Step-by-Step Cara Saya Mohon Visa Pelancong Ke Australia Untuk Lawat Keluarga

Text Size:

Artikel kali ini adalah berdasarkan pengalaman adik ipar saya memohon visa pelancong untuk ke Australia pada tahun 2024 lepas. Ikuti perkongsiannya.

Tahun lepas, saya diberikan peluang melancong ke Australia untuk melawat adik saya. Kebetulan, saya baru sahaja menamatkan pengajian saya di Pondok Pesantren Sidogiri . Saya memasuki pondok pesantren setelah selesai Degree di Malaysia! Pondok pesantren ini terletak di Pasuruan, Surabaya, Indonesia. Insyaallah, saya akan berkongsi pengalaman saya belajar di Pondok ini kelak.

Untuk negara Malaysia, kerajaan Australia memberikan keistimewaan untuk memohon visa pelancong. Kita cuma perlu download aplikasi AustralianETA dari Google Play Store atau di Apple App Store. Aplikasi ini percuma sahaja.

  1. Link AustralianETA di Google Play
  2. Link AustralianETA di Apple App Store

Pastikan aplikasi tersebut, mempunyai tulisan Department of Home Affairs sebagai developer nya. Ini bagi memastikan anda download aplikasi yang asli sahaja! Kita harus berwaspada kerana terdapat banyak scammer diluar sana.

Untuk negara lain seperti Indonesia, permohonan Visa Pealncong mereka ke Australia agak rumit, dimana mereka perlu memohon melalui sistem laman web Department of Home Affairs Australia dan pelbagai dokumen diperlukan. Mereka tidak boleh menggunakan aplikasi Australian ETA. Walaupun proses mereka agak rumit, tetapi jika diluluskan, tempoh sah laku untuk mereka keluar masuk Australia ialah 3 tahun. Ia berbeza dengan rakyat Malaysia dimana tempoh sah laku ialah hanya 1 tahun.

Berbalik kepada aplikasi AustralianETA tadi, setelah anda download, pastikan anda sediakan maklumat- maklumat berikut untuk mudah mengisinya di dalam aplikasi tersebut:

  1. Kad Pengenalan anda
  2. Pasport terbaru anda
    • Pastikan tempoh tarikh luput pasport anda adalah 6 bulan ke atas sebelum memohon ETA. Tetapi , lebih baik jika tarikh luputnya lebih lama lagi. Lagi lama, lebih bagus. Kenapa? Ia kerana, jika anda diluluskan untuk dapat Visa Pelancong menggunakan sistem ETA , anda akan diberikan tempoh 1 tahun untuk keluar masuk Australia. Dan untuk setiap kemasukan ke Australia, anda tidak boleh lebih dari 3 bulan untuk berada di Australia. Bayangkan jika anda diluluskan untuk masuk ke Australia selama 1 tahun, tetapi passport anda lagi 6 bulan hendak tamat. Rugi sangat! Setiao permohonan AustralianETA anda akan disambungkan dengan passport anda. Jadi, pastikan passport anda mempunyai tarikh luput yang lama!
  3. Duit di akaun bank sebanyak 20 AUD. Kalau mengikut kadar tukaran pada hari ini, iaitu 12 Disember 2025, di dalam sistem tukaran mata wang Bank Negara Malaysia, 20AUD ialah lebih kurang RM 55.076
    • Duit ini ialah kos untuk memohon visa pelancong menggunakan Sistem ETA. Ia sangat murah, jika dibandingkan dengan negara lain yang tidak diberikan keistimewaan menggunakan Sistem ETA ini.
    • Pembayaran secara online ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ada sistem perbankan online. Maksudnya, jika ssitem perbankan anda menghadapi masalah, anda boleh sahaja meminta saudara anda untuk membayarkannya, tetapi pembayaran mestilah menggunakan aplikasi ini.
  4. Maklumat nama penuh (wajib mengikut nama di pasport), info alamat lengkap, nombor telefon orang yang dituju
    • Kalau saya, saya nak melawat adik saya di Australia. Jadi, saya boleh menggunakan nama dia atau nama suami dia untuk mengisi bahagian ini. Jangan tersalah ejaan dan pastikan anda mengisi nama menggunakan sistem nama di Australia dengan betul.

