terus pulang ke rumah. Dua hari setelah di asrama, anak mula telefon. Mereka diberi dua pilihan untuk menelefon. Pertama , menggunakan duit syiling. Yang kedua, menggunakan kad prabyar MyFon. Anak saya beritahu , lebih senang menggunakan kad MyFOn kerana tak banyak pelajar beratur untuk menggunakan booth telefon MyFon.
Artikel ini akan saya kemaskini setiap masa, semoga memudahkan para ibu bapa kelak. Amin