“First Time ke Singapura Dari Johor Bahru: Apa yang Perlu Tahu Sebelum Masuk?”

Text Size:

Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 21 Jun 2025 yang lepas, saya dan keluarga ke Singapura untuk menghadiri perkahwinan keluarga terdekat kami. Acara perkahwinan akan berlangsung di Aster Ballroom yang terletak di Upper Serangoon Shopping Center. Tempat acara ini terletak lebih kurang 15 minit daripada Queen Street Bus Terminal. Jom, saya ceritakan itinerari / pengalaman saya ke sana.

Penerbangan kami bermula dari KLIA 2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru. Pada mulanya, kami ingin menaiki keretapi, tetapi disebabkan keretapi laju KTMB @ ETS ( Electrical Train Service) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru hanya akan dijangka siap pada bulan Ogos 2025 ini, maka, kami terpaksa memilih cara pengangkutan yang lain. Semasa kami merancang perjalanan kami, keretapi laju hanya baru siap bagi perjalanan dari KL Sentral – Gemas – ke stesen Segamat, Johor. ETS dari Segamat ke JB Sentral hanya akan siap pada bulan Ogos 2025 , insyaallah. bagi perjalanan dari utara ke Segamat, Johor sudah boleh dilakukan menggunakan ETS.

Jika perancangan Ogos 2025 ini berlaku, insyaallah perjalanan dari Kuala Lumpur ke JB Sentral, hanya memakan masa 3 jam 30 minit / 4 jam. Alhamdulillah . Jika menaiki bas, akan memakan masa hampir 5 / 6 jam. Jika kapal terbang, dalam 50 minit. Semua bergantung kepada bajet masing – masing. Disebabkan ada yang sponsor kami, kami menaiki kapal terbang 😊😊. Alhamdulillah. Semoga, murah rezki amin Ya Allah.

Semasa di KLIA 2, kami parking kereta di Long Term Car Park (LTCP) . Tempat ini masih dibawah pengurusan Malaysia Airports Holding Berhad. Tempat ini hanya dalam 5 ke 10 minit drive dari dan ke KLIA 2 / KLIA 1. Rate parking disini lebih murah berbanding jika kita parking di dalam KLIA 2. Untuk sehari pertama, bayarannya hanya RM 27. Untuk hari kedua, bayaran hanya RM17. Untuk hari ketiga, bayarannya masih RM17. Bagi hari keempat dan seterusnya, bayaran ialah RM9 untuk sehari. Ini harga promosi ya kawan kawan! Satu lagi yang saya suka dengan tempat ini ialah kerana terdapat shuttle bus percuma dari LTCP ke KLIA Terminal 1 (KLIA1) dan KLIA Terminal 2 ( KLIA2). Bus ini akan selalu ada setiap 10 ke 20 minit sekali. Untuk maklumat anda, shuttle bus ini akan berhenti di KLIA Terminal 1 dahulu, sebelum ke KLIA Terminal 2. Jangan salah turun ye πŸ˜…πŸ˜…. Saya dapat tahu berkenaan parking ini dari adik saya. Dapat jimat duit 😊😊.

Kami sampai di LTCP lebih kurang pukul 1.00 pagi sebab penerbangan kami lebih kurang pukul 7 pagi. Kami sengaja sampai awal supaya dapat rehat dengan tenang tenang, di KLIA 2. First impression saya setelah sampai di kawasan ini, ialah, tempatnya besar, setiap parking ada lampu. Untuk masuk, kita boleh guna kad Touch n Go atau kad debit. Tetapi, semasa saya menelefon pegawai yang menguruskan kawasan parking LTCP, mereka menyarankan saya untuk menggunakan kad Touch n Go, lebih mudah kata mereka. Terus saya isi kad dengan RM 100. Tenang hati saya.

Setelah masuk ke kawasan LTCP, saya terus nampak tempat menunggu bas di sebelah kiri. Tempat tunggunya selesa, ada lampu, banyak tempat duduk dan ada seorang pekerja (mungkin pegawai yang menguruskan bas shuttle) sedang duduk di situ. Alhamdulillah. Pada mulanya, saya agak skeptikal tentang tempat ini. Tetapi, setelah ke sana bersama keluarga sendiri, dan sampai pada waktu 1 pagi, alhamdulillah, semuanya okay.

