“Review Jujur Ayam Panggang Baker’s Cottage – Sedap ke Tak? (Pengalaman Pelanggan Sebenar)”

Text Size:

Pada hari Jumaat yang lepas, 4 Julai 2025, ada pembukaan cawangan baru Baker’s Cottage di Selangor. Cawangan baru itu terletak di Taman Setia Balakong. Saya sebenarnya dah lama nak cuba menu Baker’s Cottage. Sejak 2 tahun yang lepas lagi. Asyik tak sempat je, banyak urusan anak – anak. Kebetulan saya ada urusan di Taman Setia, terus saya terjah cawangan ni.

Saya tertarik dengan promosi ayam panggang mereka. Ada dua jenis, BBQ dan Black Pepper. Harga yang tertera ialah RM 16.99 . Bagi saya harga ini sangat murah. Di kawasan Gombak, jenama Ayam Masywi pasti sangat popular. Masywi adalah bahasa Arab yang bermaksud panggang. Kedai ini menjual ayam panggang sejak bertahun tahun. Ia terletak di depan rumah penjualnya di taman Gombak, Greenwood. Rupanya mereka ada juga cawangan di bangi. Setiap kedai ayam pangang ada citarasa dan peminatnya sendiri. Faktor pembelian bukan sahaja pada sebab harga. Harga mereka ialah lebih kurang RM 20 +.

Bagi Baker’s Cotatge, saya cuba yang black pepper. Setelah membayar jumlah yang diminta, saya terus duduk di kerusi dan meja yang disediakan untuk pelanggan. Mereka ada menyediakan ruang dine in bagi sesiapa yang mahu terus makan menu syarikat ini. Nampaklah, ramai kanak kanak yang menjamu selera disitu. Mungkin disebabkan harga promosi dan rasa ingin tahu, maka, tak putus – putus pelanggan melawat kedai ini.

Antara produk yang ada promosi di cawangan ini ialah air kotak Yeos, cuma RM 1.15 sahaja. Jumbo sosej cuma RM 1.99 sahaja dan semestinya ayam panggang juga. Biasanya , promosi ini adalah pada waktu yang terhad, maka, cepat cepatlah anda ke sana! Tak sampai seminit, ayam panggang saya sudah siap. Saya beranggapan bahawa mereka sudah terlebih dahulu memanggang ayam ayam tersebut beserta rempah rempah tersendiri. Kemudian, meletakkannya di dalam ruang pemanas khas. Jadi, ayam akan tetap panas dan cepat siap apabila pelanggan membelinya.

Setelah sampai di rumah, anak anak macam biasalah, terus menyerbu makanan. Nasib baik saya ada beli sos Thousand Island di Ecoshop. Bolehla mempelbagaikan rasa ayam tu nanti. Kami sekeluarga makan satu ayam tersebut dan alhamdulillah cukup untuk kami semua. Kenyang dan menyelerakan. Yang penting, dapat menjimatkan wang di kala kos sara hidup semakin meningkat sekarang.

  • 💡Ayam panggang Baker’s Cottage sangat sedap. Bagi saya, saya lebih suka perasa Black Pepper berbanding BBQ, sebab lebih terasa rempahnya. Mungkin Baker’s Cottage boleh menambah rempah bagi setiap ayam panggangnya, untuk menambah umph. Anak saya suka rempah yang extravanganze 😄😄😄 Tapi, sekarang pun dah sedappp dan mohon supaya harga promosi tetap dikekalkan. Kalau ada tetamu di rumah, tinggal beli ayam panggang je 😁

  • 💡Pada mulanya, kami nampak ayam panggang ini macam kecil. Tetapi, lepas kami buka dan makan bersama nasi (kami punya sendiri) dan pelbagai sos seperti Thousand Islands dari kedai Ecoshop , jadi tambah sedap. Baker’s Cottage juga ada memberi 2 paket sos cili perasa bawang putih. Mungkin, kalau kita guna lagi sos sos jenis lain dari Ecoshop macam sos korea dan lain – lain, mungkin akan lebih sedap.

  • 💡Jangan risau, Bakers Cottage dijamin halal. Anda boleh rujuk di laman web halal JAKIM ini, untuk menyemak status halal mereka.

  • 💡The Baker’s Cotage selalu membuat promosi. Contohnya, promosi terbaru mereka, ialah 25 % diskaun untuk sebarang kek ice cream. Sila rujuk promosi Baker’s Cottage ini untuk info yang terbaru.

Kesimpulannya, ayam panggang Baker’s Cotage sangat sedapppp !!! Apalagi, jom la pekena kedai ini. Semoga Bermanfaat!

Artikel ini tiada kaitan / kepentingan antara saya dengan syarikat Baker’s Cottage.

Leave a Comment