Pengalaman menyertai pertandingan mendeklamasikan sajak. Saya sangat berminat dengan pendeklamasian sajak. Saya sangat tertarik dengan pelbagai jenis sajak. Apabila membaca sajak, saya cuba menyelami maksud tersurat dan tersirat dalam sajak itu. Penjelajahan dalam mencari makna setiap perkataan Melayu Klasik juga sangat mengujakan saya. Saya seolah – olah berada di zaman Kesultanan Melayu lama.
Kata kata seperti atma, dan pelbagai lagi memberi sinar keterujaan saya dalam menyelami indahnya bahasa itu sendiri.
Saya juga berpeluang bertemu penyair handal seperti Dr Lim Swee Tin di acara pertandingan deklamasi sajak Petaling Jaya pada tahun 2022 silam.
Atas dasar itulah, saya sering membawa anak anak saya mendengar dan menyertai pertandingan sajak di luar waktu sekolah. Saya sedar bahawa slot untuk mewakili sekolah dalam pertandingan sajak amat tipis kerana banyak bakat yang ada. Jadi, saya mencari insiatif untuk mencari sendiri pertandingan itu secara online. Antaranya yang kerap saya bawa anak saya sertai ialah pertandingan deklamasi sajak petaling jaya.
Anak saya menyertainya juga pada tahun ini, iaitu tepat pada 8 ogos 2026 di Perpustakaan Komuniti Ptelaing Jaya. Banyak sungguh penyair /penyajak yang berbakat dari peringkat sekolah rendah sehingga terbuka.
Bagi pertadingan kali ini, anak saya menyertai kategori sekolah rendah. Antara syarat – syarat bagi pertandingan ini ialah sajak haruslah dicipta sendiri dan mesti bertemakan Petaling Jaya. Perkataan Bandaraya mapan dan bahagia harus disertakan dalam sajak tersebut. Keseluruhan tema juga mesti ada tema merdeka. Nilai nilai baik juga harus dijelmakan dalam sajak tersebut. Tajuk tema utamanya ialah dari pejuang ke pewaris.
Agak berat juga tema kali ini, tetapi sangat mengujakan. Alhamdulillah dalam sehari, saya sudah selesai menyiapkan teks sajak tersebut. Saya teringat kata kata daripada Prof Lim Swee Tin yang mengatakan bahawa, jangan terlalu menggunakan kata kata yang terlalu bombastik / klasik sehingga pendengar tidak memahami maksud sajak tersebut. Jadi, saya memasukkan beberapa sahaja kata klasik yang saya rasa bersesuaian di dalamnya.
Prof juga ada menyatakan bahawa jangan takut untuk mengkritik / melontarkan pandangan dalam sajak tersebut kerana fungsi penyair ialah membawa aspriasi rakyat marhaen. Jika penyair seolah taku takut, apa lagi yang nak diharapkan dengan masyarakat kita!
Tajuk sajak anak saya kali ini saya namakan Teruskan Berjuang. Walaupun isi kandungannya tidak begitu bagus, tetapi saya rasa mungkin sesuai untuk aras pembawaan sajak untuk anak saya.
Ini adalah sajak yang saya hasilkan itu. Komen dan pandangan anda amat saya hargai…
Saya melihat banyak bengkel penghasilan sajak diadakan secara bersemuka. Insyaallah, jika ada masa terluang , akan saya sertainya.
Tidak lupa juga, ada seorang hakim yang turut bersama sama Prof Lim Swee Tin ketika memberi ulasan keseluruhan mengenai sajak sajak yang dihasilkan, beliau memberitahu bahawa, alam adalah sumber utama dalam penghasilan sajak.
Sepanjang saya membawa anak anak saya menyertai pertandingn sajak, banyak pengalaman yang saya boleh kongsikan yang saya rasa mungkin dapat membantu anda semua, insyaallah,
Pertama, ada sesetengah penganjur yang mewajibkan peserta mendapatkan tanda tangan rasmi dan cop dari pengetua / guru besar sekolah. Jika ini, kesnya, adan boleh letak nama guru pengiring sebagai nama anda dan letak dalam kurungan tulisan ibu bapa murid. Selain itu, maklumkan kepada penganjur bahawa anda, sebagai bu bapa yang akan mengiringi peserta. Pastikan anda minta anak mohon tanda tangan dan cop dari guru besar secepat mungkin sebab biasanya guru besar sibuk dan jarang ada di sekolah.
