Pengalaman Manis Di KAMIL Hulu Langat 2026 : Anak Ibu Raih Naib Johan Tilawah Al-Quran!

Text Size:

KAMIL ialah singkatan bagi Kemahiran Amal Islami. Ia adalah satu program pertandingan khas untuk sekolah agama / kafa di negeriSelangor. Terdapat pelbagai pertandingan di dalamnya. Antara pertandingan tersebut ialah Khat, Solat Jenazah, Tilawah Al Quran, Hafazan Al Quran, Muhawwarah, Azan, Bercerita dan bermacam macam lagi. Anak saya yang kedua telah mula menyertai pertandingan KAMIL sejak tahun lepas. Pada tahun lepas, guru dia memilih acara Solat Jenazah. Tiada rezeki buat anak saya tahun lepas. Saya memberitahu anak saya bahawa ini ialah pengalaman untuk dia. Tidak mengapa kalau kalah. Itu semua adat pertandingan. Alhamdulillah, dia dapat menerima nasihat saya dengan baik. Tahun ini, 2026, dia terpilih untuk meyertai pertandingan Tilawah Al Quran. Kakak dia biasa menyertai pertandingan ini, tetapi tidak bagi dia. Saya ada bertanya sekali lagi sama ada dia boleh atau tidak. Alhamdulillah dia berani mencuba. Pengalaman bertanding di Sekolah Kebangsaan bagi acara Tilawah Al Quran sedikit sebanyak membantu menghilangkan gemuruhnya. Perasaan saya sedikit bercampur, gembira dan risau, ketika mengetahui bahawa anak saya terpilih untuk bertanding acara Tilawah Al Quran. Tetapi saya yakin dengan semangat anak. Insyaallah dia akan cuba yang terbaik.

Sebelum ke peringkat Daerah, anak saya harus melepasi halangan di peringkat Zon. Zon anak saya ialah Zon Kajang. Bagi tahun 2026, peringkat zon Kajang diadakan di SRA Sungai Kantan 3. Bagi tahun ini, penentuan surah bacaan akan diadakan undian secara online. Saya dimaklumkan mengenai perkara ini dari guru anak saya. Ini adalah penambahbaikan yang saya lihat tahun ini. Saya tidak tahu sama ada perkara ini telah dilaksanakan sejak tahun lepas, sebab pada tahun lepas , anak saya dipilih untuk menyertai acara Solat Jenazah. Sistem ini adalah sistem yang sama dilaksanakan oleh acara Tilawah Al Quran Sekolah Kebangsaan.

Bagi saya, antara kebaikan sistem ini ialah, anak anak dapat berlatih dengan pelbagai jenis surah untuk dibaca. Ini sangat bagus kerana peringkat zon dan daerah semua akan dilakukan undian. Pada mulanya ada sedikit fahaman saya apabila saya ingat pelajar harus hafal kesemua taranum untuk 8 surah pilihan, kemudian pada hari pertandingan, undian akan diadakan secara live dan pelajar membaca surah on the spot. Ada juga yang mengatakan bahawa 

Nasib baik saya salah memahami ayat dari guru anak saya. Rupa – rupanya, undian akan diadakan secara atas talian. Guru bagi pelajar akan mencabut undian dan dari situ akan dapat surah bacaan anak.Anak saya mendapat surah Al Mujadalah, Ayat 1 ke atas. Maksimum temph bacaan ialah selama 7 minit. Oleh kerana, saya bukanlah seorang Qari, maka bermula lah pencarian saya untuk cara bacaan ber tarannum untuk surah ini. Hampir beberapa hari saya mencari, tetap juga tidak jumpa. DI Internet, yang ada hanyalah bacaan Surah Mijadalah mulai ayat 11 sahaja.

Saya sudah hampir berputus asa. Untuk bertanya ke guru dan ustazah, rasa segan pula saya. Akhirnya saya memberanikan diri untuk bertanya kepada guru taranum anak saya, iaitu Ustaz Hasim. Alhamdulillah, beliau sangat membantu. Alhamdulillah summa alhamdulillah. Ketika itu, tempoh pertandingan tinggal 3 hari lagi. Tanpa membuang masa, anak saya terus berlatih siang dan malam tanpa henti.

