Alhamdulillah dua orang anak saya telah melalui pengalaman belajar berenang di Nadim Swim Centre. Sebenarnya sudah lama saya ingin membawa anak saya untuk belajar berenang, tetapi masa yang tidak mengizinkan. Sebelum itu, ibu bapa di kumpulan Whatsapp sekolah anak saya ada memberikan maklumat mengenai kelas berenang di UPM. Kelas itu diadakan setiap hari Sabtu. Oleh kerana waktu itu kebetulan bersamaan dengan Kelas Bahasa Arab anak saya di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 11, jadi saya terpaksa hold dahulu untuk menyertai kelas berenang ini. Kemudian, saya ternampak iklan kelas berenang anjuran KBS Hulu Langat dengan kerjasama Nadin Swim School. Saya tanpa membuang masa, terus mengisi borang yang diberikan secara online. Sebelum ini saya selalu megikuti apa apa update daripada FB KBS Hulu Langat. Apabila sahaja iklan KLAS renang ini lalu di wall FB saya, saya terus klik. Alhamdulillah setelah hampir sebulan, saya dihubungi oleh pegawai KBS iaitu Encik Adha. Pada mulanya, saya ingatkan scammer yang telefon saya. Setelah saya bertanya lebih lanjut, barulah saya mengetahui bahawa ini ialah pegaai KBS yang sebenar. Saya diberikan pilihan untuk memilih slot sama ada pukul 2.30 petang atau 3.30 petang. Kebetulan, pada masa itu, hujan selalu turun pada waktu petang. Terus saya memilih slot 2.30 petang. Setiap slot hanya memperuntukkan sejam sahaja. Kelas renang dijalankan pada waktu hari bekerja. Ia dijalankan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis. Sebanyak 6 kelas dijalankan. Semuanyai dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) . Setiap peserta tidak mengeluarkan sebarang kos dan bayaran sepanjang program ini dijalankan. KBS bukan sekadar menaja KLAS Renang, tetapi juga set pakaian renang termasuk google dan cap renang. Alhamdulillah. Jika dikira kira, jumlan pembiayaan untuk setiap pelajar menghampiri rm600. Terima kasih KBS kerana cakna dengan keperluan masyarakat . Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dengan penajaan ini. Program ini menyasarkan kanak kanak dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapatkan peluang belajar berenang. Ia adalah inisiatif dari KBS dan setahu saya ia telah dijalankan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Alhamdulillah.
KLAS Renang anjuran KBS
KLAS ialah singkatan bagi Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang. Program ini menyasarkan dua kategori. Yang pertama ialah kanak – kanak dari 7 hingga 12 tahun. Kategori yang kedua ialah warga emas. Ia dijalankan di seluruh negara. Antara tujuan program KLAS ini ialah untuk mendedahkan kemahiran asas renang kepada kumpulan sasar. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengurankan insiden lemas di kalangan warga. Diharapkan dengan adanya program bersasar seperti ini, objektif nya akan tercapai. Untuk menyertai program ini, anda dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu. Pada beberapa tahun lepas, saya ada mendaftar tetapi tidak berjaya. Alhamdulillah kali ini berjaya.
Nadim Swim Centre UKM Bangi
Nadim Swim Centre ialah pusat pembelajaran berenang yang telah lama dan terkenal. Kerjasama KBS dengan Nadim sangat sesuai. Ia terletak di dalam UKM Bangi. Tempatnya terletak di sebelah kawasan Golf UKM dan Bahagian Keselamatan UKM.
Terdapat ruang parkir yang agak besar di Nadim Swim Centre. Maka, mudahlah bagi ibu bapa untu parkir kereta disini. Antara kemudahan – kemudahan disediakan di Nadim ialah surau, tandas , tempat mandi, vending machine makanan dan minuman ringan, penjualan pelbagai produk renang dan bermacam macam lagi.
