Setiap ibu bapa mesti inginkan yang terbaik untuk anak – anak mereka. Begitu juga dengan saya. Alhamdulillah, anak saya terpilih untuk meneruskan pengajiannya di salah sebuah sekolah berasrama di Putrajaya. Sejak dari anak saya di sekolah rendah, saya begitu berharap agar anak saya dapat belajar hidup berdikari . Antara salah satunya ialah dengan bersekolah di sekolah berasrama.
Memang ada pelbagai cara untuk menjadikan anak berdikari, tetapi bagi saya dengan berada di asrama, ia akan membantu dia. Saya lebih memilih untuk anak saya ke asrama yang ada unsur Islamik , ada tahfiz dan ada bahasa antarabangsa. Dan yang paling penting dibawah kerajaan, kos pengajian akan lebih ekonomi dan murah sedikit.
Senarai Barang – Barang Keperluan Masuk Asrama Untuk Pelajar Perempuan
Anak perempuan saya mulai masuk ke sekolah berasrama di awal bulan April 2025 yang lepas. Sebelum ke sana, saya mencari pelbagai peralatan keperluan asrama untuk anak saya. Saya mencari di Google, Facebook, dan pelbagai sumber lain. Untuk perbelanjaan ni, saya ambil dari jenama yang murah – murah sahaja. Saya lakukan ini untuk menjimatkan dana dan kalau hilang, tak lah terasa sangat geramnye 🙂 . Duit yang lebih boleh digunakan untuk perkara lain untuk anak. Di sini, saya senaraikan barang barang keperluan asrama anak saya:
- 🧥Pakaian
- Baju kurung pesak labuh 3️⃣ (Untuk kelas prep sahaja / atau acara acara tertentu0
- Jubah 1️⃣ (Sekolah anak saya wajibkan warna hitam sahaja)
- Kain basahan 1️⃣ (Saya guna kain batik sahaja. Untuk mandi)
- Baju lengan panjang 3️⃣ (Apa apa warna. Ada yang dipakai untuk tidur juga)
- Baju Dalam (Singlet wanita) 3️⃣
- Kain Dalam 3️⃣
- Seluar track / seluar sukan 2️⃣(Sekolah anak wajibkan warna hitam sahaja. Boleh beli sendiri di luar sekolah)
- Seluar dalam 3️⃣(Di Pasaraya MU / Hari Hari )
- Bra 3️⃣(Di Pasaraya MU / Hari Hari )
- Stoking ستوکيڠ panjang kaki 2️⃣(Di Kedai Ecoshop / Ninso / Kedai RM2)
- Stoking tangan 2️⃣ (Di Kedai Ecoshop ada yang jenis stoking tangan muslimah. Pilih yang tebal. Yang tebal, dapat lebih menjaga aurat anak anda. Ada sesetengah sekolah mewajibkan warna khas untuk stoking tangan. Sila rujuk sekolah masing – masing sebelum beli)
- 👧🏻Peralatan Diri
- Sikat rambut 1️⃣
- Bedak 1️⃣ (Saiz kecil sahaja)
- Getah rambut 3️⃣
- Minyak rambut 1️⃣
- Selipar jepun 1️⃣ (Saya beli selipar Jepun di 99 Speedmart. Mula – mula saya nak beli di Ecoshop atau Ninso, tetapi bila fikir takut cepat haus, licin dan berbahaya untuk anak, saya beli yang berkualiti sedikit, tetapi masih harga ekonomi. Harga dalam RM5. Selipar tandas ni paling cepat hilang, jadi saya beli yang warna pelik sikit, dan tulis nama dia kat situ)
- Selipar prep 1️⃣ (Selipar ini macam selipar jalan yang biasa sahaja. Nothing fancy. Saya beli di Shopee sahaja. Jangan beli yang mahal, takut hilang. Harga dalam lingkungan Rm5 ke RM25 sudah memadai. Prep merujuk pada singkatan prepatory class iaitu kelas pada waktu petang dan malam dimana pelajar wajib ada di kelas untuk buat kerja rumah atau mengulangkaji. Biasanya tanpa kehadiran guru)
- Kasut Sukan 1️⃣
- Kiwi kasut 1️⃣
- Kasut sekolah 2️⃣ (Sekolah anak saya mewajibkan menggunakan kasut hitam yang style pekerja pejabat). Ketika itu, saya beli di Lulu Hypermarket di Masjid India. Masa itu , ada promosi. Saya ambik terus 2 pasang kasut terus. Tapi, saya hanya bawa 1 pasang sahaja ke sekolah anak. Satu lagi, saya simpan di rumah, guna untuk backup. 💡💡Setiap sekolah ada menyatakan berapa cm ketinggian tapak kasut itu, tolong tanya sekolah, takut salah beli nanti.💡💡 Tips penting untuk mengelakkan tapak kasut cepat tercabut atau rosak, ialah, saya akan bawa kasut ini ke tukang kasut, yang biasanya ada di luar luar kedai atau mall. Saya akan minta supaya kasut itu dijahit sekali lagi di bahagian tapaknya. Harga servis ini untuk sepasang kasut di kawasan saya dalam Rm10 dan alhamdulillah tahan lama kasut anak saya! Tujuannya, untuk menambahkan kekuatan kasut anak saya. Alhamdulillah, setelah hampir 8 bulan bersekolah, kasut anak saya masih okay. Cuma sekali, kasut anak saya agak haus tapaknya (bukan tercabut). Saya terus ke tukang kasut, dan minta di betulkan. Pakcik tu, tambah satu lapisan baru di kasut, dan alhamdulillah, dah nampak macam baru. Kos servis dalam RM10 untuk sepasang kasut. Jimat duit saya daripada beli kasut baru yang mungkin berhaarga dalam RM50 lebih.