Saya belajar banyak dari guru guru anak saya, terutamanya guru taranum Sekolah Kebangsaaan anak saya. Beliau memberi tips penjagaan suara menjelang pertandingan. Antaranya ialah tidak minum air sejuk dan ais. Tidak makan makanan yang pedas dan kurangkan yang berminyak. Makan gula gula berangin. Pada mulanya, saya agak keliru, apa itu gula gula berangin? Anak saya memberitahu saya bahawa gula gula itu ialah jenis gula gula dari Jenama Himalaya Hard Salt Candy Vajomba. Ada pelbagai jenis dari gula gula ini. Anak saya suka paket yang berwarna pink dan hijau. Selain daripada memberikan rasa segar pada mulut, ia juga menyegarkan kerongkong untuk membaca Al Quran kelak.

Selain itu, latihan juga harus selalu kerap. Saya akan sentiasa buka rakaman audio taranum semasa anak di rumah. Jadi, setiap masa, dia akan mendengar dan secara tidak langsung akan mengingati teknik tarannumnya di minda separa sedar. Insyaallah.

Hari pertandingan telah tiba. Kawasan di sekitar SRA Sungai Kantan 3 menjadi sesak. Kelihatan bas, van, kereta dan motorsikal kelaur masuk ke kawasan ini. Hampir tiada tempat parkir disebabkan banyaknya kenderaan. Nampak pelajar pelajar semua gembira. Inilah hari untuk mereka. Kawasan sekolah ini agak luas juga. Di sebelah sekolah ini ada surau. Disinilah acara tilawah lelaki dan perempuan dilaksanakan. Alhamdulillah, surau ini sejuk kerana ada aircond, luas dan sangat selesa. Sebelum ini, acara tilawah dilakukan di dalam kelas. Tahun ini, ada kelainan. Alhamdulillah. Jadi lebih jelas suara peserta qari dan qariah.

Anak saya bergerak ke SRA Sungai Kantan 3 bersama sama guru pengiringnya. Saya ke sana bersama suami untuk memberi sokongan moral kepada anak. Setibanya kami di sana, anak sudah berada di surau. Dia mendapat giliran nombor pertengahan. Qari dan Qariah baca berselang seli Ini satu lagi kelainan yang saya perhatikan bagi tahun ini. Semua peserta berada di dalam surau. Peserta lelaki satu barisan dan perempuan satu barisan. 

Lagi seorang anak saya terlibat dalam pertandingan azan. Jadi, kami berpecah dua. Seorang memantau di acara tilawah di surau, seorang lagi di acara tilawah di tingkat 3 blok sekolah. Bagi acara KAMIL, azan hanya diwakili oleh pelajar tahap satu.

Bagi acara tilawah, alhamdulillah anak saya dapat melakukan yang terbaik. Sejuk dan selesa katanya. Ada juga beberapa kali ke tandas. Alhamdulillah, tandas juga berdekatan. Tempata acara yang sangat memuaskan kali ini. Bagi acara azan, anak lelaki saya mendapat angka giliran yang agak hujung, jadi, agak lama dia menunggu. Dia juga telah melakukan yang terbaik.

Setelah selesai semua acara, pengumuman keputusan pertandingan sangat ditunggu oleh semua peserta. Sebenarnya, saya lihat para peserta lebih teruja untuk membeli makanan dan minuman yang disediakan sepanjang acara. Biasalah , anak anak. Itulah pengalaman mereka.

Alhamdulillah, anak saya mendapat johan bagi acara tilawah. Johan dan naib johan akan bertanding di peringkat daerah pada bulan Jun 2026 nanti. Alhamdulillah, anak anak semua gembira, meskipun anak lelaki saya tidak mendapat sebarang nombor.

Biasanya setelah selesai pertandingan, anak anak akan pow saya aiskrim. Singgahlah kami semua ke CU Mart untuk membeli aiskrim. Bagi saya, pengalaman bersama sama anak anak , adalah sanga berharga sekali.

Untuk peringkat daerah, undian penetuan surah bacaan untuk tilawah Al Quran masih dilakukan secara atas talian. Ia dilakukan dalam seminggu sebelum tarikh pertandingan. Setelah hasil undian diumumkan, anak saya mendapat surah Al Mukminun. 

Tanpa membuang masa , ustazah anak terus memulakan latihan tarannum. Tempoh seminggu diamnfaatkan sepenuhnya untuk latihan tarannum. Ustazah banyak membantu dari aspek tajwid kerana di dalam pertandingan tilawah, tajwid memberikan markah yang besar.

