Kedai Roti Canai Sedap di Gombak

Text Size:

Bagi mereka yang suka dengan makanan rasmi Malaysia, iaitu roti canai, mesti akan tercari cari di mana kedai yang menyediakan roti canai yang sedap kan? Disini, saya akan berkongsi kedai roti canai yang sedap menurut saya.

Nama kedai yang saya biasa lawati jika ke Gombak ialah Restoran Marvellous. Kedai ini terletak berdekatan dengan LRT Taman Melati. Ini bukan Restoran Marvellous di Sungai Buloh ye. Lain kedai nya.

Bagi saya, restoran ini mempunyai roti canai antara yang tersedap di Gombak. Antara kelebihan kedai ini ialah:

⭐ Roti canai yang sedap dan garing
-Beritahu kepada pembuat roti canai bahawa anda mahukan roti canai yang garing.
⭐ Tempat makan yang selesa dan luas
-Meja – meja yang disediakan ada yang besar boleh memuatkan sehingga 6 orang dan ada yang kecil hanya untuk 4 orang
⭐ Kedai yang bersih
-Staf menjaga kebersihan kawasan dengan bagus
⭐ Pilihan makanan sarapan yang pelbagai

⭐ Menu makan tengah hari juga banyak
⭐ Ada busking – Kadangkala sahaja
⭐ Sesuai untuk keluarga

Parking tidak disediakan, tetapi biasanya saya parkir di tepi jalan.

Terdapat beberapa kedai lain di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur yang mempunyai roti canai yang agak sedap. Antaranya ialah:

💡 Kedai Mak Limah
💡 Restoran Haslam

Pastikan anda beritahu kepada waiter supaya menyediakan roti canai yang baru / fresh. Insyaallah sedap

Ada pelbagai cara untuk ke Restoran Marvellous. Antaranya ialah:

💡 Menaiki motorsikal
💡 Memandu kereta
💡 Naik LRT – Turun di Stesen LRT Taman Melati dan jalan kaki dalam 150 meter untuk ke sini

Alamat:
💡 Jalan Taman Melati, Gombak Setia, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Whatsapp:
💡 0184034083
💡 Klik disini > https://api.whatsapp.com/send?phone=60184034083

Leave a Comment