Pada zaman sekarang, terdapat pelbagai scammer yang cuba mencuri duit kita. Kita haruslah berhati – hati dan sentiasa kemaskini pengetahuan kita daripada terjebak dengan scammer sebegini. Disini saya akan kongsikan jenis – jenis scammer dan cara mengelakkannya.
Cara Mengelakkan Di Scam
Jika anda diminta untuk mebuat pembayaran ke akaun bank seseorang / syarikat, pastikan anda menyemak status akaun bank itu sama ada pernah digunakan untuk aktiviti penipuan online atau tidak di Semak Mule Polis Di Raja Malaysia . Laman web ini dibangunkan oleh Polis Di Raja Malaysia untuk membantu rakyat daripada terkena scam.
Mule di sini bermaksud keldai akaun. Maksudnye orang itu digunakan oleh pihak scammer untuk terima dan pindahkan duit. Kadang kala, ada keldai akaun yang tidak perasan mereka digunakan oleh scammer. Ada pula yang memang tahu kerana dijanjikan duit mudah.
Anda hanya perlu memasukkan nombor akaun / nombor telefon atau nama syarikat ke dalam sistem laman web tersebut. Setelah itu, klik Semak. Disitu, anda akan mendapat maklumat sama ada pihak itu adalah scammer atau tidak.
Jenis – Jenis Scammer di Malaysia
Seiring dengan perkembangan zaman, teknologi scammer semakin canggih. Disini, saya akan kongsikan jenis – jenis scammer terutamanya di Malaysia.
Scam Panggilan Telefon / Voice Phising
Scam Pelaburan / Investment Phising
Scam Parcel
Scam Kad Kahwin
Scam Kerja Part Time
Scam Pinjaman Online
Scam Macau
Scam Online Shopping
Scam SMS
Scam CInta / Love Scam
Scam Deepfake
Scam Penculikan Palsu
Scam Cepat Kaya
Scam LHDN
Scam KWSP
Disini, saya akan jelaskan satu persatu mengenai scam ini
Semoga Bermanfaat
Scam Panggilan Telefon
Zaman semakin canggih. Scammer akan menggunakan suara yang anda kenal untuk scam anda. Mereka menggunakan teknologi AI untuk meniru suara anda dan menyamar menjadi anda.Kemudian, mereka akan menghubungi atau menghantar mesej suara kepada orang yang anda kenal / kenalan anda untuk meminta wang dan sebagainya. Mereka akan menyatakan bahawa mereka sangat memerlukan duit atas sebab kecemasan dan lain- lain.
Biasanya mereka menyalahgunakan fungsi aplikasi / web AI seperti Speechify untuk klon suara anda dan membuat suara baru yang tidak pernah anda ucapkan dengan mudah sekali!
Jika anda mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali, jangan angkat, kerana suara anda akan dirakam dan di klonkan menggunakan aplikasi.
Oleh itu, Jangan sesekali percaya dan bank in duit kepada mereka. Hubungi kembali rakan anda atau rakan yang lain untuk memastikan kebenaran nya!
Scam Pelaburan / Investment Pishing
Skim ini antara yang selalu berlaku dan menyebbakan kerugian berjuta – juta Ringgit kepada rakyat Malaysia. Orang yang terdekat dengan saya juga pernah mengalaminya. Kisahnya begini, Encik M sedang kekurangan pekerjaan. Kemudian, di aplikasi Telegram, dia mendapat maklumat mengenai satu skim pelaburan di mana , jika dia melabur RM 2000, dia akan mendapat pulangan sebanyak RM 200 sebulan selama 5 tahun, tanpa membuat apa – apa. Setelah itu,Encik M terus bank in ke akaun bank scammer itu.
Setelah menyedari bahawa tiada wang yang diterima seteah sebulan, baru lah Encik M mengetahui bahawa dia telah di scam. Dari niat asal untuk menambah pendapatan kerana tiada peluang pekerjaan, akhirnya dia ditipu oleh scammer. Encik M telah membuat laporan rasmi di pejabat polis berdekatan tetapi peluang untuk mendapatkannya sangat tipis. Laporan itu hanya bertujuan perkongsian maklumat dengan PDRM dan juga untuk peringatan kepada rakyat lain mengenai bahaya scammer ini.
Pastikan anda semak mengenai sesuatu pelaburan itu dengan kerajaan. Anda juga boleh bertanya kepada Chat GPT atau Gemini (AI dari Google) berkenaan apa sahaja jenis pelaburan yang anda ingin ketahui. Selain itu, anda boleh menghubungi Bank Negara untuk seabrang pengesahan.
Scam Parcel
Scam ini juga selalu berlaku. Kadangkala, anda tidak memesan apa apa barang secara online. Kemudian, anda mendapat sms atau whatsapp mengatakan bahawa anda ada parcel / barang yang anda tempah tetapi tidak dapat dihantar kerana alamat yang salah. Jadi, scammer akan mengahntar link / laman web menyuruh anda mengisi maklumat anda dan maklumat peribadi yang lain untuk penghantaran semula.
Disitulah, scammer akan menyediakan link untuk anda click. Di link, itulah scammer akan meletakkan link scammer mereka tanpa ada perasan.
Apabila anda click link itu, pelbagai benda boleh berlaku seperti handphone anda boleh di hack, maklumat anda boleh dicuri jika anda kongsikannya, dan pelbagai bahaya lagi.
Scam Kad Kahwin
Antara scam terbaru pada tahun 2025 lepas ialah scam kad kahwin. Scammer akan menghantar link atau QR Code Kad Kahwin yang dihantar secara online / whatsapp / sms. Scammer menyuruh anda klik link untuk mengesahkan kehadiran. Apabila anda klik link tanpa usul periksa, anda akan diperdaya untuk mengisi maklumat sensitif dan lain lain untuk tujuan hacking.
Jangan terus scan /tekan link yang diberi. Semak dahulu menggunakan website seperti URL Void untuk megetahui kesahihannya. Atau tanya langsung ke keluarga pengantin jika anda masih ragu!