- Penyepit Kuku 1️⃣
- Deodoran 2️⃣
- Minyak wangi remaja 1️⃣ (Anak suka jenama Izzy Mist . Harga dalam RM 6.60 Di Mydin Mart atau Hypermart, banyak ada. Kawan dia siap pesan belikan untuk mereka. Ada pelbagai jenis. Ada yang berwarna hijau, merah jambu dan biru. Yang penting, saya beritahu anak, pakai hanya sedikit sahaja untuk elakkan bau busuk)
- Jam tangan 0️⃣( Di Mr. DIY ada yang semurah RM 12, tapi berkualiti. Anak saya pakai jam yang sama sejak dia Tahun 5. Jam tu masih tahan! Jadi, saya tak beli jam untuk anak saya. Saya pun ada tanya, kakak nak beli jam baru? Dia geleng kepala)
- Pencuci muka 1️⃣
- Tuala wanita / Pad 1️⃣ bungkus. (Anda harus kerap tanya anak, takut stok mereka sudah habis. Kadang kala, mereka tak dapat jangka bila nak habis stok. Kita bagi lebih, lagi selamat. Kalau ada rakan yang tiada stok, boleh la pinjamkan nanti)
- Botol air 0️⃣(Anak saya gunakan botol air yang dia dapat masa Hadiah Kecemerlangan Sekolah Rendah)
- Purse / Beg duit 1️⃣
- Pelapik IC 1️⃣ (lapik IC takut rosak. Ada dijual di Econsave. Dalam Rm2)
- 🩺Peralatan Kesihatan
- Panadol 1️⃣ papan (Saya biasa gunakan jenama Panadol. Panadol dewasa ye, sebab anak kita sudah dewasa, 12 tahun ke atas :-). Saya sengaja beli 1 papan, kerana kalau ada rakan yang demam tetapi tiada ubat, dia boleh beri nanti. Ternyata betul. Pernah sekali, rakan anak saya demam, dia minta panadol dari anak saya kerana tak tahan sakit)
- Mopiko 1️⃣ (Ubat sapu gigitan nyamuk. Saya beli yang paling kecil saiz 20gram. Beli di farmasi atau kedai yang terkenal untuk elak jenama palsu!)
- Minyak kayu putih / Minyak cap Kapak 1️⃣ (Untuk kembung perut atau sakti perut)
- Lotion kulit 1️⃣
- Lotion Eczema 1️⃣ (Sebab anak saya ada masalah kulit Eczema)
- 🏢Peralatan Asrama
- Mangga dan kunci paling kecil 2️⃣pasang (Beli sahaja di Kedai Rm2. Murah sedikit. 1 pasang saya gunakan untuk locker di asrama. Satu lagi, locker di kelas)
- Kalendar 1️⃣ (Beli saiz sedang sahaja supaya muat untuk gantung di locker)
- Hook 1️⃣
- Hanger / Penyidai Baju 1️⃣2️⃣ (Letak pelekat dan tulis nama di hanger. Hanger paling senang hilang, sebab orang keliru mana satu dia punya)
- Penyepit Baju 1️⃣2️⃣ (Saya beli di Mr DIY untuk tahan lama sedikit. Saya beli yang jenis plastik sahaja. Yang jenis kayu atau aluminium mahal sedikit)
- Selimut 0️⃣(Beli di koperasi sekolah semasa pendaftaran)
- Bantal 0️⃣(Beli di koperasi sekolah semasa pendaftaran)
- Cadar 0️⃣(Beli di koperasi sekolah semasa pendaftaran)
- Jarum, benang 1️⃣ (Ecoshop)
- Lampu suluh / Torchlight 1️⃣ (Saya beli di Mr DIY, supaya lebih kualiti dan tahan lama. Harga dalam RM8. Saya letak nama dan drom takut hilang)
- Bateri 3️⃣biji
- 🏫Peralatan Sekolah
- Set kertas folio 1️⃣ (Set ini ada dalam 12 / 15 keping kertas berwarna lain lain, dan binding comb . Semua kertas sudah sedia berlubang untuk dimasukkan binding comb secara manual. Di Ecoshop ada jual)
- Pen hitam 5️⃣ (Saya pilih jenama yang bila tulis, cepat kering dakwat die. kalau tak silap di 99 Speedmart ada yang bagus)
- Pen biru 4️⃣
- Pen merah 1️⃣ (Jarang guna)
- Pemadam pensil 2️⃣(Jenama Steadler okay juga)
- Pensil 2B 4️⃣
- Set trigonometri 1️⃣(Biasanya disertakan jangka lukis sekali)
- Kertas A4 putih
- Set kertas berwarna 1️⃣ set ( Di Mr DIY ada set kertas berwarna, ada dalam 5 warna kertas berlainan di dalamnya. Kadang kala, anak – anak kita akan guna untuk folio)
- Correction Tape 4️⃣ (Saya belikan 4 , kerana dalam tempoh 7 bulan anak saya bersekolah, hampir 4 tape habis digunakan. Tetapi hanya 2 sahaja saya minta anak saya bawa. Baki 2, saya backup di rumah. Di sekolah anak saya, Liquid paper diharamkan. Hanya correction tape sahaja dibenarkan)