Senarai nama negara – negara yang mendapat keistimewaan untuk menggunakan ETA:

1. Andorra
2. Austria
3. Belgium
4. Brunei
5. Canada
6. Denmark
7. Finland
8. France
9. Germany
10. Greece
11. Hong Kong (SAR of China)
12. Iceland
13. Ireland
14. Italy
15. Japan
16. Liechtenstein
17. Luxembourg
18. Malaysia
19. Malta
20. Monaco
21. Norway
22. Portugal
23. Republic of San Marino
24. Singapore
25. South Korea
26. Spain
27. Sweden
28. Switzerland
29. Taiwan (excluding official or diplomatic passports)
30. The Netherlands
31. United Kingdom
32. United States of America
33. Vatican City

dan lain lain lagi.

Pastikan Handphone anda mempunyai ciri NFC kerana hanya telefon yang mempunyai NFC boleh menggunakan aplikasi Australian ETA!

Secara ringkasnya, bagi orang Malaysia, anda wajib memohon visa pelancong menggunakan aplikasi Australian ETA terlebih dahulu. Jika anda tidak lulus, baru anda harus memohon melalui laman web IMMI Homeaffair Australia. Biasanya, anda akan mengetahui status sama ada anda lulus atau tidak ketika memohon melalui aplikasi Australian ETA dalam masa beberapa saat sahaja! Jika anda tidak lulus, anda akan dapat email melalui email yang anda daftarkan ketika memohon Australian ETA dulu. Di dalam email itu, akan disertakan apa langkah seterusnya.

Mengikut pengalaman saya setelah membantu menguruskan permohonan visa pelancong keluarga saya, maka, lebih baik, selesa dan murah untuk anda memohon permohonan ETA ini sendiri tanpa melibatkan ejen pelancongan yang mengenakan bayaran. Tetapi, jika anda tidak yakin, anda boleh meminta ejen pelancongan memohon bagi pihak anda. Bagi saya, sebaiknya, lebih baik anda sendiri yang memohon, kerana prosesnya tidaklah rumit. Pada mulanya, saya agak waswas juga memohon sendiri, tetapi setelah membaca semua dokumentasi dalam sistem IMMI HomeAffairs Australia dan pengalaman rakan rakan di Internet, ternyata , prosesnya sangat mudah dan straightforward.

Baiklah, mari kita mulakan dengan langkah demi langkah memohon visa pelancong melalui aplikasi Australian ETA:

  • 1) Download dan buka aplikasi Australian ETA
    -Apabila anda buka aplikasi, jika ia mengeluarkan info yang berbunyi:

    “NFC Required. You must use an NFC capable device to use the Australian ETA App

    -Itu bermaksud, telefon anda tidak boleh digunakan / tidak support untuk memohon visa pelancong menggunakan ETA. Jadi, anda haruslah mencari / membeli / meminjam telefon rakan anda yang boleh menggunakan ciri NFC.
    -Jika telefon bimbit anda mempunyai ciri / fungsi NFC, alhamdulillah. Anda boleh teruskan untuk langkah yang berikut
  • 2) Set Password / Passcode
    -Senarai negara yang boleh memohon ETA akan keluar di skrin handphone anda. Klik Next
    -Kemudian, akan keluar Terms and Conditions. Anda scroll ke bawah dan klik Agree
    Set passcode / password . Hanya nombor sahaja yang dibenarkan. Pilih nombor yang anda mudah ingat.
  • 3) Adakah anda Travel Agent?
    Klik No untuk soalan ini
  • 4) Klik New ETA
    -Kemudian, Klik Agree bagi Australian ETA Applciation Consent Aggrement
    Klik Start
    Scan passport anda. Pastikan passport anda bersih, tidak kotor. Selain itu, pastikan tempat anda scan passport mempunyai pencahayaan yang sesuai (tidak menimbulkan bayang bayang pada scanner di aplikasi). Anda harus adjsut passport atau handphone anda sehingga sesuai. Sebelum itu, buka cover handphone (jika ada) dan cover passport bagi memudahkan proses scan berlaku. Scan akan dilakukan secara automatik oleh aplikasi melalui teknolog NFC. Garisan warna hijau menyatakan bahawa orientasi / tempat letak passport anda betul dan aplikasi akan scan automatik. Jika garisan warna merah muncul, itu bermaksud anda harus adjsut kan lagi sehingga warna garisan bertukar ke hijau! Seberanya aplikasi cuba menegsan e chip di dalam passport anda. Gerakkan ke kiri , kanan, atas dan bawah supaya aplikasi dapat mengesannya. Jika aplikasi dapat menegsan e chip itu, akan keluar mesej / notification yang berbunyi “Hold still” dimana kita haruslah tidak bergerak langsung. Ini bagi memudahkan scanning berjaya.
    -Setelah selesai scan, maklumat di dalam passport anda akan dipindahkan di dalam aplikasi. Ini bermaksud, nama anda, nombor passport dan lain – lain lagi, akan terisi di dalam sistem aplikasi anda. Semak sekali lagi untuk pastikan ia betul!
    Ambil gambar live photo. Gambar akan diambil secara automatik. Pastikan anda tidak memakai kaca mata. Tetapi, jika gambar di dalam passport fizikal anda ada menggunakan kaca mata, maka, gunakanlah kaca mata. Jangan gunakan songkok , topi dan sebagainya. Seboleh – bolehnya, pakai pakaian yang sama dengan gambar dalam passport! Jika tidak ada, cuba cari warna yang sama. Jika tiada, guna sahaja apa apa baju dan tawakkal. Bagi perempuan, jangan gunakan make up yang tebal. Ingat, kita hendak pastikan bahawa gambar yang aplikasi ambil secara automatik di live photo, sama atau hampir sama dengan gambar passport fizikal kita. Pernah sekali masa saya ambil gambar di app, hampir berjam – jam tak lepas. Kemudian, saya tengok gambar di passport dimana ketika itu saya memakai baju berwarna gelap. Terus saya tukar baju ke warna gelap, Alhamdulillah terus lepas ambil gambar. Alhamdulillah!

Ini merupakan tips dan petua semasa menggunakan aplikasi ETA Australia. Semoga ia memudahkan urusan anda:

  • Pastikan semasa anda mengambil gambar live di dalam aps, background anda bersih, warna cerah, tiada garis garisan. Seelok – eloknya, background gunakan dinding warna cerah.
  • Jika anda cuba mengambil gambar live di aplikasi, tetapi masih belum lepas, cuba ke Google Play kalau anda menggunakan handphone dari android. Update aplikasi ETA Australia ini dan cuba ambil sekali lagi.
  • Bahagian paling “susah” di dalam permohonan menggunakan aplikasi ETA ini ialah mengamvil gambar live di apps. Seboleh – bolehnya, pastikan baju, potongan rambut anda sama dengan gambar passport anda sebelum mengambil gambar.
  • Pastikan tiada bayang – bayang semasa mengambil gambar. Saya pernah hampir berjam jam tidak lepas mengambil gambar Australian ETA disebabkan oleh bayang bayang
  • Jika semasa anda scan passport anda , maklumat yang keluar adalah salah, contohnya salah ejaan, nombor passport dan lain – lain, scan passport anda sekali lagi!

Pau

..

.

..

..

.

..

Leave a Comment