Pengalaman Ke Genting Highlands: Cara Ke Sana Naik Bas, Cable Car & Kemudahan Tandas, Surau Dan Lain Lain

Text Size:

Alhamdulillah, kami sekeluarga seramai 11 orang telah pergi berjalan jalan ke Genting Highlands. Cuti sekolah bermula pada 22 Disember 2025. Jadi, kami meluangkan masa untuk ke Genting Highlands. Anak anak sudah tidak sabar untuk ke sana. Disini, saya akan menceritakan pengalaman kami dengan lengkap. Insyaallah.

Terdapat banyak cara untuk ke Genting Highlands. Anda boleh menaiki bas (bus), car rental, atau motorsikal. Tetapi menurut saya, menaiki bas ialah cara yang paling mudah dan tenang. Anda boleh membeli tiket bas di stesen bas di KL Sentral, Stesen TBS (Terminal Bersepadu Selatan) atau Stesen TBG (Terminal Bersepadu Gombak). Anda juga boleh membeli secara online di aplikasi seperti Redbus atau Easybook.

Apakah perbezaan jika anda beli tiket bas di stesen bas ketimbang beli secara online di aplikasi? Ada perbezaannya. Yang pertama, jika anda ingin lebih jimat, lebih baik anda beli di stesen bas kerana, harga bagi kanak kanak dan warga emas (orang lanjut usia, biasanya berumur lebih dari 60 tahun) akan lebih murah. Harga tiket disini sudah termasuk tiket Cabel Car untuk pergi balik (pulang pergi). Harga bagi dewasa ialah RM 40. Harga bagi kanak kanak (Umur di bawah 13 tahun) ialah RM 34. Harga bagi warga emas ialah RM 24. Harga bagi OKU (Orang Kelainan Upaya) ialah sama dengan warga emas iaitu RM 24.

Harga ini berbeza dengan pembelian secara online. Jika anda beli online sebagai contohnya melalui aplikasi Redbus, harga untuk semua orang adalah sama, iaitu lebih kurang RM 40 + RM6. Jadi total lebih kurang RM46. Kos tambahan RM6 ini dipanggil convenient fee di dalam aplikasi. Kenapa dipanggil sebegitu ialah kerana anda boleh membeli tiket ke Genting Highland pada bila bila masa. Jika anda mahu beli tiket di stesen bas, anda hanya boleh membeli 1 minggu atau 2 minggu sebelum tarikh anda mahu ke Genting Highland. Bayangkan jika masa itu, tiket semua sudah habis! Jadi, jika anda mahu lebih tenang dan selamat, lebih baik beli secara online. Selain itu, apabila kita beli secara online, Tiada perbezaan harga antara kanak kanak, dewasa, warga emas dan OKU.

Kesimpulannya, pembelian tiket secara online lebih mahal berbanding pembelian di kaunter bas RW Genting di KL Sentral, tetapi antara kelebihan pembelian secara online ialah kita dapat beli tiket lebih awal dari tarikh berlepas kita. Selain itu, tiket kita boleh diperolehi secara digital, dimana jika hilang, kita masih boleh cetak semula. Pembelian secara online sesuai untuk orang yang risau jika tiada tiket / tiket habis. Pembelian tiket di kaunter RW Genting pula sesuai untuk orang yang ingin berjimat dan tidak kisah sama ada ada tiket atau tidak pada tarikh berlepas.

Mengikut pengalaman saya baru baru ini, ini tips yang sangat penting ketika membeli tiket bas dan menaiki bas:

  • Stesen bas di Genting Highland juga dikenali sebagai nama Genting Highlands Premium Outlet (GHPO) Terminal! Ia juga dikenali sebagai Genting Awana Bus Terminal atau Terminal Bas Awana atau Awana Sky Central. Apabila anda sampai di sini, anda akan melihat barisan kerusi menunggu yang banyak. Ada yang menunggu untuk pulang ke tempat asal mereka. Ada pula yang baru sampai di Genting Highland.
  • Apabila ingin membeli tiket bas ke Genting Highland, pilih bas RW Genting. Bas ini ialah milik syarikat Genting Highland. Selain itu, bas ini juga mempunyai seat 2 + 1. Maksudnya, dalam satu baris ada 3 tempat duduk sahaja, berbanding bas biasa yang ada 4 tempat duduk. Jadi lebih selesa. Apabila anda membeli tiket bas, pilih sekali tempat duduk untuk memudahkan pergerakan anda sekeluarga. Untuk bas yang lain, kadang kala walaupun anda telah memilih tempat duduk, tetapi tetap sahaja orang lain mengambilnya.
  • Datang tepat pada waktunya. Bas akan meninggalkan anda jika anda terlewat! Bas hanya akan menunggu sekitar 1 minit sahaja sebelum berlepas kerana pemandu bas mempunyai jadual yang padat setiap hari. Di Stesen KL Sentral, bas RW Genting yang bergerak daripada KL Sentral ke Genting Highlands hampir setiap setengah jam sekali
  • Makanan dan minuman tidak boleh dimakan di dalam bas. Habiskan atau bungkus makanan dan minuman anda sebelum menaiki bas.
  • Di dalam bas ada kamera CCTV. Jaga perlakuan anda!
  • Sebaiknya pilih bas RW Genting kerana anda dapat membeli tiket Cable Car langsung dari online.