Tetapi bagi saya antara kekuatan bagi Nadim Swim Centre sepanjang 6 kelas anak anak saya disini, ialah isntruktor atau guru renang yang sangat ramah dan profesional dengan anak anak. Mereka dengan sabar melayan karenah anak anak yang pelbagai. Ini yang bagi saya kekautan Nadim.
Kolam renangnya juga sangat sesuai untuk orang yang mula belajar berenang. Terdapat juga jaring di atas sebahagian kolam renang. Mungkin untuk mengelakkan terkena hujan jika hujan kerana kawasan kolam renang Nadim ini bersifat outdoor.
Di sebelah Nadim Swim Centre, terdapat tempat bermain Pickle Ball dan Kedai Makan Zul Botak yang menjual roti canai pada waktu pagi.
Pengalaman Anak Belajar Berenang di Nadim Swim Centre UKM Bangi dibawah Program KLAS Renang KBS
Bagi saya , pengalaman mengikuti 6 kali KLAS renang di Nadim ialah pengalaman yang sangat menyeronokkan dan mengujakan bagi anak anak saya. Mereka sangat teruja jika kelas akan dimulakan. Setiap habis selesai sekolah, mereka akan terus menukar baju dan bersiap untuk ke UKM Bangi
Pada hari pertama, sesampainya di Nadim Swim Center, petugas mencatat kehadiran dan mengasingkan pelajar dengan cikgu renang masing masing. Kemudian, baju dan seluar renang, cap, dan google diberikan kepada setiap pelajar. Bagi ibu bapa pula, mereka diminta mengisi borang kehadiran dan juga mengisi borang insurans sepanjang program tersebut secara atas talian. Insurans ini penting untuk melindungi para pelajar sepanjang latihan di sini.
Setelah siap bersiap, anak saya terus melompat ke dalam kolam renang. Terkejut saya dibuatnya. Nasib baik ada cikgu renang. Ada ada aja anak saya ini. Teruja sangat nampaknya! Bermula lah sesi pembelajaran anak anak saya bersama sama peserta lain.
Teknik pembelajaran renang Nadim sangat menarik . Cikgu renang akan mengajar kumpulan kecil dari 3 ke 4 orang pelajar sahaja. Jadi, pembelajaran akan lebih spesifik. Pada hari pertama, cikgu lebih mengajar anak anak dengan konspe keyakinan diri dalam air. Selain itu, mereka juga diajar teknik bernafas dalam air. Jangan risau, semua cikgu renang di Nadim ialah jurulatih yang berpengalaman.
Sepanjang dua minggu latihan di sini, anak saya diberikan pendedahan mengenai teknik apungan. Ia mengajar anak anak tentang cara terapung di dalam air. Antaranya teknik mushroom float dan pelbagai lagi. Selain itu, mereka juga diajar teknik gliding / meluncur. Ada juga latihan yang menggunakan worm / cacing span untuk mengapungkan diri dan juga board untuk membantu berenang.
Kemahiran asas berenang diajar secara berperingkat peringkat sehingga pelajar pandai berenang. Setelah 6 kali latihan KLAS renang, saya nampak perubahan besar terhadap keyakinan anak saya di dalam air. Saya ada membawa mereka ke kolam renang di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 11 dan mereka santa menikmatinya. Berenang menjadi sukan utama mereka sekarang.
Setelah selesai 6 kali sesi latihan, masa untuk berpisah sudah tiba. Pegawai KBS iaitu Encik Adha dan pegawai atasannya turut hadir untuk sesi bergambar. Setiap peserta juga diberikan sijil sebagai bukti kehadiran KLAS ini.
Nadim Swim School yang juga dikenali sebagai Komples Renang UKM Bangi insyaallah tempat terbaik untuk belajar berenang. Saya begitu berharap agar pihak KBS akan terus mengadakan program sebegini pada masa akan datang. Buat ibu bapa diluar sana, anda harus sentiasa cakna tentang peluang peluang ini semuanya. Terima kasih KBS dan Nadim Swim Centre.