Untuk info tambahan, shuttle bus ini beroperasi sepanjang 24 jam, tanpa henti. Tiada bayaran dikenakan. Percuma untuk warga Malaysia dan warga asing. Apabila bas sampai, anda hanya perlu naik dan duduk di mana mana tempat kosong. Perjalanan dari LTCP ke KLIA Terminal 1 mengambil masa lebih kurang 9 minit. Kemudian, di KLIA 1, bas akan menunggu lebih kurang 1 ke 3 minit, sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA 2. Dari KLIA 1 ke KLIA2, perjalanan mengambil masa dalam 6 minit. Total perjalanan dari LCTP ke KLIA2 ialah dalam 15 ke 30 minit. Jadi, rancang perjalanan anda betul betul takut terlepas flight. Shuttle bus ini agak besar juga, sama seperti bas Rapid KL yang anda nampak di Kuala Lumpur. Maksudnya, boleh muat dalam 30 ke 40 orang (bersama barang barang / bagasi mereka). Orang pergi ke KLIA mesti nak melancong kan, paling kurang 1 beg, mesti mereka bawa.

Sesampainya di KLIA Terminal 2, kami tiba di kawasan tunggu bas, level 2, di dalam KLIA 2. Kawasannya selesa, kerana kurang sedikit sejuk , berbanding jika kami terus ke kawasan pelepasan di tingkat atas. Jadi, kami tunggu disini, sebelum check in pada pukul 4 pagi di kawasan pelepasa n domestik. Alhamdulillah, di KLIA 2, kemudahannya semua cukup. Tandasnya selesa. Surau juga disediakan untuk solat Subuh. Kedai makanan juga ada yang buka 24 jam, iaitu di kedai Mamak di bahagian aras / level / tingkat 2 Aras Stesen Bas.

Kami berehat di kerusi yang berhadapan dengan pintu masuk aras Stesen Bas. Kerusinya agak selesa, tetapi untuk tidur di kerusi, agak payah, tapi boleh adjust kepala untuk menjadi selesa sedikit πŸ˜‚πŸ˜‚ Jika anda inginkan keselesaan dan ada lebih bajet, anda boleh tempah hotel di capsule transit . Ia macam tempat hotel yang cuma sediakan bilik berbentuk kabin / pod / capsule. Harganya lebih kurang RM 121 untuk 3 jam di Airside bagi katil Single, manakala, RM 135 untuk 3 jam (minimum jam yang boleh ditempah) di Landslide bagi katil Single. Lokasi di Landslide ialah yang berdekatan dengan Aras Stesen Bas KLIA 2.. Kalau nak selesa, boleh tidur tidur disini. Kami lepak di kerusi sahaja.

Setelah hampir 2 jam di aras ini, kami bergerak ke aras Pelepasan / Departure. Aras Pelepasan ini terletak di aras 3 , di Bahagian Bangunan Utama (Main Terminal Building). Di sana, kami terus check in di mesin check in automatik dari Air Asia. Senang sahaja untuk menggunakan mesin ini. Anda hanya letak nombor tempahan penerbangan anda. Kemudian, anda pilih nama anda. Dan finish. Anda akan diberikan salinan kertas print out boarding pass. Oleh kerana kami tidak membeli sebarang bagasi dan hanya bergantung pada (cabbin baggage / bagasi di dalam kapal terbang dimana kita letak beg di atas penyimpan barang di tempat duduk kita)kami boleh terus masuk ke dalam bahagian pelepasan.

Untuk penerbangan domestik, kami boleh masuk dalam kawasan pelepasan 2 jam sebelum penerbangan. Sebenarnya, kami ingin membeli penerbangan dari KL ke Singapura. Tetapi, kerana harganya yang melebihi bajet kami, kami pilih untuk penerbangan dari KL ke Senai Airport di Johor Bahru. Alhamdulillah, kami mendapat harga promosi dari Air Asia . Penerbangan dua hala kami, adalah lebih kurang RM 110 seorang. Harga ini tak termasuk kos memilih tempat duduk sebanyak lebih kurang RM 6 sehingga RM 30 (Hot seat) untuk seorang. Oleh sebab, kami satu keluarga, jadi saya palih tempat duduk yang berdekatan, dengan harga yang paling murah iaitu RM 6 seorang.

Biasanya, harga tiket kapal terbang, akan lebih murah pada waktu off peak, seperti awal pagi atau tengah malam. Penerbangan kami pada awal pagi, dalam pukul 7 pagi, adalah lebih murah berbanding jika kami pilih penerbangan pada waktu tengah hari atau petang. Alhamdulillah.

Sebenarnya, sudah lama kami tidak bepergian menggunakan kapal terbang! Last kami menjelajah menggunakan kapal terbang, ialah pada masa sebelum Covid 19, iaitu sekitar tahun 2017. Lama sungguh. So, this is a well deserved vacation for us.