- Gunting 1️⃣
- Selotep 1️⃣
- Pembalut Buku tulis
- Pembalut Buku Teks / Aktiviti
- Klip kertas 1️⃣ kotak kecil
- Sticker 1️⃣ set (Mr DIY / Ecoshop ada. Harga dari RM2 ke RM 4. Kadangkala, sticker ni diperlukan untuk subjek pendidikan seni. Kadang, tak perlu pun guna)
- Beg sekolah 0️⃣ (Anak saya masih guna beg Tahun 5 nya. Mase tu beli di Hari Hari, jenama No Problem)
- Kaca mata 0️⃣ (Sebab anak saya masih belum rabun mata. Jika anda tinggal berdekatan Lembah Kalng, saya cadangkan beli kaca mata di shopping mall Sungei Wang, di Bukit Bintang. Disitu banyak deretan kedai cermin mata. Boleh siap dalam setengah ke satu jam sahaja. Harga berpatutuan ikut tahap kerosakan mata. Harga dalam RM40 pun dapat . Harga sudah termasuk bingkai)
- Sharpener 1️⃣
- Stapler 1️⃣
- Ubat stapler 2️⃣ kotak kecil
- Drawing block 1️⃣ (Ecoshop atau Mr DIY)
- Kertas Graf 1️⃣
- Kertas kajang 1️⃣
- Krayon 1️⃣
- Set warna air 1️⃣ (Ecoshop)
- Pensil warna 1️⃣
- Pelapik kertas keras / Paper Clip Board1️⃣
- Fail 5️⃣ (Saya beli pelbagai warna, jenis plastik)
- Highlighter untuk highlight nota 1️⃣ set (Kalau nak jimat, di Ecoshop ada, cuma tak banyak highlighter. Kalau nak tahan lama sedikit, beli di Mr DIY, tapi agak mahal sebab full set. Anak kata, penting highlighter ni)
- ☪️Peralatan Solat / Keagamaan
- Telekung 2️⃣ (Banyak boleh didapati di Shopee. Jenama yang dari Indoensia, biasanya lebih murah. Terpulang masing – masing hendak beli di mana. Di sekolah anak saya, wajib pakai telekung pada Hari Khamis malam Jumaat. Kenapa saya bawa dua? kalau satu kotor dan dibasuh, boleh gunakan satu lagi untuk solat)
- Sejadah 1️⃣
- Penutup Dagu 2️⃣ (Beli di Shopee sahaja. Lebih murah. Saya terus beli 2). Tanya sekolah anak juga, sebab hanya warna – warna tertentu sahaja boleh digunakan. Saya beli warna hitam sahaja untuk anak)
- Buku Mathurat / Zikir 1️⃣
- Quran saiz kecil 1️⃣ (Di sekolah anak saya, ada subjek tahfiz. Ustazah tak wajibkan beli. Anak saya beli atas inisiatif sendiri. Mudah bawa kemana – mana katanya. Boleh beli di Shopee. Tapi, saya beli di kedai fizikal Pustaka Rawang di Putrajaya sebab ada stok disitu. Jangan beli kecil sangat, tak dapat baca nanti)
- 🚻Peralatan Tandas
- Berus gigi ( Saya beli 1 papan di Mydin) – lebih murah, 1 papan dapat dalam 10 berus gigi. Tapi saya bawa 2 sahaja ke sekolah anak.
- Ubat gigi 1️⃣ (Saya beli jenama Muslim seperi ubat gigi Mukmin ). Saya beli 1 sahaja. Bila anak pulang bermalam / outing, saya akan tanya, apa yang takde. Masa itu, saya akan topu balik
- Syampu 1️⃣(Saya beli jenama Econsave, jenama biasa, murah tapi kualiti terjamin)
- Saya beli 2 botol kosong refill di Mr DIY . Tujuannya untuk letak sabun yang saya beli tu dalam botol yang lebih kecil. Saya juga akan meletak nama anak dan Dorm di botol itu dengan tulisan yang besar
- Sabun mandi 1️⃣( Untuk beli sabun mandi, pastikan ia sesuai untuk kulit anak anda. Ada sesetengah anak, yang tak sesuia dengan jenama tertentu. Anak saya mempunyai Eczema, tetapi apabila menggunakan jenama ini, tiada masalah pada kulit anak saya)
- Saya juga beli 2 botol kosong di Mr DIY . Seperti biasa, tujuannya untuk meletak sabun ke situ. Jadi, jika sabun hi8lang, tidaklah satu botol sabun besar hilang. Letak nama guna Permanent Marker.
- Sabun basuh pakaian / detergen 1️⃣ ( Saya juga gunakan jenama Econsave sahaja. 4.5 kg sabun basuk pakaian dengan harga lebih kurang RM 13.
- Saya gunakan botol air mineral terpakai, yang bersaiz kecil, untuk meletak detergen di dalamnya.
