Alhamdulillah, keluarga kami telah mengerjakan umrah, dan melawat Qatar dan Turki secara sendiri atau lebih dikenali sebagai Umrah DIY (Do It Yourself) pada awal bulan November 2025 ini. Pengalaman yang sangat mengujakan kata mereka!
Jumlah ahli keluarga kami yang mengerjakan umrah secara DIY kali ini ialah seramai 5 orang iaitu:
- Bapa Mertua (Warganegara Malaysia)
- Ibu Mertua (Warganegara Indonesia tetapi berstatus Penduduk tetap / Permanent Resident Malaysia yang telah menetap lebih 50 tahun di Malaysia)
- Adik Ipar 1 (Warganegara Malaysia)
- Suami adik ipar (Warganegara Malaysia)
- Adik ipar 2 (Warganegara Malaysia)
Oleh kerana salah seorang yang pergi berstatus Penduduk Tetap Malaysia, maka permohonan visa pelancong ke Arab Saudi agak sukar sedikit. Oleh kerana untuk menjimat masa, maka, kami memohon visa transit, yang membolehkan ibu mertua saya memasuki Arab Saudi untuk melancong atau mengerjakan umrah dan menetap di sana maksimum selama 4 hari (96 jam). Visa transit ini hanya boleh diperolehi melalui pembelian tiket kapal terbang melalui syarikat penerbangan milik Arrab Saudi iaitu Saudi Airline.
Bagi warganegara Malaysia, permohonan visa sangat mudah. Hanya perlu melakukan secara online dan terus lulus. Betapa bersyukurnya saya menjadi warganeagra Maalaysia! Tahukah anda bahwa passport Malaysia kita adalah top 5 terkuat di dalam dunia. Terbaik!
Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia juga tidak memerlukan visa untuk ke Turki! Alhamdulillah.
Mengapa memilih Umrah Secara DIY, bukan melalui syarikat travel ?
Banyak yang bertanya mengapa kami memlih melaksanakan Umrah secara DIY. Antara jawapannya ialah:
- Boleh bergerak sendiri.
-Boleh kesana kemari dengan bebas. - Tidak terikat dengan jadual syarikat umrah
Bapa mertua saya, semasa di Mekah, dia berada di dalam Masjidil Haram berjam – jam, kerana fadilat bersolat di sana ialah 100 000 kali ganda pahalanya berbanding di tempat lain. Beliau tidak perlu tergesa – gesa meninggalkan masjid untuk urusan lain. Setelah selesai, bapa mertua saya jalan kaki sahaja dari masjidil Haram ke hotelnya. Pernah sekali beliau mungkin rasa kepenatan, beliau pergi ke tempat teksi dan menunjukkan alamat hotel. Alhamdulillah sampai juga. - Ketenangan dan Kepuasan
-Tidak risau ditinggal oleh jemaah lain untuk ke destinasi yang lain.
Untuk pengetahun semua, tidak semestinya umrah secara DIY akan lebih murah daripada mengikut travel agencies. Murah dan mahal sebenarnya menigkut cara kita uruskan perbelanjaan kita di sana! Jika kita berdiet ketika disana, maka jimatlah kita. Kalau kelaurga kami, kami ingin menikmati perjalanan ikut gaya kami sendiri, masa kami sendiri, insyaallah umrah secara DIY ini akan sangat berbaloi, tetapi pastikan anda buat kajian dengan terperinci terlebih dahulu. Sertai group group umrah DIY, kaji harga tiket melalui Google Flight dan lain – lain lagi.
Jika anda tidak mahu pening kepala, saya cadangkan anda untuk mengikuti syarikat umrah yang terkenal seperti Andalusia dan lain – lain lagi. Kenapa saya mencadangkan Andalusia? Kerana ibu dan bapa mertua saya pernah menggunakannya dan baik juga servisnya, kata mereka.
Mengapa memilih Qatar dan Turki juga ?
Adik ipar saya pernah menalnjutkan pengajiannya di HBKU ( Hamamd bin Khalifa University) di Doha, Qatar. Jadi, dia ingin membawa ibu bapanya ke sana, untuk merasai sendiri pengalaman hidup di negara super maju. Kata seorang lagi adik ipar saya yang pernah belajar di Universiti Al Azhar, Mesir, keadaan di Qatar jauh berbeza dengan keadaan di Mesir. Qatar lebih maju, bersih, canggih dan lebih hebat dari negara – negara Eropah dan Jepun yang lain. Sudah tentu, kos hidup disana sangat mahal. Nasib baik adik ipar saya yang melanjutkan pengajiannya di sana mendapat biasiswa penuh dari HBKU. Free of charge, termasuk kos univerisit, tiket kapal terbang, wang saku dan segalanya. Alhamdulillah.