Di pintu masuk pelepasan, ada pegawai yang bertugas memeriksa saiz bagasi kabin. Mereka sangat tegas, jika ada penumpang yang membawa lebih dari 7 kg beg kabin ( ini memang free 7kg bagi setiap penumpang), mereka akan mengarahkan penumpang untuk membeli bagasi kabin atau adjust balik barang dalam cabin bagagge supaya cuma 7 kg!. Nasib baik bagasi saya dalam 6.5 kg. Masih selamat.

Oleh kerana penerbangan saya pada 2017 lepas adalah ke Jogjakarta, saya sudah sediakan passport semua. Bila sampai di kaunter Imigresen, mereka cuma minta kad pengenalan sahaja. Saya lupa yang saya hanya terbang ke Johor Bahru πŸ˜…πŸ˜… jadi, hanya IC diperlukan. Kecuali anda bukan warganegara, mesti passport yang anda harus tunjukkan.

Kami sampai di kawasan boarding gate, dalam pukul 5 pagi. Ada lagi 2 jam sebelum kapal terbang berlepas. Jadi, untuk kill time, kami sembang sembang, sambil tidur sejenak. Setelah terdengar pengumuman azan dari speaker di lapangan terbang, kami terus ke surau berdekatan untuk sembahyang subuh. Cantik juga surau dalam boarding gate ni. Mungkin sebab orang luar tidak boleh menggunakannya, maka, surau ini kelihatan baru dan cantik.

Di kawasan boarding gate ini juga, disediakan water cooler . Tapi macam tak berapa sejuk aje πŸ˜…πŸ˜…. Ada juga cawannya disediakan. Bentuk segitiga dan diperbuat dari kertas. Saya confuse dengan design die, dan hanya sedikit air sahaja yang boleh diisi. Kenapa tak sediakan mini cup sahaja? Kan lebih mudah. jadi, kami isi sahaja air menggunakan botol air kami yang sudah kering.

Usai solat, kami bergegas untuk masuk ke ke pesawat. Sekali lagi, boarding pass kami disemak. Setelah menunggu dalam 10 ke 15 minit di ruang menunggu, kami dibenarkan masuk. Terus kami masuk dan mencari tempat duduk. Alhamdulillah, urusan kami dipermudah dan kami duduk di tempat masing masing. Saya sengaja book tempat duduk di bahagian tengah. Mungkin kebiasaan.

Di dalam kapal terbang, anak anak berasa sangat teruja. Anak saya yang sulung, dia teringat kembali sewaktu dia ke Jogjakarta. Ketika itu, dia masih berumur 5 tahun. Pengalaman yang sangat menyeronokkan katanya! Bagi anak anak kami yang lain, yang lelaki, ini pertama kali dia menaiki kapal terbang. Jelas kelihatan wajah riangnya. Dia tak berhenti bercakap dan bergurau dengan kakak kakak dan adiknya πŸ˜‚πŸ˜‚ sehinggakan penumpang di barisan lain terpaksa menegur mereka kerana terlalu happy @ bisingπŸ˜‚πŸ˜‚ Biasalah, budak budakkan.

Macam biasa, pramugari dan pramugara menunjukkan cara cara keselamatan jika berlaku kecemasan , cara pemakaian jaket keselamatan dan semua lah. Saya perhatikan anak anak saya. Mereka mengajuk perlakuan pramugara dan kemudian, ketawa kecil. Apa agaknya dalam fikiran mereka ?? πŸ˜…πŸ˜…

Kapal terbang bersedia untuk berlepas. Cuaca di luar seakan akan gerimis. Ada la rasa risau sedikit terdetik di hati. Tetapi, setelah perlepasan yang lancar, semuanya kembali tenang. Alhamdulillah. Setelah lebih kurang 5 minit, pramugari membawa troli makanan kepada penumpang yang telah pre order dan yang mahu membeli on board di kapal terbang. Oh ye, kapal terbang yang kami naiki ialah Airbus dan dari Air Asia. Untuk rakyat marhaen seperti kami, ia sudah sangat berbaloi. Adik saya yang membiayai penerbangan kali ini, telah belanja kami makanan di atas kapal terbang. Semua telah di pra tempah awal awal. Macam biasalah, anak – anak kalau sudah nampak makanan, terus diserangnya. Seronok betul mereka. Tetapi, tak sampai 5 minit, semua penumpang diminta memakai tali pinggang keselamatan kerana pesawat akan mendarat! Sekejapnya, tak sampai 45 minit penerbangan. Juruterbang ada memberitahu melalui pembesar suara, bahawa cuaca sangat tenang hari ini, maka, mereka sampai awal. Alhamdulillah. Cuma , itulah, baru menjamah sebutir dua makanan, terpaksa packing balik, sebab sudah nak mendarat.