- Berus mandi 1️⃣(Saya beli di Ecoshop atau Kedai RM2 yang lain. Tetapi sejak akhir – akhir ini, saya perasan barangan di MR DIY lebih murah berbanding Kedai Ecoshop!)
- Baldi 1️⃣ (Saya beli baldi yang warna pelik seperti merah jambu atau hijau. Jadi senang nak cari . Nama jangan lupa letak!). Beli di kedai RM2 murah sikit
- Gayung / Cebok mandi1️⃣(Ecoshop)
- Bekas kecil peralatan tandas / raga mandi 1️⃣ (Ecoshop)
- Tuala 2️⃣
- 🍕Makanan dan Minuman
- Saya tidak bawa sebarang minuman, sebab di asrama anak saya, setiap pagi, diberikan kismis, air kotak susu untuk memudahkan anak – anak menghafaz Quran.
- Makanan juga saya tidak bawa, sebab makanan di asrama semua lengkap. Cuma anak cerita masa rehat pagi, dalam pukul 10 pagi, tiada makanan disediakan. Jadi, pada masa itu, saya minta dia beli roti Gardenia atau apa apa roti sahaja di koperasi sekolah untuk mengalas perut. Kadang – kadang anak anak ini, pada waktu malam selepas mium malam, amsih lapar lagi. Jadi, saya suruh beli roti Gardenia macam Qucik Bites atau apa apa jenama kalau dia lapar. Untuk hafazn Quran ini, memang banyak dugaan, jadi saya cuba memberikan yang terbaik untuk anak, dan pada masa yang sama menjimatkan duit.
- ℹ️️INFO Tambahan
- Jangan lupa lakukan vaksinasi Influenza untuk anak – anak anda. Harga vaksin bermula dalam julat harga RM55 ke RM80. Bagi orang dewasa (12 tahun ke atas, sudah dikira dewasa), tidak perlu ada perjmpaan susulan dengan doktor. Jadi, harga itu biasanya sudah nett price). Saya teringat pada pertengahan tahun ini, ramai kawan – kawan anak saya terkena demam Influenza. Keadaan mereka sangat kasihan sekali. Selepas pulang bermalam, terus saya vaksinkan anak saya! Vaksinasi ini bertahan 1 tahun dari tempoh suntikan. Jika anda mahu teruskan lagi, boleh vaksin sekali lagi. Insyaallah , kita sediakan payung sebelum hujan
- Print gambar anak dan keluarga dalam saiz kecil. Jadi, kalau anak homesick, boleh la dia lihat gambar gambar ini. 1 keping da cukup. Tak semestinya print pakai kertas gambar tu. Print kat kertas A4 biasa pun da cukup. Di Presint 11, di dalam kedai Pustaka Rawang, harga print warna RM 1 sekeping. Kira murah juga bagi saya! Banyak kali saya print material untuk siapkan kerja rumah anak di kedai ini. Jadi, dalam satu kertas A4, ada beberapa gambar die dan kelaurga, atau kawan kawan baik die.
Semoga senarai panduan panduan ini, dapat memudahkan serba sedikit urusan anda dan keluarga. Beli barang – barang ikut keperluan ye. Kalau sudah ada, bawa sahaja, tak perlu beli baru.
Pengalaman Ujian PKSK dan Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT)
Untuk pengalaman bagi Ujian PKSK, anak saya banyak mengulangkaji dan membuat latihan bagi semua subjek Tahun 6. Tetapi, penekanan lebih diberikan kepada subjek Matematik dan Sains. Selain itu, anak saya juga mengkaji dan menghafal fakta fakta am, pengetahuan am, terutamanya di Malaysia, Asia dan Dunia. Bagi soalan karangan, anak saya banyak membaca buku karangan Bahasa Melayu dan Inggeris dari sekolahnya sahaja. Latihan menggunakan aplikasi Pandai untuk pembelajaran juga saya jalankan supaya anak saya tidak bosan belajar dalam satu cara sahaja. Saya ambil pelan yang termurah iaitu RM 30 sebulan dimana anak saya dapat membuat unlimited latihan untuk semua subjek Tahun 6 dan ada bonus soalan contoh PKSK. Pelan ini kita boleh tamatkan sebelum habis tempoh sebulan. Jimat sedikit duit.
Bagi Ujian Kelayakan Tahfiz, anak saya memang sedia hafal surah di Juz 30 Quran sebab sekoalah agama memang ada kurikulum menghafaz sehingga habis Juz 30. Surah lain yang guru sekolak kebangsaan anak saya dorong untuk hafal ialah surah seperti Ar Rahman, Al Mulk, Al Waqiah, Ya sin. Bagi ujian ini, anak anda akan diberi secara rawak muka surat dari Quran, dan akan diminta hafal satu muka surat. 30 minit diperuntukkan untuk menghafal. Setelah itu, akan diminta untuk perdengarkan bacaan. Semasa anak saya menghadapi ujian ini, ia dilaksanakan di surau sekolah. Sebelum itu, ada juga ditanya mengenai sijil atau penglibatan selain akademik. Saya sudah mengumpul dan menyusun semua sijil anak saya dalam 2 fail besar. Pada pendapat saya, lebih banyak fail yang kita bawa, lebih bagus. Sama ada pemeriksa ingin melihat atau tidak, itu teprulang kepada mereka.
