Assalamualaikum, Kali ini saya ingin kongsikan 50 kata kata hikmah yang menurut saya sangat memberikan makna kepada kehidupan kita dan mungkin terbaik untuk sepanjang zaman. Sekarang musim hujan, seronok sangat tengok hujan turun renyai renyai di sebalik tingkap. Di kala saya menaip ini pun, hujan petang masih turun, sangat syahdu keadaannya. Tambah lagi, pekena karipap dan teh o panas, nostalgia sangat!
Baiklah, berbalik kepada senarai kata – kata itu, ini ialah seanraninya:
- Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah 🇨🇳
-Untuk melakukan sesuatu, kita harus terus mulakannya. Jangan terlalu lama merancang , sehinggakn tidak mula mula. Seperti untuk menulis blog, teruskan buat, nanti idea akan datang mencurah curah. - Jatuh 7 kali, bangkit semula 8 kali 🇯🇵
-Ketika kita kalah atau tewas ketika melakukan sesuatu perkara, jangan menyerah. Cuba lagi. Yang penting, kita sudah mengetahui cara yang tidak membuahkan hasil. Cuba sehingga kita berjaya. Kita tidak akan rugi apa apa. Saya teringat kata kata Mateusz Rafal Rybinski dari KodingNext yang memberi ucapan di Wisma Pelangi, Bangi minggu lepas, dia mengatakan dia gagal banyak kali dan akhirnya berjaya dengan projek KodingNext - Masa terbaik menanam pokok ialah 20 tahun lalu. Masa kedua terbaik ialah sekarang 🇨🇳
-Mungkin kita pernah terfikir, kalaulah 20 tahun lepas aku mulakan, mesti aku sudah kaya sekarang! Jangan rasa kesal. Takdir kita memang seperti itu. Mungkin sekarang jika kita mulakan kembali, Allah akan beri kejayaan kepada kita. Yang penting, jangan pernah menyerah. Saya teringat lagu Jangan Menyerah dari D Massive. Lirik lagu itu boleh kita jadikan panduan - Kesabaran ialah teman kebijaksanaan 🇹🇳
-Dengan bersabar, kita akan dapat menyelamatkan diri kita sendiri. Saya teringat iklan tentang kesabaran dari Thailand. Video ini sangat menarik dan ringkas. Ia mengisahkan tentang seorang pemandu yang dipotong oleh kereta lain dengan cara yang tidak selamat. Pemandu itu ingin membalas dengan mengejar kereta tersebut. Tetapi, kawannya yang bijak berada di sebelahnya. Kawannya itu memberitahu secara rasional kesan tindakannya itu seperti, dia akan mencetuskan perlanggaran, pergaduhan, masuk ke penjara dan isterinya akan minta cerai daripadanya. Akhirnya dia mengalah. - Kata baik membuka pintu besi 🇹🇷
-Jika kita menggunakan kata – kata yang sopan dan lembut dalam menghadapi segala permasalahan, insyaallah sesuatu perkara itu dapat diselesaikan. Tahan diri anda daripada mengeluarkan kata kata yang kesat ketika marah kerana anda akan pasti meneysal di kemudian hari.