Pengalaman Naik Cable Car adalah yang paling menyeronokkan buat anak anak. Mereka sangat seronok terutamanya ketika melihat keadaan sekeliling Cable Car. Kami tiba di Genting Skyway Cable Car lebih kurang pukul 11.40 pagi. Jadi, kabus sudah tiada dan kami dapat melihat pemandangan dengan jelas. Berikut antara tips – tips penting berkenaan Cable Car ini:

  • Belilah ticket Cable Car secara online. Semasa tiba di Genting Skyway Cable, saya melihat ramai orang yang beratur untuk membeli ticket Cable Car. Hampir berpuluh – puluh orang. Sangat padat! Kemudian, yang sudah mempunyai ticket sama ada ticket online yang mengandungi kod QR dan ticket fizikal yang baru dibeli pula mula beratur! Kami yang sudah mempunyai tiket juga harus beratur hampir 25 minit sebelum menaiki Cable Car! Apalagi orang yang belum mempunyai tiket, tentulah lebih lama
  • Jika ingin menaiki Cable Car dengan tenang, tanpa orang beratur yang panjang, anda boleh tiba awal di Genting Skyway Cable. Bas paling awal yang bergerak dari KL Sentral ke Genting Skyway Cable ialah pukul 7.30 pagi.
  • Ketika ingin menaiki kereta kabel / cable car, pastikan anda naik dengan sangat berhati – hati, kerana cable car itu akan bergerak dengan perlahan. Cable Car tidak akan berhenti ketika mengambil penumpang, ia tetap bergerak cuma lebih perlahan. Jika anda membawa anak kecil , lebih baik anda dukung untuk memudahkan pergerakan. Jika anda membawa warga emas, pastikan anda letakkan mereka di hadapan supaya mereka menaiki Cable Car terlebih dahulu kerana pergerakan mereka biasanya agak perlahan. Jadi, ia dapat mengurangkan risiko mereka tersadung atau terjatuh. Dalam kes saya, saya menyuruh anak saya yang remaja untuk memimpin ibu saya dan saya pula mendukung anak prasekolah saya.
  • Ketika menaiki Cable Car, letak handphone anda baik – baik. Jangan sampai terjatuh!
  • Sebelum Cable Car bergerak dari stesen Awana Skyway ke stesen Sky Avenue (stesen paling atas sekali), akan ada seorang Camera Man yang akan mengambil gambar kita. Masa itu, berikan senyuman terbaik anda. Jika anda berminat, setelah sampai ke Sky Avenue, anda boleh mengambil gambar tadi yang sudah diletak bingkai khas, dan juga gambar yang diletak dalam hiasan bersalji yang sangat menarik. Harganya dalam RM 100. Ia adalah pilihan. Jika anda ingin membelinya, anda tinggal bayar di kaunter khas dan pilih gambar terbaik anda. Jika anda tidak mahu, anda tidak perlu membayarnya.
  • Cable Car akan berhenti sekejap di stesen Chin Swee. Disini ialah kuil yang dibina oleh pendiri Genting Highalnd itu sendiri. Ia juga mempunyai rangkaian eskalator yang banyak! Jika anda ingin berhenti disini, anda tinggal turun sahaja. Setelah selesai meneroka, anda boleh naik balik ke Cable Car lain untuk menuju ke puncak.
  • Jangan lepaskan peluang mengambil gambar pemandangan di sekeliling Cable Car. Saya jenis yang agak gayat, jadi saya lebih banyak berdoa! Hahahahaa. Anak – anak saya sangat menikmati pemandangan Cable Car ini.