Alhamdulillah kedua dua ujain berjalan dengan sempurna. Anak saya yaking dan gembira.
Antara tips dan petua yang saya boleh berikan untuk ujian ujian ini ialah:
- Jika anak anda ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah yang ada program tahfiz, mulakan menghafal secara konsisten menghafal Juz 30 dan surah tambahan seperti Al Kahfi, Ar Rahman, Ya Sin, Al Mulk , Al Waqiah. Mulakan juga menghafal Juz 1 dan seterusnya jika sudah menghafal surah surah di atas supaya jika diterima di sekolah yang kita mohon, senang anak anda untuk terus menghafal dan tasmik. Dia boleh fokus ke tahriri dan mentelaah subjek sekolah yang lain.
- Banyakkan membaca fakta fakta am, dan dunia serta isu semasa untuk menguasai soalan ujian PKSK. Banyakkan latihan matematik, sains, karangan BM dan BI untuk melatih minda. Soalan IQ juga penting. Sekarang, banyak disediakan di atas talian secara percuma. Korbankan sedikit wang selama sebulan sahaja untuk melanggan aplikasi pendidikan seperti apps Pandai supaya anak dapat mengulangkaji subjek sekolah kebangsaan dengan mudah, interaktif dan seronok.
- Biasanya pentadbir sekolah rendah dan PIBG sekolah mesti akan adakan sesi ceramah berkenaan asrama penuh dan SMKA. Pastikan anda mengikutinya kerana banyak ilmu ilmu baru berkenaan permohonan akan dikongsikan di situ. Sebagai contoh , semasa anak saya di Tahun 6, pihak sekolah menjemput penceramah yang merupakan alumni MOZAC untuk share tips menarik. Alhamdulillah, sangat informatif.
- Untuk pemilihan tempat bagi Ujian PKSK, pastikan anda pilih awal – awal dan pilih yang berdekatan dengan rumah anda. Ini bagi memudahkan urusan anda menghantar dan menjemput anak nanti. Dalam kes anak saya, saya terlambat memohon pusat untuk Ujian PKSK, jadi, pilihan yang tinggal terletak hampir 10 km
- Begitu juga untuk ujian Kelayakn Tahfiz, datang awal di sekolah yang kita mohon. Macam kes anak saya, kami datang awal sejam. Jadi, kami sarapan dulu di kedai berhampiran, tenangkan minda. Kemudian, baru hantar anak beserta fail fail nya. Saya suruh ke tandas dulu, biar tenang fizikal dan minda. Jangan lupa untuk menyemak senarai dokumen yang perlu dibawa. Antaranya seperti:
- Salinan Kad Pengenalan Murid, Ibu dan Bapa
- Salinan Sijil Lahir Murid
- Keputusan UPKK dan PRSA. Kalau yang tinggal di WIlayah Persekutuan, mereka menggunakan UPSRA
- Salian PBD anak anda (Bawa yang terbaru. Boleh minta kepada guru kelas. Pastikan adan tanda tangan guru kelas dan guru besar)
- Salinan PAJSK anak
- Salinan Sijil Kurikulum dan Kokurikulum
- Kertas Ujian Kelayakan Tahfiz (Print out dari laman web semakan Ujian Kelayak Tahfiz)
*Pastikan semua dokumen dokumen dalam senarai ini telah di tanda tangan dan di cop oleh wakil rakyat atau penghulu / ketua kampung kawasan anda! Jika dokumen itu banyak sangat, datang lah awal ke pejabat Ketua Kampung. Kadang kala, pegawai ketua kampung akan minta ambil keesokan harinya kerana jumlah sijil yang banyak
- Semu latihan yang anak anda lakukan untuk UASA akhir tahun, sangat membantu bagi Ujain PKSK.
- Jangan lupa bawa pen , pensil dan alat tulis lain.
- Jaga kesihatan anak apabila semakin menghampiri tarikh Ujian Kelayakan Tahfiz.
Pengalaman Anak Mula Mula Masuk Asrama
Alhamdulillah, sesi pendaftaran anak saya berjalan dengan lancar. Abang kakak Tingkatan 4 yang menolog adik adik semua ketika itu. Ada sesi taklimat di dewan tentang asrama, peraturan dan sebagainya. Pada hari itu, kita boleh jelaskan semua yuran makanan, yuran asrama, yuran PIBG dan bayaran bayaran lain seperti vest khas sekolah, dan tempahan blazer. Pada hari tersebut juga, tukang jahit hadir untuk mengukur saiz baju anak. Semua proses habis sekitar pukul 1.30 tengah hari.
Sebelu pukul 1.30 tengah hari, kami sekeluarga dapat menjengah masuk ke asrama / dorm pelajar. Biasanya ibu bapa hanya boleh ke dorm waktu inilah. Satu lagi, waktu sudah habis tingkatan 5. Setelah kemas apa yang patut, anak saya terus ke DM (Dewan Makan) untuk makan tengfah hari. Kami, para waris diarahkan untuk tinggalkan anak di surau untuk solat Zuhur dan program – program lain.
