Pengalaman Saya Memohon Visa Pelancong Mesir di Malaysia (Untuk Warga Indonesia)

Text Size:

Pada bulan lepas, bulan September 2025, saya memohon visa pelancong ke Mesir untuk ibu mertua saya. Ibu mertua saya warga negara Indonesia, tetapi mempunyai Kad Pengenalan Pemastautin Tetap Malaysia ( Malaysian Permanent Resident) selama lebih 30 tahun. Ibu mertua saya sudah cuba memohon kewarganegaraan Malaysia hampir 30 tahun, tetapi belum ada rezeki.

Bagi blog kali ini, saya akan ceritakan pengalaman saya memohon visa pelancong untuk menjelajah Mesir untuk rujukan tuan / puan. Mengikut rancangan asal, kami akan melancong ke 4 negara iaitu Qatar, Mesir, Arab Saudi dan Turki. Ibu mertua saya sudah pernah ke Arab Saudi sebanyak dua kali untuk mengerjakan umrah dan menunaikan haji pada beberapa tahun yang lepas. Cuma ke tempat – tempat lain, belum lagi.

Oleh sebab ini kali pertama saya memohon, maka seperti biasa, saya melakukan carian di Internet. Maklumat mengenai cara – cara permohonan tidak banyak untuk warga negara Indonesia yang menetap / bekerja / belajar di Malaysia. Info yang banyak ialah dari warga negara Indonesia yang tinggal di Indonesia.

Setelah melakukan carian ringkas, saya bertemu dengan laman Facebook rasmi mereka. Ini ialah alamat webnya: https://www.facebook.com/profile.php?id=61561427045433

Ini ialah maklumat dari laman web tersebut:

  • Alamat: 12 Jalan Ru off Jalan Ampang Hilir 55000, KUALA LUMPUR – Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Nombor Telefon: 03-4256 6684
  • Emel: embassy.egyptkl.forms@gmail.com
  • Waktu Operasi Pejabat:
    • Isnin: 10 pagi sehingga 12 tengah hari (Urusan Pertanyaan / Permohonan Visa / Penghantaran Visa dan lain – lain)
    • Selasa: 10 pagi sehingga 12 tengah hari (Urusan Pertanyaan / Permohonan Visa / Penghantaran Visa dan lain – lain)
    • Rabu: 10 pagi sehingga 12 tengah hari (Urusan Pertanyaan / Permohonan Visa / Penghantaran Visa dan lain – lain)
    • Khamis: 10 pagi sehingga 12 tengah hari (Urusan Pertanyaan / Permohonan Visa / Penghantaran Visa dan lain – lain)
    • Jumaat: 10 pagi sehingga 12 tengah hari (Urusan Pertanyaan / Permohonan Visa / Penghantaran Visa dan lain – lain)
    • Sabtu: TUTUP
    • Ahad: TUTUP
    • TUTUP jika Hari Cuti Am Malaysia atau Mesir
  • Waktu Telefon: 10 pagi sehingga 5 petang

Setelah melakukan kajian, rupa – rupanya kedutaan Mesir terletak di kawasan perumahan bungalow. Terdapat kedutaan lain seperti kedutaan Qatar, Kedutaan Lebanon, Kedutaan Jordan, Kedutaan Republic of Guineae, Kedutaan Yaman, Kedutaan Oman, Kedutaan Mauritius, dan East Timorese Embassy. Semuanya di dalam kawasan yang sama. Tiada pengawal yang mengawal laluan utama ke sana. Hanya di depan pintu kedutaan , ada pegawai polis yang berjaga. Kawasan kedutaan ini terletak berekatan dengan Taman Tasik Ampang Hilir.

Di Google Maps, jarak dari Kedutaan Mesir dari KLCC cuma dalam 10 minit driving . Tetapi, pengangkutan awam seperti bas, lrt dan mrt tidak sampai ke situ. Oleh sebab itu, saya sarankan anda naik kereta sendiri, naik e-hailing atau naik motorsikal. Kalau nak jalan kaki, boleh juga, tapi hampir setengah jam juga dari LRT terdekat iaitu LRT Jelatek. Jika anda menaiki bas, mungkin lebih dekat. Tetapi, yang paling senang, ialah menggunakan kenderaan sendiri atau menggunakan e – hailing seperti Grab.

