100 Teka Teki Lucu

Text Size:

Teka teki sangat menghiburkan sekali. Disini, saya akan kongsikan senarai teka teki lucu yang pasti menghiburkan anda.

Sukan apa selepas kita main, kita tabik?
Golf

Antara kereta dan motor, yang mana satu lebih tua?
Motor sebab ada tongkat

Dalam banyak banyak kucing, kucing apa yang tidak boleh makan?
Kuching, Sarawak

Kuda apa yang tiada kaki?
Kuda Kepang

Kereta apakah yang orang tidak panggil kereta?
Teksi

Bunga apa yang bukan bunga dan berwarna hitam?
Bunga tayar

Gajah lalu, titi terus patah, Apabila kambing lalu, apa yang patah?
Patah balik

Kuih apa yang orang makan tepinya sahaja?
Donat

Haiwan apa yang hurufnya ada dua sahaja?
U dan G – Udang

Ubat ini biasanya berwarna hijau, tetapi tidak boleh dimakan?
Ubat nyamuk

Pokok apa yang ada jantung?
Pokok pisang

Masa dia hidup, kita menyanyi, Masa dia mati, kita tepuk tangan?
Lilin hari jadi


Leave a Comment