Ini ialah senarai makanan yang kami tempah untuk penerbangan dari KLIA 2 ke Johor Bahru:

Cik R- cheesecake)
Cik A- Mac & Cheese
Mak- Bukhara Chicken
Ayah- Bukhara Chicken
Mr B- Bukhara chicken
Me- sunrise stacker
Puan A- Bukhara chicken
Kakak- chic a pop (nacho cheese)
Adik S- chic a pop (nacho cheese)
Adik B- chic a pop (nacho cheese)
Adik R- chic a pop (nacho cheese)

Semuanya sedap, panas – panas dan baunya sangat menyelerakan. Tetapi macam biasa, harga agak keras. Terima kasih kepad adik saya yang belanja. Moga murah rezeki. Amin 🀲🀲

Setelah mendarat di Senai, kami terus keluar ke terminal. Ini kali pertama kami sekeluarga ke terminal ini. Saiznya agak kecil berbanding KLIA 2. Kami sempat mengambil gambar gambar kapal terbang dan selfie sendiri dengan kapal terbang, sebelum diarahkan oleh ground worker untuk terus bergerak ke terminal πŸ˜‡πŸ˜‡ Excited punya pasal. Hahahaa.

Sebelum ini , kami merancang untuk menaiki shuttle bus dari Senai Airport ke JB Sentral. Harga tiketnya cuma RM8 sehala. Tetapi disebabkan kami ingin bergerak cepat dan destinasi kami selepas ini, bukan di JB Snetral, tetapi di Zoo Johor, kami memilih untuk menaiki Grab . Terpaksalah kami menaiki 2 kereta Grab untuk ke Zoo Johor. saya bersama suami dan anak anak menaiki grab yang lain dengan team kedua.

Sepanjang saya menaiki Grab, saya beristighfar kerana pemandu Grab itu bawa dengan agak laju. Seram sejuk saya dibuatnya. Hampir 35 minit, baru kami sampai. Kami agak lambat kerana kami bertolak dari Senai Airport pada waktu 8 pagi. Waktu itu adalah waktu puncak kerana Johor sudah tidak lagi cuit pada hari Jumaat. Sistem cuti Johor sudah sama dengan majoriti negeri di Malaysia. Kalau tidak silap saya, hanya negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang masih cuti pada Hari Jumaat dan Sabtu .

Kami tiba di Zoo Johor lebih kurang pukul 8.50 pagi. Dengan barang barang yang banyak, kami terus bertanya kepada kaunter, jika mereka mempunyai loker penyimpanan barang. malngnya tiada πŸ₯ΉπŸ₯Ή Mungkin pihak Zoo Johor boleh membuat penambah baikan dengan menyediakan loker berbayar untuk kemudahan pengunjung. Insyaallah 😊😊

Semua IC kami diminta untuk disemak. Softcopy tempahan tiket online kami juga disemak untuk kepastian. Ada seorang dari rombongan kami yang perlu membayar RM30 kerana beliau dari Australia. Bagi yang lain, bayarannya ialah seperti berikut:

Wasrganegara Malaysia
Harga Tiket Dewasa ( 12 Tahun dan keatas) – RM10
Harga Tiket Warga Emas ( 60 tahun dan ke atas) – Rm 5
Harga Tiket Kanak Kanak (5 tahun dan ke atas ) – RM 5
Harga Tiket Kanak Kanak ( Bawah 5 Tahun) – Percuma
Orang Kelainan Upaya – Percuma

Warganegara Asing
RM 30

Masa kami sampai, ada satu kumpulan pelajar dari sekolah agama di kawasan itu. Seronok mereka nampaknya. Masa anak saya masuk ke dalam zoo ini, perkara pertama yang mereka tuju ialah taman permainan. Berlari lari keriangan mereka di sana. Disini, saya simpulkan bahagian bahagian dalam zoo yang mereka lawati:

  • Kandang Singa
  • Kandang Harimau
  • Sangkar Burung
  • Kandang Gajah
  • Kandang Tapir
  • Unta
  • Ular
  • Pygmy Goat
  • Kasawari
  • Monyet
  • Rusa
  • Buaya
  • Badak Air
  • Ungka

Tahukah anda, terdapat water cooler di dalam Zoo Johor. Jadi, dapat jimat duit sikit berbanding kita beli air botol di vending machine. Kawasan water cooler itu terletak berdekatan dengan kandang monyet. Cuba cari area situ.