DI Stesen Bas Awana Skyway, terdapat banyak kemudahan. Antaranya:

  • Tandas disediakan sebaik sahaja anda tiba di sini. Setiap tandas menggunakan jenis tandas duduk. Ada 3 toilet di setiap tandas dan dihujung sekali disediakan tandas beserta paip air. Dua tandas yang lain tiada paip air, cuma air yang keluar dari dalam mangkuk tandas sahaja. Ada juga jenis tandas untuk kencing berdiri sebanyak 4 bahagian di setiap toilet.
  • Air di toilet sangat sejuk! Jangan terkejut ye.
  • Water cooler juga disediakan. Tempat minum air ini juga disediakan. Anda boleh juga isi semula air menggunakan botol anda.
  • Terdapat vending machine yang menyediakan pelbagai minuman dan makanan ringan. Seperti biasa, harga nya agak mahal sedikit kerana lokasinya di Genting Highland. Itu sesuatu yang wajar.
  • Ada juga kerusi urut bagi yang lenguh lenguh atau sekadar untuk refresh kan badan.
  • Saya tidak nampak sebarang tempat charge phone yang khas tetapi saya ada ternampak satu tempat plug kosong di atas kerusi urut yang mungkin boleh digunakan. Jadi sediakan power bank!

Jangan lupa membawa barang – barang ini bagi memudahkan perjalanan anda:

  • ✓ Madu stik / pek herba jenama Tolak Angin yang boleh didapati di farmasi. Tujuannya ialah untuk mengisi perut jika lapar. Jika tidak, badan akan mendapat gastrik dan kita dapat sedikit tenaga untuk meneruskan perjalanan.
  • ✓ Roti potong, jika lapar mudah untuk makan ini
  • ✓ Air kotak mengikut kesukaan anak anak. Anak anak saya suka air kotak soya dan chrysanthemum tea.
  • ✓ Panadol jika ada yang pening
  • ✓ Minyak kapak / balsem atau minyak angin
  • ✓ Mask muka bagi yang tidak kuat dengan aircond bas atau di tempat pelancongan yang sejuk.
  • ✓ Air minuman dalam botol
  • ✓ Jaket jika takut sejuk
  • ✓ Makanan ringan seperti keropok untuk mengisi perut sementara menunggu makan tengah hari
  • ✓ Power bank . Agak sukar untuk mencari port charge di sini

Anak anak saya sangat gembira ketika mereka ke Genting Highland. Disini saya sertakan tips penting untuk menjimatkan duit poket anda!

  • Waktu paling penuh dan ramai orang ke Genting Highland ialah pada bulan Disember (Cuti akhir tahun persekolahan). Jika anda ingin berjimat anda pilih untuk ke Genting Highland selain waktu ini. Ketika saya ingin membeli tiekt bas dan Cable Car ke Genting Highland, pegawai bas RW Genting di KL Sentral ada menyatakan bahawa bulan Disember
  • Sentiasa semak jadual penyelenggaraan Cable Car. Cable Car pun perlu di selenggara ye
  • Pergi hari balik hari juga seronok jika kena denganc aranya. Jimat pun dapat.
  • Sebelum naik bas ke KL Sentral, sarapan di kedai makan luar dari KL Sentral kerana lebih mudah. Cadangan saya
  • Datang awal ke stesen bas KL Sentral, Jika tidak tiket hangus
  • JIka anda rasa merchandise seperti baju yang bertulisan Genting Highland agak mahal di sana, boleh sajaha anda beli secara online
  • Bagi anda yang tidak biasa menaiki bas ke Genting, perjalanannya akan sedikit memeningkan kerana jalannya seperti ular kena palu . Ia bermaksud jalannya bersimpang siur. Jangan biarkan perut kosong sebelum menaiki bas, pasti pening dan muntah. Isi terlebih dahulu.
  • JIka anda tidak mahu mencuba sebarang permainan di Genting Highland, temph 3 jam sudah cukup untuk sekadar meneroka tempat di Genting Highland
  • Seeloknya, anda beli tiket pergi balik untuk mengelakkan tiket habis.
  • Jika lapar sangat, boleh juga ke CU untuk makan Mee cup dan lain lain makanan. Makanan di Genting Highland sudah pasti agak mahal kerana lokasinya. Harga itu wajar untuk tempat itu. Kita sendiri harus mencari cara untuk jimat
  • Pilih bas RW Genting untuk ke Genting Highland. Selesa, besar, luas, bersih, murah dan bagus!!

JIka harga bukan masalah buat anda, anda boleh pilih gondola / cable car yang see through, bermaksud boleh melihat langsung ke bawah. Tempat pijak kita lutsinar! Seronok ngeri.

Kenangan ke Genting Highland sangat bermakna untuk anak anda. Cipta memori terindah untuk mereka! Ketika melihat anak saya di dalam bas, dia nampak sangat gembira, tertawa dan seronok sekali. Itu sahaja sudah membuat saya sangat bahagia. Betullah kata orang, bahagia itu sederhana!

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat!

Leave a Comment