Saya dah mula rasa sedih untuk meninggalkan anak saya. Hampir 12 tahun anak bersama saya. Tetapi, lain pula cerita dari anak saya. Dia pula suruh saya cepat balik sebab acara dia dah nak mula 🫨🫨
Setelah selesai semua urusan, kami terus pulang ke rumah. Dua hari setelah di asrama, anak mula telefon. Mereka diberi dua pilihan untuk menelefon. Pertama , menggunakan duit syiling. Yang kedua, menggunakan kad prabyar MyFon. Anak saya beritahu , lebih senang menggunakan kad MyFOn kerana tak banyak pelajar beratur untuk menggunakan booth telefon MyFon. Tetapi, saya tetap memberikan duit syiling bagi memudahkan jika dia mahu menelefon saya kelak. Tetapi setelah hampir setahun, saya dapati hampir 99% panggilan dia adalah menggunakan MyFon. Pihak sekolah bekerjasama dengan syarikat Myfon untuk membolehkan pelajar menggunakan telefon ini. Bentuk telefon ini sama dengan pondok telefon zaman kita sekolah pada awal 90 an dahulu. Cuma pakai kad Myfon.
Di sekolah anak saya, semasa pendaftaran, pihak MyFon hadir sekali dan memberikan kad Myfon dengan kredit percuma sebanyak RM 5. Kita sebagai ibu bapa boleh memantau penggunaan dan baki MyFon anak kita. Kita hanya perlu Whatsapp kepada nombor Myfon dan sertakan nombor siri kad MyFon anak untuk mengetahui baki. Jadi, anak tidak perlu memberitahu baki MyFon tinggal berapa. Kita juga boleh top up kad Myfon anak secara online sahaja. Mudah kan. Saya tidak akan topup banyak. Mengikut pengalaman anak saya yang sudah setahun di sana, saya akan topup RM 10 untuk tempoh 2 minggu. Jadi dalam sebulan , saya akan topup dua kali. jadi RM20 total untuk sebulan. Kadang kala, anak guna tak sampai RM20 pun dalam sebulan. Jadi, saya biarkan dahulu sehingga baki sudah tinggal lebih kurang RM 2 atau RM3, baru saya topup.
Hari pertama anak tidak telefon. Hari kedua anak telefon. Katanya penat minggu orientasi. Dan masa itu puasa Ramadhan. Kesian pulak anak. Tapi, kita ibu ibu ni, kena tunjuk semangat depan anak. Saya beritahu anak supaya semangat. Saya minta dia ingat perjaungan dia untuk diterima di sekolah ini. Banyak dugaan dan cabaran. Belajar tanpa jemu dari mula Tahap 2 iaitu di Darjah 4 kerana markah PAJSK mula dikira di Tahun 4. Sudah berapa puluh pertandingan saya bawa anak saya sertai. Pertama untuk dapatkan markah PAJSK. Kedua , untuk beri dia pendedahan dengan dunia luar. Saya beritahu dia banyak lagi orang yang lebih pandai dan hebat dari dia. Anak saay selalu mewakili sekolah dalam bidang Tilawah Al Quran. Sehingga di peringkat daerah, selalu dapat Top 3. Ketika pertandingan yang bukan bawah KPM, baru anak saya tahu langit itu tinggi dan rendah. Saya mahukan dia tawaduk dan selalu bekerja keras untuk memajukan diri. Semua jenis pertandingan dia sertai, dari pertandingan Spelling Bee ke pertandingan pantun. Semua anak – anak saya saya dedahkan dengan ini semua. Yang bestnye, semua pertandingan ini percuma. kalau perlu bayaran pun, cuma RM10 ke bawah! Setelah mendengar nasihat anak saya, dia kembali bersemnagat
Ingat ye tuan, puan sebulan pertama anak kita dia asrama, dia sedang meneysuaikan diri dengan kawan kawan, pelaajran, senior dan persekitaran. Semuanya baru. Berikan dia ruang untuk meneanngkan diri. Dengar semua luahan dia. Jadi kawan yang supportive. Saya juga membuat group khas dalam whatsapp, yang bertulis Rakaman Perbualan Kakak. Jadi, setiap kali dia telefon saya, saya akan rakam dan simpan di dalam group ini.
Anak saya ada beritahu ada kawan kawan dia yang tak biasa tinggal di asrama dan berhenti. Jumlahnya tak ramai. CUma dalam 2 ke 3 orang sahaja dan kebanyakannya kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan asrama yang padat. Bagi pelajar aliran tahfiz, seawal pukul 5 pagi, mereka sudah harus bangun, beratur untuk mandi, kemudian ke surau untuk solat subuh berjemaah, sarapan pagi dan terus sambung tasmik Quran. Mungkin kerana waktu orientasi bertepatan dengan bulan Ramadhan, perasaan pelajar bercampur baur antara lapar puasa, jadual yang padat, orientasi, dan penyesuaian diri dengan persekitaran baru, rindu dengan keluarga dan bermacam macam lagi. Ada pula ang dapat tawaran dari SBP atau MRSM atau MITS atau SMISTA, jadi terus berhenti dan keluar. Yang kekal juga masih banyak. Saya selalu tekankan kepada anak saya betapa beruntungnya tinggal di sekolah ini kerana makanan dijaga rapi, setiap pagi, sewaktu sarapan , ada disediakan susu dan kismis . Makan tengahari atau malam kadangkala ada chicken chop, nasi beriyani, nasi ayam, spaghetti. Mewah mewah semuanya! Tugas anda hanya belajar dan belajar, Berbakti untuk agama, bangsa dan negara. Sperti kata pensyarah saya dahulu, anda adalah cream of the cream yang bermaksud terbaik dari yang terbaik. Jangan sia saiakn peluang ini.