Mengapa Turki pula? Bapa mertua saya dahulunya belajar di Pondok Pesantren Sidogiri di awal tahun 1970 an. Ketika masih mondok, dia pernah menulis surat kepada Yayasan Ikhlas di Turki. Ketika itu, yaysan Ikhlas ini akan memberikan kitab kitab Arab kepada orang yang memerlukan dari seluruh dunia. Oleh itu, bapa mertua saya, menulis surat dan alhamdulillah beliau dapat beberapa kitab Arab dari Yayasan itu secara percuma. Gembira bukan kepalang beliau! Dan atas sebab itu, beliau ingin sekali mencari tempat wujudnya Yayasan Ikhlas itu. Selain itu, beliau yang juga meminati sirah para Nabi dan sahabat, ingin sekali berziarah ke makam sahabat nabi di Istanbul dan melihat lebih dekat Masjid Biru, Aya Sofea dan lain lain lagi.
Step By Step Membuat Umrah DIY
Langkah ini sangat penting kerana, jika kita terlewat membeli tiket kapal terbang, harganya akan menjadi lebih mahal. Kos tiket kapal tebang biasanya yang paling mahal diantara kos – kos yang lain. Anda boleh menyemak di Google Flight untuk mengkaji harga tiket. Anda boleh memilih sama ada ada stop over / transit sebelum ke tujuan anda. Biasanya, tiket kapal terbang yang mempunyai transit lebih murah sedikit, tetapi anda harus mengkaji masa transit.
PERBAHARUI PASSPORT ANDA
Jangan lupa untuk perbaharui passport anda terlebih dahulu. Peraturan terbaru ialah minimum tempoh perbaharuan ialah 5 tahun. Anda harus melakukannya secara atas talian. Anda boleh perbaharui passport malaysia Antarabangsa anda disini dengan mudah. Hanya warga emas dan kanak kanak bawah 13 tahun yang boleh perbaharui di kaunter. Kos untuk memperbaharui passport untuk dewasa ialah RM200. Untuk kanak – kanak dan warga emas ialah RM100. Sebarang transaksi di kaunter, menggunakan kad debit / kredit sepenuhnya!
Umur 13 tahun merujuk kepada tarikh hari lahir anak anda. Jika masih belum 13 tahun, maka nasih dikira kanak – kanak. Orang kelainan upaya tidak dikenakan sebarang bayaran.
Bagi warga negara Indonesia dengan kartu Penduduk tetap Malaysia, anda haruslah renew / perpanjang passport di KBRI di Malaysia. Jika anda di Lembah Klang, anda boleh membuatnya di pejabat KBRI Kuala Lumpur. Sebelum ke kedutaaan, pastikan anda membuat temujanji / appointment secara online di Antrean KBRI.
SEMAK STATUS BLACKLIST IMIGRESEN
Anda wajib memyemak status perjalanan ke luar negara anda. Jangan sampai anda di blacklist, tetapi anda tidak perasan. Jika anda di larang dari ke laur negara, sila rujuk ke pejabat Imigresen yang berdekatan untuk penjelasan lanjut.
MOHON VISA SECARA ATAS TALIAN
Jangan lupa untuk memohon visa sebelum membeli tiket kapal terbang. Jika anda beli kapal terbang terlebih dahulu, kemudian naru beli tiket, agak bahaya/ takutnya burn tiket anda.
Semak sama ada negara yang kita pergi , perlu visa atau tidak. Oleh kerana kami menggunakan visa transit untuk ke Saudi Arabia, jadi tidak perlu memohon visa lain lagi. Cukup dengan membeli tiket kapal terbang Saudi Airlines, automatik dapat visa transit maksimum 4 hari.
Untuk jumlah yang lebih, bolehlah memohon visa pelancong. Boleh hubungi kedutaan Arab Saudi di Malaysia untuk maklumat lanjut
RANCANG ITINERARI ANDA
Rancang berapa hari anda akan ke tempat tertentu. Sediakan rancangan perjalanan sepanjang hari itu. jangan risau, ini hanya sebagai panduan. Mungkin akan ada perubahan kecil semasa melaksanakannya kelak. Pastikan anda sedia dengan Plan B, jika berlaku apa apa kelak
Lihat itinerari syarikat – syarikat umrah untuk mendapatkan idea. Anda juga boleh tanya ke ChatGPT atau Gemini berkenaan idea idea tempat tempat meanrik yang anda boleh lawati. Susun dan kemaskini .
