5 Kelebihan Kelas Intensif Hafazan (Update 2026)

Text Size:

Bagi anak anak yang sedang mengikuti kelas tahfiz atau hafazan Al Quran, proses tasmik Al Quran adalah perkara yang sangat penting. Sebelum saya menerangkan tentang Kelas Intensif Hafazan, mari saya terangkan apa itu tasmik. Tasmik ialah proses memperdengarkan hafazan anda kepada guru hafazan. Jika guru berpuas hati dengan bacaan hafazan anda, anda akan ditanda lulus untuk muka surat tersebut.

Tahriri pula ialah proses menulis hafazan anda dalam buku tahriri khas. Anda perlu menulis bacaan Al Quran pada buku ini sebelum tasmik bacaan anda pada guru. Murojaah atau singkatannya Muro pula ialah proses mengulang ulang bacaan AL Quran anda yang telah anda hafaz sendiri atau di hadapan guru untuk disemak. Secara ringkasnya, tasmik ialah proses dimana guru menyemak hafazan baru manakala Murojaah ialah proses anda menyemak sendiri bacaaan hafazan anda yang telah disemak olek guru.

Berbalik pula kepada Kelas Intensif Hafazan, apa sebabnya ada sesetengah tempat mengadakan KIH ini ? Untuk makluman anda semua, biasanya Kelas Intensif Hafazan ini diadakan pada cuti yang panjang seperti Cuti Pertengahan Tahun atau Cuti Akhir Tahun. Biasanya pada cuti pertengahan tahun, tempoh KIH ialah dalam seminggu sahaja, manakala pada cuti hujung tahun pula, ia diadakan dalam tempoh 2 minggu.

Kelas ini bukan percuma, terdapat bayaran dikenakan. Untuk KIH yang anak saya hadiri pada tahun 2026 ini, bayarannya ialah dalam RM 100 untuk tempoh 5 hari (Isnin sehingga Jumaat). Makanan tidak disediakan; Pelajar harus membawa makanan sendiri atau makan di kafetari (jika ada). Jadi, untuk KIH dua minggu, bayaran ialah RM 200. Bagi saya ini jumlah yang wajar untuk saguhati / bayaran kepada guru guru yang meluangkan waktu untuk menyemak hafazan anak anak. Ia juga termasuk kos penyewaan tempat untuk kelas ini.

1️⃣ Menambah Muka Surat Hafazan Anak Anak
– Jadual seharian pelajar tahfiz seperti SMKA Ulul Albab sangat sibuk. Mereka akan mula menghafaz seawal pagi selepas perhimpunan, dan akan ada murojaah dan tasmik harian. Dengan cara mengikuti Kelas Intensif Hafazan ini, para pelajar dapat menambah hafazan mereka dengan signifikan.

2️⃣ Anak Anak dapat bersilaturrahim dengan rakan rakan
-Di Kelas Intensif Hafazan, pelajar bukan sahaja berjumpa dengan rakan sama sekolah, tetapi juga dengan rakan dari sekolah tahfiz yang lain. Seperti KIH anak saya, ada pelajar dari sekolah MITS Bagan Lalang, Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim (SMAHMY), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, MRSM Felda Trolak, SMA Telok Kemang, SMA Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Agama Dato’ Haji Tan Ahmad (SMADATA), SMA Nilai, Sek. Men. Imtiaz Ulul Albab Melaka, MITS Pandan Indah, MITS Banting, SAMTEN, MITS Istana Bandar, SMA Repah dan SBPI Rawang dan macam macam lagi. Mereka boleh saling berkenalan dan bertuakr tukar fikiran bukan sahaja dalam bidang hafazan, tetapi pelbagai bidang lain.

3️⃣ Mengeluarkan Diri dari status Red Zone
-Ada anak anak yang tahap hafazannya berada di Red Zone (Zon Merah). Dalam sekolah SMKA Ulul Albab, ada pembahagian zon berdasarkan tahap hafazan anak anak. Kalau Red Zone bermaksud tahap hafazannya sudah tertinggal dari silibus. Insyaallah, dengan penyertaan dalam Kelas Intensif Hafazan ini, jumlah muka surat hafazan akan bertambah. Pelajar – pelajar yang terpilih ke SMKA Ulul Albab semuanya bijak bijak. Insyaallah dengan polishing sedikit, pasti berjaya! Ibu bapa harus ingat, beribu – ribu pelajar memohon ke SMKA Ulul Albab ini, tetapi hanay 100 + sahaja yang diterima. Ini bermakna anak anda adalah cream of the cream. Jangan risau jika anak anda berada di Red Zone, dia hanya perlu dibantu sedikit sahaja lagi. Insyaallah boleh. Ada sesetangah sekolah yang mewajibkan untuk pelajar Red Zone menyertai KIH, ada pula sekolah yang hanya meggalakkan sahaja. Terpulang kepada ibu bapa masing masing

4️⃣ Mengisi masa dengan perkara yang berfaedah
-Masa cuti sekolah adalah masa yang paling menyeronokkan bagi pelajar terutamanya pelajar tahfiz. Masa inilah mereka berehat total untuk refresh minda dan fizikal mereka. Alangkah baiknya jika masa ini digunakan juga untuk tasmik dan murojaah hafazan. Insyaallah berfaedah

5️⃣ Mempelajari teknik teknik hafazan yang baru
-Tenaga pengajar KIH biasanya buka Guru Halaqah pelajar pelajar tahfiz. Sekumpulan pelajar (dalam 10 orang) di SMKA Ulul Albab akan diberikan Guru Halaqah yang khas dimana guru ini akan bersama mereka dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Guru inilah yang akan menyemak bacaan hafazan setiap pelajar dalam halaqah masing – masing. Guru Halaqah akan membuat kumpulan Whatsapp khas dimana ibu bapa dapat memantau tahap hafazan anak anak mereka. Ketua guru halaqah pula akan memantau semua halaqah dalam sekolah. Ketua guru halaqah inilah yang akan memberikan maklumat berkala secara umum untuk ibu bapa. Biasanya akan daidakan Google Meet dimana guru guru halaqah dan ibu bapa dapat berinteraksi secara langsung untuk memahami lebih dekat tentang sistem hafazan. Dengan guru halaqah lain membimbing anak anak di KIH, insyaallah para pelajar dapat mendapat ilmu tambahan mengenai teknik dan cara hafazan yang unik dan tersendiri. Ia dapat menambahkan ilmu para pelajar nanti

Biasanya pihak sekolah akan memaklumkan mengenai tarikh KIH ini sebelum cuti sekolah bermula. Para pelajar boleh bertanyakan kepada guru halaqah masing masing berkenaan tarikh itu. Anda juga boleh bertanya dengan masjid masjid sekitar anda jika mereka ada menganjurkan KIH. Untuk tahun 2026 ini, berikut adalah masjid yang mengadakan KIH:

🕌 Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
🕌 Masjid Taman Sutera, Kajang
🕌 Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi
🕌 Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang
🕌 Masjid Syeksen 7, Shah Alam
🕌 Masjid Bandar Seri Putra, Kajang
🕌 Surau Darul Ulum, SMKA Putrajaya
🕌 Masjid Al Irsyad, USJ 1

Mungkin ada masjid lain yang menganjurkan KIH, tetapi yang saya tahu cuma ini. Jika ada, sila tinggalkan komen untuk saya tambah ye.

Semoga maklumat kali ini bermanfaat. Insyaallah

Leave a Comment