Sumbangan Asas Rahmah ialah bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan B40 di Malaysia. Nilai sumbangan ini mungkin kecil, tetapi besar nilainya kepada penerima. Alhamdulillah. Secara ringkasnya, SARA ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumbang kos sara hidup.
Syarat Kelayakan Dan Cara Mohon ?
Antara syaratnya ialah penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, mestilah dari kategori B40. Cara untuk menyemak sama ada anda layak atau tidak ialah dengan menyemak di Sistem MyKasih ini . Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan anda. Jika anda lulus, maklumat mengenai tarikh mula bantaun anda dan tarikh tamat bantuan and akan dipaparkan. Baki bantuan anda juga akan dinyatakan. Cara semakan ni menggunakan ini menggunakan sistem My Kasih kerana sistem ini sudah sedia meneydiakan bantuan keapda penermia bantuan E-Kasih, jadi kerajaan terus menggunakan sistem ini untuk lebih efisien.
Anda tidak boleh memohon untuk bantuan ini. Kerajaan yang akan memilih anda secara automatik berdasarkan data anda di dalam sistem Sumbangan Tunai Rahmah.
Barangan Apa Yang Boleh Dibeli Dengan Sumbangan Asas Rahmah?
Antaranya ialah:
- Beras
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Roti
- Biskut
- Mi segera
- Makanan Dalam Tin
- Minuman Segera
- Bahan Rempah
- Barang Keperluan Sekolah
- Ubat ubatan
- Produk kebersihan diri
- Barangan Kebersihan Rumah
❗Ada sesetengah pasaraya yang meletakkan sticker Sumbangan Asas Rahmah untuk produk yang boleh dibeli, bagi memudahkan pengguna. Cari sticker itu. Satu lagi caranya ialah dengan download aplikasi My Kasih untuk scan kodbar produk untuk mengetahui sama ada ia boleh dibeli dengan SARA atau tidak. Pasaraya juga ada menyediakan kaunter khas untuk pembayaran menggunakan sistem SARA.
Pasaraya Yang Boleh Kita Gunakan SARA ?
- Mydin
- Hanya pasaraya besar Mydin sahaja
- Bigfresh
- Segi Freshmarket
- Lotuss (Tesco)
- Giant
- Hanya pasaraya besar Giant sahaja
- 99 Speedmart
- Hanya kedai tertentu sahaja. Untuk mengetahui senarai penuh, lihat posting fb 99 speedmart ini
- Econsave
- Hanya pasaraya besar Econsave sahaja
- Ecoshop
- Hanya di cawangan Sabah, Sarawak, Perak, Kedah
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- Pasar mini yang lain
Tarikh dan Jumlah Bayaran Sumbangan Asas Rahmah?
Berikut ialah jumlah bayaran yang diperolehi bagi kategori penerima SARA. Sumber data ini saya perolehi daripada laman web My Kasih Foundation:
Isi Rumah (STR & eKasih)
- Bilangan Penerima: 0.7 juta
- Jumlah Kelayakan Tahunan: RM2,100
- Bayaran Bulanan:
- Januari – Mac: RM100
- April – Disember: RM200
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih)
- Jumlah Kelayakan Tahunan: RM1,650
- Bayaran Bulanan:
- Januari – Mac: RM100
- April – Disember: RM150
Bujang (STR & eKasih)
- Jumlah Kelayakan Tahunan: RM600
- Bayaran Bulanan:
- Januari – Disember: RM50
Isi Rumah (STR sahaja)
- Bilangan Penerima: 4.7 juta
- Jumlah Kelayakan Tahunan: RM900
- Bayaran Bulanan:
- Januari – Mac: Tiada bayaran
- April – Disember: RM100
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)
- Jumlah Kelayakan Tahunan: RM450
- Bayaran Bulanan:
- Januari – Mac: Tiada bayaran
- April – Disember: RM50
STR merujuk keapda Sumbangan Tunai Rahmah , manakala E Kasih ialah sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Definisi ini diambil dari Pejabat Daerah Serian .
TIPS MEMBELI BARANG MENGGUNAKAN SARA!
- ❗Pergi ke pasaraya / kedai yang boleh digunakan sistem SARA pada waktu pembukaan kedai itu. Biasanya kedai yang menggunakan sistem SARA akan ada barisan beratur yang sangat panjang. Anda akan jadi stress beratur. Jika anda terpaksa pergi pada hari cuti / sabtu / ahad, gunakan konsep yang sama. Pergi pada waktu pembukaan kedai itu. Sebagai contoh, MYDIN Semenyih yang terletak berdekatan Klinik Kesihatan Kajang buka pada pukul 8 pagi. Jadi pukul 8 pagi anda sudah sampai ke sana. Jadi, anda boleh mebeli belah dengan tenang, dan tidak akan beratur panjang.
- ❗Pastikan produk yang anda beli boleh ditebus / dibeli menggunakan SARA. Scan kodbar produk atau semak sama ada sticker SARA ada di produk tersebut.
- ❗Jangan lupa mebawa kad pengenalan anda untuk membeli menggunakan SARA, kerana mereka akan memasukkan kad anda dalam mesin khas untuk menyemak baki dan melaksanakan bayaran kelak.
- ❗Semasa beratur untuk melakukan pembayaran, tanya dahulu pekerja kaunter sama ada boleh melakukan bayaran di barisan tersebut. Saya pernah nampaka ada pelanggan yagng salah beratur . Kemudian, mereka terpaksa patah balik ke barisan lain. Rugi masa.
- ❗Dapatkan maklumat lengkap SARA dari Kementerian Kewangan sendiri disini .
Semoga maklumat yang saya kongsikan bermanfaat. Insyaallah. Berjimat cermat, beli apa yang perlu. Keadaan ekonomi sekarang sedang tidak baik. Sama sama beringat. Terima kasih kerajaan kerana membantu rakyat 🤲🤲🤲