Alhamdulillah dua orang anak saya telah melalui pengalaman belajar berenang di Nadeem Swim School. Sebenarnya sudah lama saya ingin membawa anak saya untuk belajar berenang, tetapi masa yang tidak mengizinkan.
Impian Belajar Berenang & Peluang Program Renang KBS
Sebelum itu, ibu bapa di kumpulan Whatsapp sekolah anak saya ada memberikan maklumat mengenai kelas berenang di UPM. Kelas itu diadakan setiap hari Sabtu. Oleh kerana waktu itu kebetulan bersamaan dengan Kelas Bahasa Arab anak saya di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 11, jadi saya terpaksa hold dahulu untuk menyertai kelas berenang ini.
Kemudian, saya ternampak iklan kelas berenang anjuran KBS Hulu Langat dengan kerjasama Nadim Swim School. Saya tanpa membuang masa, terus mengisi borang yang diberikan secara online. Sebelum ini saya selalu megikuti apa apa update daripada FB KBS Hulu Langat.
Alhamdulillah setelah hampir sebulan, saya dihubungi oleh pegawai KBS iaitu Encik Adha. Pada mulanya, saya ingatkan scammer yang telefon saya. Setelah saya bertanya lebih lanjut, barulah saya mengetahui bahawa beliau ialah pegawai KBS yang sebenar.
Saya diberikan pilihan untuk memilih slot sama ada pukul 2.30 petang atau 3.30 petang. Kebetulan, pada masa itu, hujan selalu turun pada waktu petang. Terus saya memilih slot 2.30 petang. Setiap slot hanya memperuntukkan masa selama sejam sahaja. Kelas renang dijalankan pada waktu hari bekerja. Ia dijalankan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis. Sebanyak 6 kelas dijalankan. Semuanyai dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) . Ingat ye, ini ialah kelas berenang yang dibiayai oleh KBS, jadi waktunya ditetapkan pada hari bekerja. Untuk kelas renang rasmi daripada Nadim Swim School, anda boleh memilih bila sahaja anda ingin belajar berenang.
Setiap peserta tidak mengeluarkan sebarang kos dan bayaran sepanjang program ini dijalankan. KBS bukan sekadar menaja KLAS Renang sahaja, tetapi juga set pakaian renang termasuk gogal dan topi renang. Alhamdulillah. Jika dikira kira, jumlan pembiayaan untuk setiap pelajar menghampiri RM 600. Terima kasih KBS kerana cakna dengan keperluan masyarakat.
Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dengan penajaan ini. Ia adalah inisiatif dari KBS dan setahu saya ia telah dijalankan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Alhamdulillah.
KLAS Renang Anjuran KBS
KLAS ialah singkatan bagi Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang. Program ini menyasarkan dua kategori. Yang pertama ialah kanak – kanak dari 7 hingga 12 tahun. Kategori yang kedua ialah warga emas. Ia dijalankan di seluruh negara. Antara tujuan program KLAS ini ialah untuk mendedahkan kemahiran asas renang kepada kumpulan sasar.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengurangkan insiden lemas di kalangan warga. Diharapkan dengan adanya program bersasar seperti ini, objektif nya akan tercapai. Untuk menyertai program ini, anda dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu. Pada beberapa tahun lepas, saya ada mendaftar tetapi tidak berjaya. Alhamdulillah kali ini berjaya.
Kenapa Saya Memilih Nadeem Swim School UKM Bangi
Nadeem Swim School ialah pusat pembelajaran berenang yang telah lama dan terkenal. Kerjasama KBS dengan Nadim sangat sesuai. Ia terletak di dalam UKM Bangi. Tempatnya terletak di sebelah kawasan Golf UKM dan Bahagian Keselamatan UKM.
🏊 Terdapat ruang parkir yang agak besar di Nadim Swim School. Maka, mudahlah bagi ibu bapa untu parkir kereta disini.
🏊 Terdapat kemudahan surau di sebelah tandas untuk memudahkan urusan solat.