Di dalam zoo Johor, ada disediakan tandas lelaki dan perempuan. Tetapi masa kami kesana, tandas lelaki ada masalah air. Air tiada. tetapi, yang peliknya, air di singki ada pula!

Ada tempat berehat berbentuk bulatan yang tersembunyi berdekatan taman permainan. Cantik , redup dan sejuk tempatnya. tetapi, kena berhati hati sebab ada kawasan tempat duduk, yang ada koloni semut di bawahnya. Tak semua, ada sesetengah kerusi sahaja.

Vending machine menjual pelbagai minuman dama botol dan tin. Ada juga makanan ringan. tetapi harganya sesuai dengan loaksi dia. kalau nak jimat, beli awal awal makanan ringan, air minuman di tempat lain. Semasa saya semak maklumat di Internet, ada food truck di luar zoo. tetapi, semasa kami ke sana, macam takde je. Mungkin sebab weekday.

Zoo Johor ini juga terletak berhadapan dengan Masjid Sultan Abu Bakar. Jadi, mudahlah bagi sesiapa yang hendak solat. Insyaallah.

Setelah penat beriadah di dalam Zoo Johor, perut sudah mula berbunyi. kami terus mencari temapt makanan yang berdekatan. Adik saya terjumpa kedai bernama Lepaq Corner. Terus kami order Grab untuk kesana. Jarak tempat itu dari Zoo Johor, adalah lebihbkruang 4 minit drive sahaja. Tetapi, disebabkan kami membawa anak anak kecil dan warga emas, kami menggunakan Grab untuk lebih lancar. Untuk review tempat makan di Lepaq Corner, satu sahaja ayat kami. No comment.

Usai makan, kami terus bergegas ke tempat penginapan kami di apartment berdekatan JB Sentral. nama apartment kami ialah Twin Tower. Alhamdulillah, tempatnya selesa. Ada kolam renang untuk anak anak. Kami, yang dewasa ni tak ralat sangat dengan kolam renang. Anak anak yang masih kecil ni, seronok dia lain macam. Tetapi, diorang main di kolam renang kanak kanak sahaja. Pool bagi orang dewasa agak dalam sedikit. Kolamnya bersebelahan sahaja. Jadi, minta ibu bapa awasi anak anak dengan rapi.

Ada juga taman permainan dalam apartment ini. Jenis permainan dia , macam yang ada di Taman Tasik Titiwangsa. Seronok sangat anak anak. Antara kemudahan – kemudahan yang ada di apartment kami:

  • Oven
  • Water coler dan heater. (Pastikan anda hidupkan penapis air di sinki, supaya air dapat digunakan di mesin ini)
  • Pinggan mangkuk, sudu, garpu
  • Peti sejuk
  • Tv, internet . Netflix sendiri punya.
  • 2 Bilik tidur
  • Tandas yang selesa
  • Ruang makan dan ruang tamu yang selesa
  • Pintu pakai kad akses
  • Lif pakai kad akses

alhamdulillah. Semuanya lengkap. Adik saya kata harga satu rumah apartmetn itu hampir RM 400 untuk semalam. Satu rumah, boleh muat hampir 12 orang. Mereka sediakan 3 extra tilam untuk kita. sangat berbaloi untuk keluarga yang ramai.

Setelah berehat, segarkan badan, menonton Detective Conan kartun dan bermain Scrabble (kami bawa sendiri), tertidur lah kami kepuasan. Esok pagi, bermulalah episod kami ke Singapura.

  • ❗Perkara penting yang anda perlu buat sebelum ke Singapura, ialah mengisi borang SG Arrival Card. (SGAC). Borang ini diisi secara online dan percuma. Setelah selesai mengisinya, anda tidak perlu print. Cuma simpan soft copy di dalam handphone atau gogole drive anda untuk rujukan. Borang ini boleh diisi 3 hari sebelum bergerak ke Singapura. Sebagai contoh, jika anda akan memasuki Singapura pada hari Sabtu, anda boleh mula mengisi borang ini secara online mulai hari Khamis, atau Jumaat atau Sabtu. Saya mengisinya pada hari Khamis untuk memudahkan urusan. Jika anda telah mengisi borang tersebut dengan cermat , teliti dan jujur, insyaallah perjalana anda memasuki Singapura, akan lancar. Anda boleh mengisi borang itu disini. Jika ada masalah dengan alamat laman web yang saya berikan, pergi sahaj ke laman web utama Imigresen Singapura (ICA) disini . Oleh kerana, saya hanya berada di Singapura selama sehari. Saya tidak perlu meletak alamat tempat tujuan saya. Di bahagian Type of Accommodation in Singapore, saya pilih Others dan kemudian pilih Day Visit. Jika anda, akan menginap di Singapura lebih daripada sehari, anda perlu memberikan alamat residential / rumah atau hotel yang anda tuju di dalam borang SG Arrival Card ini. Saudara terdekat saya pernah terlupa mengisi borang ini. Jadi semasa di Imigresen Singapura, pegawai ini perasan bahawa tiada rekod borang SGAC di dalam ssitem, jadi saudara saya harus mengisinya on the spot untuk melancarkan perjalana mereka. Isi awal untuk membantu perjalanaan anda!