Sebenarnya waktu Ramadhan yang paling seronok. Biasanya, pada waktu pulang bermalam (maksudnya pelajar dibenarkan pulang ke rumah pada hari Jumaat dan kembali ke sekolah pada hari Ahad, sebelum pukul 6 petang), waktu penghantaran anak ke asrama pada hari Ahad dilanjutkan sehingga pukul 9 malam. Jadi, kami sekeluarga membawa anak untuk berbuka puasa dan solat Maghrib dan Terawih ringkas di Masjid Putrajaya dan Masjid Besi. Anak seronok sangat. Dan di Masjid Putrajaya, tahun ini ada memberikan kebenaran kepada penjual makanan untuk berniaga di sisi masjid tetapi jumlahnya terhad. Ada juga la minuman kegemaran anak dijual disini. Bagi anak, ini antara pengalaman yang sangat mengujakan kerana kali terakhir kami berbuka di sini ialah 5 tahun lepas!
Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan, anak saya sudah menemui rentak di sekolah. Kadang kala, dia bercerita tentang kawan – kawannya. Kadang kala mengenai pelajarannya. Alhamdulillah , semua baik. Memang lah tidak dinafikan, kadangkala dia rasa tak seronok dia asrama, tetapi itu cuma apabila dia tengah tiada apa yang nak dikerjakan. Setelah selesai orientasi, jadual sekolah pun sudah mula diberikan, alhamdulillah fokusnya sudah mulai ke sekolah.
Antara cara saya beri sokongan kepada anak saya, ialah melawatnya setiap waktu outing. Di sini, waktu outing ialah pada hari Ahad, mulai pukul 12.30 tengah hari. Saya akan bawa ke tempat yang berdekatan sahaja kerana harus kembali ke sekolah sebelum pukul 6 petang, Masa itulah, masa kami cover balik lost time masa di asrama. Sambil makan, sambil sembang mengenai keadaan di sekolah, keadaan asrama, dan sebagainya. Alhamdulillah anak seronok dan memang ada perkara yang tidak begitu die berkenan, tetapi dia kata biarlah, hati orang lain lain.
Kadang kala, saya bawa dia ke Alamanda, kadang ke Kompleks Kejiranan Presint 9 atau 11. Makanan – makanan di Kompleks Kejiranan ini bagi saya agak berpatutan dan sedap sedap. Antara menu menarik di Kompleks Kejiranan Presint 9 ialah Nasi Ayam, Rojak, dan goreng pisang yang digoreng panas panas. Bagi yang di Presint 11, pelbagai makanan yang menarik seperti Kuey Teow basah, apam balik, Churros, aneka sup utara dan lain – lain lagi. Yang best mengenai Kompleks Kejiranan ini ialah ia dilengkapi dengan surau, perpustakaan, tandas, kolam renang, kedai makan, gelanggang tenis, badminton , squash, dan pelbagai lagi. One stop centre for all. Dan yang penting , harga dia masih berbaloi.
Setelah hampir beberapa bulan, UASA pertengahan tahun berluma, Alhamdulillah anak saya dapat menjawab dengan baik. Syukur sangat sebab saya tahu bagaimana jaduan dia yang padat, acara rumah sukan, rumah asrama, dan semua kesibukan lain, dia telah berjaya lalui. Biasanya masa nak ke sekolah selepas pulang bermalam, dia akan rasa sedih nak tinggalkan rumah. Tetapi, saay beritahu dia, niat kena betul. Bayangkan yang dia ke sekolah untuk belajar , niat menjadi pandai dan berguna kepada agama, bangsa dan negara! Insyaallah, Allah mudahkan urusan. Biasanya ketika UASA ini, pelajar tidak pulang bermalam dengan kerap. Mereka akan ada beberapa kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan ada juga yang di bawah anjuran PIBG.
Sepanjang anak saya disitu, ada 2 kerja kursus. Satu dari subjek Geografi. Satu lagi subjek Sejarah. Kalau RBT, anak saya diminta membuat prototaip rekaan mereka. Masa inilah, kita boleh membimbing anak kita tentang pendedahan kerja kursus macam kita buat di zaman Universiti dulu. Bagi subjek Geografi, saya bawa di ke Gombak kerana tajuknya berkenaan pembuangan sampah sarap. Kebetulan, ada keluarga disana, jadi mudah urusan.
