Tentu anda pernah mendengar nama kedai Jalan Jalan Japan kan ? Saya masa pertama kali dengar nama kedai ini, saya agak confuse juga. Ini kedai travel atau kedai apa? Selepas pergi sendiri ke kedai ini, barulah saya tahu bahawa kedai ini ialah kedai barang second hand dari Jepun.
Dulu dulu orang panggil barang terpakai atau second hand atau bundle. Sekarang ada banyak istilah lain macam preloved / refurbished / used dan macam macam lagi. Semuanya mempunyai maksud yang sama, iaitu , pernah digunakan oleh orang lain.
Cawangan Kedai Jalan Jalan Japan pertama saya pergi ialah di M3 Mall di Gombak. Kedainya luas, di tingkat 3 dan mempunyai pelbagai pilihan. Biasalah, bila bawa anak anak ini, satu tempat sahaja yang mereka tuju, bahagian Mainan!
Habis semua mainan diorang test tengok! Biasanya kalau bawa anak anak ini, sejam minimum mesti ada kat situ. Pernah sekali saya sampai 3 jam disitu sebab anak anak pening nak pilih mainan yang mana! Hahahah. Alhamdulillah, harga kebanyakannya murah meriah.
Banyak Jenis Barang Bundle dari Jepun
Sampai sahaja disini, anda akan melihat pelbagai jenis barangan second hand dari Jepun. Dari mainan ke beg style Doraemon. Dari basikal Jepun ke set cerek Jepun. Semua ada!
Saya tertarik dengan note pad yang ada background Detective Conan. Teringat zaman sekolah dulu. Harga dalam RM1 sahaja. Ada juga fail – fail yang mempunyai latar belakang karakter anime Jepun seperti Dragon Ball. One Piece, One Punch Man Saitama, dan banyak lagi.
Anak saya yang remaja pula mencari button badges yang bercirikan Jepun. Harganya sangat murah. Masa kami pergi tahun lepas, 2025, harganya cuma RM2 dapat 5 button badges. Apa lagi, anak anak saya terus serbu. Ada sejam jugalah memilih disitu.
Ada juga anak patng anime dari Jepun. Yang comel comel sampai yang agak besar juga ada. Anak saya beli patung kecil. Mereka kata nama dia N dari karakter anime Death Note. Ada ada je anak anak ni.
Banyak lagi kalau nak diceritakan tentang barang barang disini. Saya juga tertarik dengan beg sekolah budak Jepun. Di Jepun, ia dipanggil Randoseru (ランドセル). Saya tahu pun dari kartun Doraemon. Sejibik (sama) betul dengan beg dalam kartun itu. Saya perasan ada dalam 3 beg . Beg yang dalam keadaan baik sedikit dijual dalam harga rm100 manakala yang ada kerosakan minor dijual dalam harga RM50 +. Rupa rupanya beg itu di Jepun berharga dalam RM 1400 ke atas. Mahal betul! Tapi menurut gemini, kualiti beg ini sangat bagus. Ia boleh bertahan selama 6 tahun persekolahan sekolah rendah.
Ada juga stroller, peralatan golf juga banyak. Saya agak terkejut kerana banyak pilihan peralatan golf. Dari bola golf sehingga beg dan kayu golf, semua lengkap dan banyak pilihan! Mungkin orang – orang Jepun suka bersukan Golf?
Bagi anda yang sudah berumah tangga, dan ingin mencari stroller budak budak, disini juga ada. Kerusi keselamatan juga disediakan. Baju baby, buku buku dan mainan bayi semua ada.
Bagi anda yang suka bersukan, ada juga disediakan kasut dan peralatan gim untuk bersukan.
Boot juga ada.
Waktu Operasi Jalan Jalan Jepun
Bagi cawangan di M3 Mall, waktu operasinya ialah dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Bagi cawangan lain, saya tidak begitu pasti. Menurut kajian di Google, ini ialah waktu operasi cawangan lain JJJ Malaysia ini.
Wilayah Tengah
JJJ 1 Shamelin Mall, Cheras Waktu Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam
JJJ M3 Mall, Gombak / Taman Melati Waktu Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam
JJJ AEON BiG Wangsa Maju (Apparel Store) Waktu Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam
JJJ Summit USJ, Subang Jaya Waktu Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam
JJJ KIP Mall, Bangi Waktu Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam
JJJ Lotus’s Rawang Waktu Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam
JJJ AEON Mall Bukit Raja, Klang Waktu Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam
JJJ Star Avenue Lifestyle Mall, Shah Alam Waktu Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam
JJJ The Mines, Seri Kembangan (Apparel Store) Waktu Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam
Wilayah Selatan
JJJ CenterPoint, Seremban (Negeri Sembilan) Waktu Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam
JJJ MesaMall, Nilai (Negeri Sembilan) Waktu Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam
JJJ KIP Mall, Masai (Johor) Waktu Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam
JJJ KIP Mall, Tampoi (Johor) Waktu Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam
JJJ Galleria Kotaraya, Johor Bahru (Apparel Store) (Johor) Waktu Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam
Wilayah Utara & Pantai Timur
JJJ Village Mall, Sungai Petani (Kedah) Waktu Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam
JJJ AEON Midtown Falim, Ipoh (Perak) Waktu Operasi dari 10 pagi sehingga 10 malam
Tips Shopping Di Jalan Jalan Japan
Setelah beberapa kali ke cawangan JJJ di M3 Mall, ini ialah tips tips shopping yang anda boleh gunakan:
Datang awal sewaktu kedai mula mula di buka.
-Jika anda datang dalam pukul 10 pagi, anda akan lebih tenang, manusia tidak ramai dan anda boleh memilih barang dengan tenang. Jika anda membawa anak anak, waktu ini paling sesuai.
Lihat di FB Jalan Jalan Japan untuk diskaun
-Kadang kadang, pada hari tertentu adan diskaun diberikan. Kalau tidak silap saya, waktu Hari Pekerja tahun lepas, ada diskaun 10% untuk semua barang!
Bawa beg / plastik anda sendiri
-Untuk menjaga alam sekitar atau untuk mengelakkan dari membayar untuk caj palstik, bawalah beg / plastik anda sendiri
Apa Beza Jalan Jalan Japan dengan Kedai Bundle Lain?
Saya pernah pegi kedai kedai Bundle lain seperti JBR Bundle dan kedai kedai bundle lain. Setiap kedai ada kelebihan masing masing. Tetapi apa yang saya nampak di kedai JJJ ini ialah:
Banyak pilihan
Susunan barang teratur dan kemas
Staf yang responsif
Nama Jepun naikan nilai kedai ini
Kedai Kedai Bundle Lain
Ketika saya menulis blog ini, saya melakukan sedikit kajian