  • ❗Selain itu, semak status perjalanan / balcklist anda di laman web Imigresen Malaysia sebelum ke Singapura. Jika anda di senarai hitam, anda tidak boleh kelaur dari Malaysia dan memasuki Singapura. Anda boleh semak status senarai hitam imigresen anda disini . Masukkan nombor kad pengenalan anda untuk menyemak. jangan ambil mudah perakra ini.

  • ❗Pastikan anda semak tarikh tamat tempoh Passport Antarabangsa anda sebelum ke Singapura. Passport antarabangsa wajib dibuat secara online kecuali bagi kanak kanak 12 tahun dan kebawah. Selain itu, adna semua ahrus mebuatnya secara atas talian disini. Setelah mengisi maklumat yang diperlukan, dan upload gambar passport anda, anda boleh melakukan bayaran. Setelah itu, pilih lokasi untuk pengambilan pasport anda. Oleh sebab saya selalu berurusan di Putrajaya, jadi saya pilih cawangan Shaftbury. Klik sini untuk lokasinya . Lokasi ini berhadapan dengan Alamanda Putrajaya. Saya dapat mengambil passport saya dalam tempoh sehari sahaja dari tarikh saya membuat permohonan secaar online. Sangat efisien. saya pernah pergi ke Pejabat Imigresen di UTC Sentul, mereka meneydiakan perkhidmatan pembaharuan passport bagi warga emas di kaunter / walk in. Alhamdulillah. Kebanyakn isu yang dihadapi oleh permohonan secara atas talian ini ialah, gambar passport yang kita upload. Saya hanya menggunakan handphone sendiri sahaja. Ambil gambar secara menegak. Kemudian, saya menggunakan aplikasi Canva percuma untuk membuat spesifikasi saiz gambar passport yang tepat untuk permohonan ini. Setelah edit background gambar semua dalam aplikasi itu, saya download dan kemudian upload dalam sistem imigresen. Anda boleh sing up canva secara percuma di sini .

  • ❗Semasa kami di Imigresen Malaysia atau Singapura, mereka tidak bertanya mengenai Aplikasi My Sejahtera atau TraceTogether app dari Singapura. Sudah berlalu zaman Covid 19, tetapi ktia masih terus berhati hati dengan menjaga keebrsihan.

Apabila mentari pagi mula menunjukkan wajahnya, apabila suara azan bersahut sahutan di Masjid Bukit Cagar yang berdekatan, itulah petanda Sabtu sudah datang. kami bangun seawal pukul 5 pagi. kami terus kemas apartment kami. Makanan terus kami sediakan untuk sarapan anak anak. nasib baik ada lebihan makanan dari kedai makan sehari seblumnya. Boleh lah untuk anak anak mengisi perut sebelum perjalana ke Singapura. Setelah sampah dibuang di rumah sampah bawah apartment, kami terus kelaur dari apartment menuju ke JB Sentral Imigresen.

Pada mulanya, kami bercadang untuk jalan kaki sahaja dari Twin Tower apartment ke CIQ JB sentral. tetapi, disebabkan banyak pembangunan di sekitar apartment kami, agak sukar untuk kesana dengan memabwa anak anak kecil dan warga emas. jadi, kami book Grab. Jika hanya orang dewasa, kami akan berjalan kaki sahaja. Sebab jaraknya sangat dekat dan dapat jimatkan duit. Sampaikan, kakak Grab berrtanya kepada kami, betulkah kami nak naik Grab dari apartmetn kami ke CIQ JB Sentral? Hahahaa. Baik betul akak tu. Kami bersembang sembang dalam Grab. Dia memebritahu bahawa anaknya bekerja di Singapura. Dia juga ada memebri tips perjalana ke Singa[pura.