Petua dan Tips Penting Anak – Anak yang Tinggal di Asrama
Disini, saya kongsikan tips dan petua, yang anak saya kongsikan dan saya pelajari sepanjang setahun anak saya di asrama:
- Hormat Guru
-Jangan terbawa bawa perangai sekolah rendah yang kruang bagus ke sekolah menengah. Perlahan – lahan saya ubah mindset anak saya untuk lebih serius belajar sambil jangan lupa adab kepada cikgu. Tidak guna jika pandai tetapi tidak beradab - Hormat Senior
-Jika kita ingin dihormati, maka belajarlah menghormati orang lain terutamanya senior. Tetapi, jika ada unsur buli, anak boleh terus laporkan ke warden yang bertugas. - Hormati kawan – kawan
-Berkawan dengan semua orang. Jangan berpuak – puak. - Hormati petugas sekolah
-Dari pekerja kantin sehingga penyapu sampah, belajar untuk menghargai orang lain. Kita tidak tahu dari doa siapa yang akan Allah makbulkan - Ajar anak untuk seboleh – bolehnya tidak meminjam barang kawan
-Sebelum anak ke sekolah, saya akan tanya semua keperluan anak seperti sabun, syampu, berus gigi, ubat gigi, minyak rambut. Jika ada yang kurang, saya akan belikan ketika outing atau pulang bermalam. - Berikan anak duit dalam jumlah yang kecil setiap kali selepas pulang bermalam
-Saya hanya bagi maksimum RM20 untuk seminggu anak di sekolah. Kenapa? Sebab makanan di sekolah sudah disediakan. Dari pagi sehingga malam, semua lengkap. Anak tinggal belajar. Kecuali jika minggu itu, anak ada program lawatan seperti ke Muzium Negara atau tempat lain, saya akan tambahkan dalam Rm10 sahaja. Saya hendak anak belajar berjimat cermat. Jika ada lebihan, pada minggu hadapannya, saya akan tambah duit itu sehingga menjadi RM20 kembali. Seperti contoh, jika minggu inii, balance duit anak saya tinggal RM5, jadi untuk minggu hadapan, saya cuma beri RM15 sahaja. Jadi, cukup RM 20 untuk seminggu. Kebiasaannya anak saya , mesti akan ada baki dalam RM3 ke RM 10 seminggu. Ini juga untuk mengelakkan kehilangan duit. - Siapkan kerja sekolah secepat mungkin
-Jika ada kerja rumah yang pihak guru berikan, terus buat sewaktu prep (kelas) petang. Jika belum siap juga, siapkan ketika prep malam. Bagi kerja rumah yang perlukan masa agak lama seperti kerja lapangan Geografi dan folio sejarah atau projek RBT, terus mula buat sedikit demi sedikit. Ketika pulang bermalam, terus buat dengan cepat dan tepat. Jangan tunggu last minute. Tak berbaloi untuk tangguh kerja! - Beri laporan kepada Warden jika ada kelakuan tidak senonoh dari rakan atau senior
-Terus berhubung langsung dengan warden jika berlaku keajdian seperti ini. Jangan takut dan jangan simpan sendiri. Warden tahu cara menyelesaikannya. - Beri tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar
-Bertanya jika tidak tahu semasa guru mengajar di kelas. Jangan simpan ketidaktahuan itu kerana Tingkatan 1 adalah asas yang sangat penting. Boleh bertanya kepada kawan yang pandai atau senior di bilik asrama. Jika asas tidak kukuh, ia akan membawa kesengsaraan ketika di tignkatan 2 dan ke atas. - Libatkan diri dengan aktiviti kokurikulum dan sukan
-Ingat, sekolah buka tempat belajar sahaja! Ia tempat anda mencari pengalaman sebanyak mungkin. Jika adan minat catur, sertai catur. Jika memanah, sertai memanah.
-Selain itu, sertai pertandingan pertandingan di luar sekolah, jika ada. Seperti Fun Run, debat, puisi, pantun, STEM. Yang penting, pastikan ada pengiktirafan PAJSK untuk guru memasukkan dalam sistem KPM
-Jika pertandingan itu tiada pengiktirafan PAJSK tetapi ada tambah nilai untuk kemenjadian murid, sertai juga - Maksimumkan masa cuti dengan baik
-Cuti pertengahan tahun , cuti akhir tahun dan cuti ketika pulang bermalam adalah waktu sesuai untuk anak anda mengulangkaji pelajaran. Tetapi, jangan terlalu banyak berikan latihan atau ulangkaji kerana , waktu itulah anak anda dapat rehat, release tension dan healing hati. Berikan dia ruang untuk berhubung dengan rakan lama, dan lain lain.
-Bagi cuti panjang, macam cuti pertengahan tahun atau akhir tahun, bawalah anak jalan jalan ke tempat seperti Taman Tasik Titiwangsa, Taman Botani Putrajaya atau Taman Botani KL atau tempat sewaktu dengannya. Semuanya percuma dan dapat healing untuk anak anak. Biasanya setelah jalan – jalan ni, saya bawa anak makan di kedai kedai makan nasi campur biasa. Murah dan Meriah! Kalau Satay Kajang, sekali sekala boleh la . Kan bagus kalau Satay Kajang buat promotion untuk pelajar makan bersama keluarga dapat diskaun 10% ke. Satay dia sedap. Mesti seronok - Top Up Skill
-Jangan pernah berhenti belajar. Banyak kursus kursus yang diberikan secara percuma secara online oleh NGO, swasta dan badan kerajaan seperti MDEC, MARA, Kolej Komuniti dan lain lain. Ada juga yang berbayar dari Kolej Komuniti tetapi rendah sahaja bayarannya. Sertainya jika waktu cuti sekolah panjang. Ia penting untuk memohon biasiswa untuk ke universiti kelak.
Artikel ini akan saya kemaskini setiap masa, semoga memudahkan para ibu bapa kelak. Amin