🏊 Terdapat vending machine makanan dan minuman ringan jika anda lapar
🏊 Terdapat penjualan pelbagai produk renang seperti topi renang dan lain lain
🏊 Terdapat kafe di bangunan sebelah kolam renang
🏊 Disediakan meja dan kerusi untuk ibu bapa rehat sementara menunggu anak mereka berlatih berenang
🏊 Tetapi bagi saya antara kekuatan bagi Nadim Swim School sepanjang 6 kelas anak anak saya disini, ialah instruktor atau guru renang yang sangat ramah dan profesional dengan anak anak. Mereka dengan sabar melayan karenah anak anak yang pelbagai. Ini yang bagi saya kekautan Nadim.
🏊 Kolam renangnya juga sangat sesuai untuk orang yang mula belajar berenang. Terdapat juga jaring di atas sebahagian kolam renang. Mungkin untuk mengelakkan terkena hujan jika hujan kerana kawasan kolam renang Nadim ini bersifat outdoor.
Di sebelah Nadim Swim School, terdapat tempat bermain Pickle Ball dan Kedai Makan Zul Botak yang menjual roti canai pada waktu pagi.
Pengalaman Anak Belajar Berenang di Nadim Swim School UKM Bangi dibawah Program KLAS Renang KBS
Bagi saya , pengalaman mengikuti 6 kali KLAS renang di Nadim ialah pengalaman yang sangat menyeronokkan dan mengujakan bagi anak anak saya. Mereka sangat teruja jika kelas akan dimulakan. Setiap habis selesai sekolah, mereka akan terus menukar baju dan bersiap untuk ke UKM Bangi
Pada hari pertama, sesampainya di Nadim Swim Center, petugas mencatat kehadiran dan mengasingkan pelajar dengan cikgu renang masing masing. Kemudian, baju dan seluar renang, cap, dan google diberikan kepada setiap pelajar. Bagi ibu bapa pula, mereka diminta mengisi borang kehadiran dan juga mengisi borang insurans sepanjang program tersebut secara atas talian. Insurans ini penting untuk melindungi para pelajar sepanjang latihan di sini.
Setelah siap bersiap, anak saya terus melompat ke dalam kolam renang. Terkejut saya dibuatnya. Nasib baik ada cikgu renang. Ada ada aja anak saya ini. Teruja sangat nampaknya! Bermula lah sesi pembelajaran anak anak saya bersama sama peserta lain.
Teknik pembelajaran renang Nadim sangat menarik . Cikgu renang akan mengajar kumpulan kecil dari 3 ke 4 orang pelajar sahaja. Jadi, pembelajaran akan lebih spesifik. Pada hari pertama, cikgu lebih mengajar anak anak dengan konspe keyakinan diri dalam air. Selain itu, mereka juga diajar teknik bernafas dalam air. Jangan risau, semua cikgu renang di Nadim ialah jurulatih yang berpengalaman.
Sepanjang dua minggu latihan di sini, anak saya diberikan pendedahan mengenai teknik apungan. Ia mengajar anak anak tentang cara terapung di dalam air. Antaranya teknik mushroom float dan pelbagai lagi. Selain itu, mereka juga diajar teknik gliding / meluncur. Ada juga latihan yang menggunakan worm / cacing span untuk mengapungkan diri dan juga board untuk membantu berenang.
Kemahiran asas berenang diajar secara berperingkat peringkat sehingga pelajar pandai berenang. Setelah 6 kali latihan KLAS renang, saya nampak perubahan besar terhadap keyakinan anak saya di dalam air. Saya ada membawa mereka ke kolam renang di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 11 dan mereka santa menikmatinya. Berenang menjadi sukan utama mereka sekarang.
Setelah selesai 6 kali sesi latihan, masa untuk berpisah sudah tiba. Pegawai KBS iaitu Encik Adha dan pegawai atasannya turut hadir untuk sesi bergambar. Setiap peserta juga diberikan sijil sebagai bukti kehadiran KLAS ini.
Kesimpulan
Nadim Swim School yang juga dikenali sebagai Komples Renang UKM Bangi. Insyaallah, ini tempat terbaik untuk belajar berenang. Saya begitu berharap agar pihak KBS akan terus mengadakan program sebegini pada masa akan datang.
Kepada ibu bapa di sekitar kawasan Bangi dan Putrajaya, anda boleh lah menghantar anak anak anda ke sini untuk belajar berenang. Insyaallah berbaloi.