Setelah sampai ke CIQ Jb Snetral, perjalanan pantas kami BERMULA!! hahaaha. Kami ada bertanya kepada kakak Grab berkenaan prosedur . Kakak itu inform yang ikut sahaja flow orang disitu. Jadi, kami terus sahaja bergerak. Kami naik ke JB Sentral dan terus mengikuti pergerakan semua orang. Kami tiba lebih kurang pukul 8.30 pagi. Masa itu , orang sudah agak ramai juga.

Di Imigresen Malaysia, kami menggunakan sistem auto gate. Slide sahaja passport kita di mesin layan diri. Kemudian pagar akan terbuka. Setelah itu, pastikan muka kita di dalam frame kamera. Mesin akan menyemak data kita di dalam sistem Imigresen. Setelah semua lulus, kita boleh terus berjalan ke arah bas. Saya menaiki bas Causeway link. Pembayran dilakukan secara tunai atau kad debit / kredit di dalam bas.

  • ❗Untuk pembayaran menggunakan kad debit / kad kredit, pembayaran hanya boleh dibuat untuk 1 orang sahaja , pada satu satu masa. Maksudnya, jika anda membayar untuk 10 orang, anda harus tap satu persatu sehingga 10 kali untuk pembyaran. Jadi, saya sarankan anda menggunakan cash sahaja. Jika anda dari Johor bahru ke Singapura, anda bayar menggunakan Ringgit malaysia

  • ❗Semasa beratur untuk menaiki Bas Causeway, jika anda dalam satu rombongan, seperti 10 orang, pastikan anda beratur dalam satu kumpulan. Jika ada orang lain dalam kumpulan anda, bawa orang itu ke hadapan anda, supaya dalam satu barisan itu, hanya anda dan kumpulan anda sahaja. Kenapa? Anda tidak mahu terpisah dalam 1 kumpulan ketika menaiki bas CW2 nanti.

  • ❗Setelah selesai urusan imigresen di JB CIQ ( Johor Bahru Customs, Immigration and Quarantine Complex), kami menaiki bas CW2. Bas CW 2 ini beroperasi 24 jam sehari. Kami menaiki Bas CW2 ini kerana , kami ingin berhenti di Queen Street Terminal di Singapura. Dari JB CIQ, kami ke Imigresen Singapura di Woodland. Prosesnya juga sama lancar dengan Malaysia. Lokasi perkahwinan saudara saya berdekatan dengan stesen Queen Street Terminal ini. Jika anda ingin ke lokasi berbeza di Singapura, sila rujuk laman web causeway Link ini. Saya sarankan , jika anda ingin ke Singapura, bergeraklah dari JB CIQ awal pagi. Kami berlepas pada hari Sabtu, lebih kurang pukul 8.30 pagi. Alhamdulillah, situasi amsih terkawal. Jika anda ke Singapura pada waktu weekday, mungkin situasinya lebih padat. Setelah kami keluar dari Imigresen Woodland, kami beratur untuk menaiki bas CW 2 menuju ke Queen Street Terminal. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Trafik juga tidak terlalu padat. Alhamduillah.

  • ❗Secara ringkas, ini ialah bas yang anda perlu naiki, jika mahu ke lokasi – lokasi tertentu di Singapura. Semuanya dari syarikat yang sama.
    • CW1 – Dari JB CIQ ke stesen Kranji MRT
    • CW2 – Dari JB CIQ ke Queen Street Terminal (Stesen Bas Jalan Bugis)
    • CW3 – Dari Perling Mall ke Jurong East
    • CW3L – Dari Perling Mall ke CIQ 2nd Link
    • CW3S – Dari Terminal TUTA ke CIQ 2nd Link
    • CW4 – Dari Pontian ke Jurong East
    • CW4G – Dari Terminal Gelang Patah ke CIQ 2nd Link
    • CW4S – Dari Sutera Mall ke Jurong East
    • CW5 – Dari JB CIQ ke Newton Circus
    • CW6 – Dari Giant Nusa Bestari ke Boon Lay
    • CW7 – Dari Terminal Gelang Patah ke Tuas Link MRT
    • CW7L – Dari Hotel Ramada Meridin ke CIQ 2nd Link (In)
    • CW7P – Dari Hotel Jen ke CIQ
    • CWL – Dari Larkin Sentral ke CIQ
    • FC1 – Dari Forest City ke CIQ 2nd Link