Setelah seminggu berlalu, hari pertandingan telah tiba. Jadual asal pertandingan ialah di SRA Sungai Ramal Luar. Tetapi, menuju ke hari kejadian, tempat pertandingan bagi acara MIISRA (Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama) diubah ke Masjid Sungai Ramal Luar. Acara MIISRA ini akan terus sehingga peringkat kebangsaan manakala acara SAN hanya sehingga peringkat negeri sahaja.

Sehari sebelum pertandingan, saya meminta anak untuk fokus dengan tajwid. Minggu terkahir juga anak saya sibuk dengan KLAS renang anjuran KBS di Nadim UKM. Masa begitu padat sekali. Alhamdulillah, anak saya masih dapat membahagikan masa dengan baik bagi memberi yang terbaik untuk pertandingan kali ini.

Hari pertandingan dijadualkan pada hari Sabtu. Waktu itu bertembung pula dengan kelas haazan anak di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi. Setelah membatalkan kelas hafazan, anak saya fokus ke pertandingan ini. Masa ini juga ada tetamu dari Singapura datang untuk melawat saya. Terpaksalah anak saya ke pertandingan ini dengan ayahnya sahaja.

Anak saya tiba di Masjid Sungai Ramal Luar sekitar pukul 8 pagi. Ramai peserta sudah berada disana. Peserta dihimpunkan untuk diberi penerangan mengenai perjalanan pertandingan pada hari tersebut. Ada juga gerai jualan di sekitar halaman Masjid untuk kemudahan pelajar. 

Bagi acara tilawah Al Quran, ia dilaksanakan di bilik khas di belakang Masjid Sungai Ramal Luar. Seramai 8 orang peserta yang terpilih untuk peringkat Daerah Hulu Langat. Sebelum acara bermula, semua peserta diberi penerangan mengenai peraturan dan tatacara pertandingan. Suasana menjadi sedikit cemas ketika panita pertandingan menjelaskan mengenai peraturan pertandingan. Saya melihat wajah setiap peserta agak suram, cemas dan bimbang. Rupa – rupanya, panitia salah memberikan maklumat. Mereka mengatakan bahawa, setiap peserta akan masuk ke ruang penilaian / pertandingan, kemudian, ambil undian surah dan baca surah yang diperolehi. Padahal, maklumat sebelumnya mengatakan bahawa undian telah dilakuka seminggu awal.

Setelah ustaz dan ustazah sekolah anak saya menjelaskan duduk perkara ini, barulah panitia membetulkan pernyataan mereka. Saya terus melihat kelegaaan di wajah setiap peserta. Alhamdulillah. Anak saya mendapat nombor giliran keempat. Suami saya lihat, anak sangat tenang. Semoga mendapat hasil yang baik.

Kami agak terkilan sedikit, kerana ibu bapa dan guru pengiring tidak dapat masuk ke ruangan pertandingan untuk mendengar bacaan peserta. Saya rasa mungkin kerana ruang yang kecil menyukarkan untuk guru pengiring dan peserta lain berada di dalam ruang pertandingan. Setiap peserta akan masuk untuk memperdengarkan bacaannya. Setelah selesai, peserta akan keluar dan peserta baru akan masuk. Alhamdulillah anak saya dapat membuat yang terbaik. Saya selalu memberitahu kepada anak saya, kita buat sehabis baik, yang lain, serahkan kepada Allah.

Akhirnya, waktu yang dinanti sudah tiba. Satu satu pengumuman dikeluarkan. Akahirnya, pengacara majlis mengumkan senarai pemenang dari nombor 3 ke nombor 1. Alhamdulillah, anak saya mendapat keputusan sebagai naib johan. Insyaallah, tahun depan, boleh cuba sekali lagi.

Hanya johan sahaja yang akan ke peringkat negeri. Acara KAMIL peringkat negeri Selangor akan diadakan di SRA Pekan Meru di Klang pada bulan Julai nanti. Semoga wakil daerah Hulu Langat akan membuat yang terbaik kelak. Insyaallah.

Guru pengiring anak ada memberitahu bahawa naib johan akan diletakkan sebagai simpanan untuk peringkat negeri. Alhamdulillah ada rezeki juga dapat sijil nanti.

Secara keseluruhannya, saya sangat bangga dengan anak saya. Semoga menjadi inspirasi untuk anak anak yang lain

Leave a Comment