BELI TIKET KAPAL TERBANG
Setelah selesai kajian anda, gunakan google flight untuk mencari tiket yang murah. Setelah anda jumpa tiket yang murah, terus ke syarikat penerbvangan tersebut. Kadangkala, ada promosi penerbangan yang kita tidak perasan. Beli tiket pergi balik untuk mengelakkan kehabisan tiket.
BELI INSURAN SECARA ONLINE
Jangan lupa untuk membeli insurans pelancongan ketika ke luar negara. banyak kisah rakyat kita yang sakit di luar negara, tetapi tidak dapat pulang ke luar negara kerana kos yang sangat tinggi untuk memindahkan mereka dari hospital di luar negara ke hospital di Malaysia.
TIPS PENTING UMRAH DIY + ZIARAH QATAR DAN TURKI !!
Disini, saya senaraikan tips – tips penting yang keluarga kami alami sepanjang melaksanakan umrah DIY dan berziarah ke Qatar dan Turki:
- Penguasaan Bahasa Arab dan Inggeris yang baik adalah satu kelebihan
Jika anda tidak menguasai sepenuhnya bahasa Arab atau Inggeris, pastikan anda hafal ayat – ayat mudah Bahasa Arab sebelum melaksanakan umrah. Ketika bapa mertua saya hendak menaiki teksi (bukan online teksi), beliau dapat berbicara dengan bahasa Arab dengan pemandu teksi. Walaupun tidak lancar, tetapi turut membantu untuk ke tempat tujuan. - Jika tempoh umrah DIY anda singkat, naik keretapi Haramain dari Mekah ke Madinah
-Jarak masa perjalanan antara Mekah ke Madinah adalah lebih kurang 2 jam 20 minit ke 3 jam 10 minit. Tempoh masa yang berbeza kerana ada keretapi yang berhenti di 1 stesen, ada yang berhenti di 3 stesen. Kita boleh memilih yang mana satu kita mahukan. Ia lebih menjimatkan masa berbanding kita menaiki bas yang memakan masa hampir 6 ke 7 jam.
-Jika ada yang berstatus OKU, sila pilih pilihan OKU semasa membeli tiket.OKU memperolehi 50 % diskaun.
-Pastikan anda membawa maksimum 1 beg bagasi dan 1 beg tangan. Jika lebih, ada bayaran tambahan akan dikenakan. Saiz beg bagasi ialah tingginya maksimum 65 cm, lebar maksmimum 55 cm dan tebal maksimum 35 cm. Info bagasi di keretapi Haramain ini mungkin untuk keselesaan penumpang lain.
-Harga tiket untuk kelas ekonomi ialah 242 SAR Riyal Arab Saudi (RM 267). Untuk kelas bisnes, harga lebih mahal iaitu 411 SAR (RM 452). - Pastikan Anda mengaktifkan Roaming Telefon sebelum ke Umrah
-Keluarga kami menggunakan Celcom Roaming. Kami memilih pelan 30 hari roaming yang merangkumi negara Arab Saudi, Qatar, Turki, dan lain – lain negara. Ada ahli keluarga yang dapat mengakses roaming dengan lancar. Ada juga yang tidak dapat mengakses langsung roaming.
-Masalah roaming juga berlaku apabila kami berada di Turki dan Oman. Ada ahli keluarga yang tidak dapat mengakses langsung roaming. Ada yang dapat akses roaming tetapi datanya sangat perlahan. Jadi, semasa kami berada di Turki, kebanyakan masa kami menggunakan Wifi apartment tempat kami sewa sahaja. Bagi yang dapat mengakses roaming, kami gunakan untuk book Uber. - Berhati – hati dengan Scam Teksi di Turki
-Keluarga kami terkena scam 3 kali ketika menggunakan Uber di Istanbul. Padahal, harga sudah ditetapkan di Uber, tetapi pemandu meminta lebih. Mengikut pengalaman kami, pemandu Uber yang berusia lebih jujur daripada pemandu yang muda! Selain itu, pastikan anda bertanya terlebih dahulu harga teksi sama ada dalam Euro atau Turkish Lira, kerana ada pemandu yang menyebut 300, tetapi tidak menyebut sama ada Euro atau Lira! Kami memilih teksi atau Uber pada perjalanan kali ini, kerana membawa warga emas. Jika tidak, sistem pengangkutan awam bas dan trem sudah memadai untuk mengelilingi Istanbul dan kawasan sektiarnya.
Insyaallah, semoga perjalanan anda selsa , gembira dan diberkati Allah , Amin.
Kami akan mengemas kini artikel ini dari masa ke semasa. Insyaallah.