Kedua, biasanya pihak penganjur akan menyediakan makanan dan minuman untuk peserta dan guru pengiring / ibu bapa pengiring. Jangan segan untuk bertanya kepada panitia majlis mengenai keberadaan makanan itu. Insyaallah, ada rezeki, adalah nanti
Ketiga, hasilkan sajak untuk anak anda secepat mungkin. Kalau boleh 2 minggu sebelum tarikh pertandingan, anda sudah berjaya hasilkan sajak untuk anda.Tujuannya, untuk memudahkan anak anak anda menghafal sajak sebelum tarikh pertandingan. Saya pernah melihat peserta yang terlupa bait bait sajak ketika mendeklamasikan sajak. Mereka mungkin panik atau kurang masa menghafal. Kesian, kadangkala melihat mereka, tetapi tidak mengapa kerana itu akan menjadi motivasi kepada mereka untuk lebih maju dan berani
Keempat, 3 atau 4 hari sebelum pertandingan, jangan benarkan anak untuk makan makanan pedas dan banyak berminyak. Jangan berikan juga air sejuk terutamanya ais. Anak anda harus berpantang sementara sahaja. Ini untuk menjaga suara anak anda ketika pertandingan berlangsung kelak. Saya pernah melihat peserta sajak kategori sekolah rendah yang dianjurkan di Muzium Petaling Jaya. Pelajar itu tiba tiba hilang suara. Dia cuba berkali kali tetapi suara tetap tidak muncul. Kesudahannya, dia terus turun dan kelihatan sedih sambil ditenangkan oleh ibunya. Saya tidak pasti penyebabnya, mungkin ini salah satu sebabnya juga
Kelima, saya biasa membekalkan gula gula angin seperti Vajumba untuk anak saya sebelum pertandingan. Terma gula gula angin ini digunakan oleh ustazah tarannum sekolah anak saya. Ini baik untuk suara kata beliau. Ini sudah menjadi rutin saya, dimana, jika anak anak saya menyertai apa apa pertandingan, saya akan bekalkan gula gula Vajumba ini . Terdapat pelbagai perasa tetapi yang paling anak saya minati ialah perasa honey dan juga perasa strawberry. Terdapat pelbagai jenama gula gula angin yang lain, tetapi, jenama ini paling sesuai, kata mereka.
Keenam, hampir setiap hari menuju seminggu sebelum pertandingan, saya akan paksa anak saya mengulang – ulang sajak mereka. Saya juga akan meminta mereka mebawa sajak itu di hadapan cermin, supaya mereka dapat melihat sendiri gerak badan mereka ketika mendendangkan sajak. Jadi, mereka dapat melalukan sebarang penambahbaikan dengan lebih mudah.
Ketujuh, datang awal ke tempat pertandingan. Biasanya saya akan tiba awal ke acarea pertandingan Antara tujuannya, untuk membiasakan anak dan mengurangkan rasa gemuruh mereka.
Kelapan, jika diberikan pilihan, pilih mirofon yang dililit di kepala dan telinga dan wireless. Tujuannya, bagi memudahkan anak anda bergerak dan menggayakan aksinya. Jika cuma ada mikrofon yang berdiri sahaja, tolong sesuaikan dengan ketinggian anak dan dekat dengan mulut. Jika anda masih kurang puas dengan penyesuaian dari paniti, anda boleh terus sahaja ke pentas dan membantu anak anda.
Kesembilan, tanya kepada anak anda sama ada dia hendak ke tandas atau tidak. Kadangkala, dek kerana cemas , anak anda terlupa atau menanggguh untuk bang air kecil. Bantu mereka.
Kesepuluh, jangan lupa rakam video anak anda mendendgkan sajak untuk panduan pada masa hadapan. Anda juga boleh merakan audio bagi semua peserta lain, untuk rujukan anda pada masa hadapan. Rakaman video memerlukan memori yang besar, mungkin rakaman audio sudah mencukupi. Teks sajak peserta lain, tidak akan dapat kita tengok, jadi, dengan rakaman audio, kita dapat meneliti bait bait sajak peserta lain terutamanya yang memperoleh johan.
Kesebelas, hias pakaian anak anak anda, dari rumah. Jadi, ketika sampai di tempat pertandingan, fokus anak anda cuma mendeklamasikan sajak.
Keduabelas, setelah selesai pertandingan, simpan sijil, tulis nama anak pada sijil . Kemudian, ambil gambar sijil dan serahkan kepada guru untuk pemarkahan PAJSK
Insyaallah, akan saya kongsikan lagi pengalaman 7 tahun anak anak saya menyertai pertandingan sajak nanti.
Kongsikan juga pengalaman anak anda ye. Kita saling berkongsi pengalaman