  • ❗Setelah sampai di Queen Street Terminal, kami menaiki Van yagn kami sewa khas dari stesen bas ke acara perkahwinan. Sebelum ke Singapura, kami agak skeptikal untuk menempah van untuk membawa rombongan kami di sekitar Singapura. Syarikat yang kami tempah ialah SG Maxicab Travel . Kami agak was was , sama ada pemandu van akan menjemput kami di Queen Street Terminal atau tak. Akhirnya, pemandu betul betul sampai. Alhamdulillah. Bagi syarikat ini, setiap perjalan dari satu kawasan ke kawasan lain, bayarannya ialah 60 SGD. Kalau kita tukar ke duit Malaysia, hampir RM185 . Kenapa kami pilih van berbanding sistem pengangkutan yang lain? Antara sebabnya ialah jumlah rombongan kami, yang hampir 11 orang , menyebabkan kami pilih van ini. kami tak perlu berpisah kepada 2 kereta apabila memilih Grab. Kami juga tidak perlu membuang masa menaiki MRT di Singapura. Rombongan kami yang terdiri dengan kanak kanak dan warga emas, menyebabkan van menjadi pilihan. Kami juga berkejar dengan masa. kami perlu sampai di tempat perkahwinan sebelum 10 pagi, kerana 10 pagi ialah tarikh pernikahan pengantin. Oleh itu, van menjadi pilihan kami. Jika anda bergerak dengan rombongan yang kecil, anda boleh memilih sistem pengankutan yang lain. Tahukah anda, syarikat van yang kami book ini juga menyediakan bas kecil untuk rombongan yang ramai. Insyaallah, cuba hubungi mereka jika anda ingin ke Singapura ( No affilaition whatsoever here ) . Untuk info tambahan, jika anda menaiki MRT , anda boleh gunakan kad debit / kredit untuk menaikinya. Tiada lagi cash.

  • ❗Acara pengantin ialah di Upper Seranggon Shopping Centre. Saya sempat membuat kajian berkenaan tempat ini. Shopping Mall ini boleh dikategorikan sebagai shopping mall model lama. Ia tidaklah moden seperti shopping mall yang erbaru di Singapura. Tetapi kemudahan di dalamnya boleh tahan juga. Untk info tambahan, tandas disini , tidak menyediakan air didalmnya , tidak seperti di malaysia.Jadi, jika anda ingin ke tandas di mall ini, bawa sebotol air untuk memebrishkan diri. Sinki ada air, cuma tandas sahaja tiada. Keadaan ini sama seperti shopping mall moden di Malaysia.

Alhamdulillah, acara penganti berjalan lancar. Kami dapat menyaksikan hari bersejarah dan ucapan nikah pasangan pengantin. Semua sanak keluarga sangat gembira. Alhamdulillah, makanan juga sangat menyelerakan. Syarikat yang menguruskan acara perkahwinan ini ialah Aster Ballroom . Pelbagai makanan disediakan. Menunya sangat menarik hati. Semoga pasangan pengantin dikurniakan rezeki yang melimpah, kesihatan yang baik dan anak anak yang soleh solehah. Amin.

Kami disajikan dengan montaj pengantin di TV khas yang disediakan. Sangat menarik. Acara berlangsung dengan lancar. Setelah selesai persandingan, kami bergerak ke Merlion Park, Singapore . Macam biasa, kami menggunakan servis SG Maxi Cab Travel. Anda harus berhati – hati ketika search berkenaan maxi cab sg, kerana banyak syarikat syarikat yang keluar. pada mulanya, saya agak seriau juga. tetapi, setelah berbalas chat dengan pegawai syarikat yang kami tempah, keyakinan itu mula timbul dan ia terbukti benar sepanjang perjalanan kami. Sebenarnya, kami memberitahu driver untuk menjemput kami di Upper Seranggoon Shopping Center pada pukul 1.30 tengah hari, tetapi, kerana jumlah pengunjung perkahwinan yang makin ramai, ayah saya, memberi cadangan agar kami bergerak awal sahaja ke Merlion park, bagi memebri peluang abgi pengunjung lain , untuk duduk dan menjamah makanan di dewan perkahwinan. Driver datang pada pukul 12.30 tengah hari, seperti yang kami sepakati.

Perjalanan ke Merlion Park menganmbil masa hampir 19 minit. Sangat mengujakan melihat pembangunan Singapura. kali terakhir saya ke Singapura ialah pada 2015. Hampir 9 tahun lepas. Sesampainya di Merlion Park, ada beberapa jalan yang ditutup, kerana persediaan / latihan untuk hari kemerdekaan Singapura. Ada beberapa polis / plis trafik / tenetra berkawal dis ekitar kawasan Merlion Park. Ada juga beberapa jurugambar yang memakai vest dengan tulisan NDP. Saya janfgkakan NDP ialah singkatan bagi National Day Parade .

Leave a Comment