  1. Naik e-hailing
    • Banyak aplikasi e-hailing yang anda boleh gunakan untuk ke kedutaan Mesir. Antaranya Grab atau Air Aisa Ride. Anda tinggal pilih e-hauiling mana yang anda suka! Berikut ialah senarai rasmi e hailing yang masih aktif di Malaysia. Maklumat ini di kemaskini oleh APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat) pada 14 Julai 2025:
      • 🗓 Senarai Syarikat & Tarikh Tamat Permit
        • Tune Travel Sdn Bhd – Tune Travel – 24 Julai 2025
        • Visoncar Global Holidays Sdn Bhd – Vision – 31 Julai 2025
        • Asian Famous Tours & Travel Sdn Bhd – Gojo – 26 Ogos 2025
        • QM Innovation Sdn Bhd – My QM – 13 September 2025
        • Cherry Go Sdn Bhd – Cherry Go – 11 Oktober 2025
        • Puncak Niaga Bersama Sdn Bhd – Teksi – 12 Oktober 2025
        • Cabcar Sdn Bhd – Transporter – 7 November 2025
        • Redipay Berhad – Redicar – 9 November 2025
        • Platform Apps Sdn Bhd – Mycar – 3 Januari 2026
        • M Rides Sdn Bhd – Optima Rides – 21 Februari 2026
        • Genting Highland Taxi Services Sdn Bhd – Genting Highland Taxi Service – 27 Februari 2026
        • Kumpool Sdn Bhd – Kumpool – 29 Mac 2026
        • Gerbang Bestari Solution Sdn Bhd – Vego – 23 April 2026
        • FGE Industry Sdn Bhd – FGE Ride – 25 April 2026
        • Airasia Ride Sdn Bhd – Airasia – 5 Mei 2026
        • Pick N Go Sdn Bhd – PicknGo – 8 Mei 2026
        • Texspo Technology Sdn Bhd – Texspo Cab – 8 Mei 2026
        • Hus Ala Holiday (M) Sdn Bhd – Watravel – 25 Mei 2026
        • ID Applications Sdn Bhd – Indrive – 6 Jun 2026
        • Daxsee Sdn Bhd – Daxsee Driver & Daxsee – 19 Jun 2026
        • Evoom Sdn Bhd – Evoom – 9 Julai 2026
        • Skyelite Ventures Online Hub Sdn Bhd – Lux Ride – 10 Julai 2026
        • USGA (Malaysia) Sdn Bhd – Jomrides – 10 Julai 2026
        • AIST Malaysia Sdn Bhd – Makim – 24 Julai 2026
        • Gomyhire Travel Sdn Bhd – Gomyhire – 7 Disember 2026
        • OSO Cab Sdn Bhd – Capto – 13 Februari 2027
        • Edaran Era Sdn Bhd – Eego – 8 Mei 2027
        • Grabcar Sdn Bhd – Grab – 11 Mei 2027
        • Lalamove Sdn Bhd – Lalamove – 14 Julai 2027
        • Bolt Services Mys Sdn Bhd – Bolt – 28 Ogos 2027
  2. Naik Kereta Sendiri
    • Jika anda tidak selesa menggunakan e-hailing, anda boleh menaiki kereta anda sendiri. Cuma, pastikan anda pergi pada waktu yang teapt untuk mengelakkan kesesakan jalan / traffic jam. Kedutaan buka pada pukul 10 pagi, maka usahakan untuk sampai sebelum waktu itu. Anda boleh parkir di kawasan Taman Tasik Ampang Hilir. Ia hanya terletak 1 minit perjalanan dari kedutaan Mesir
  3. Naik Motorsikal Sendiri
    • Di Malaysia, tiada ojek online seperti gojek motorsikal. Jadi, anda harus menggunakan motorsikal sendiri. Parkir juga di kawasan Taman Awam untuk mengelkkan dar disaman.
  4. LRT / MRT / Bas dan Jalan Kaki
    • Jika anda ingin menaiki bas, pastikan anda naik Bas Rapid KL bernombor 300 atau 303. And harus berhenti di hentian bas Bangunan RISDA (KL2291). Kod KL2291 ialah kod lokasi hentian bas ini di dalam Google Maps. Dari hentian bas ini ke kedutaan Mesir, Jika anda berjalan kaki, hanya memerlukan tempoh 5 minit sahaja. Saya cadangkan anda download aplikasi Rapid Pulse untuk mengetahui status bas ini dimana sekarang. Anda juga boleh melihat di laman web My Rapid disini untuk mengetahuinya. Anda tinggal masukkan nombor bas itu sahaja.

Ingat ya, ketika kita menghantar dokumen – dokumen ini, pihak Kedutaan TIDAK AKAN MENERIMA BAYARAN TERLEBIH DAHULU. Bayaran hanya akan dikenakan atau dibayar setelah dinyatakan lulus oleh pihak Kedutaan Mesir. Pengesahan lulus ini biasanya memakan masa sehingga 2 ke 3 bulan!. Saya sudah menelfon pihak kedutaan Mesir di KL, mereka cuma memberikan seanrai beberapa dokumen sahaja. Tetapi, ketika saya ke sana sendiri, banyak lagi dokumen – dokumen yang diperlukan. Jadi, untuk permohonan visa pelancong ini, saya cadangkan anda sediakan lebih awal, dokumen – dokumen berikut. Fotostat hitam puith sahaja sudah cukup. Dapat jimat duit.:

  • Salinan Passport Asal (Muka Depan dan muka surat yang ada cop)
  • Salinan Kad Pengenalan (Bagi WNI yang ada PR Malaysia)
  • Salian KTP (bagi WNI yang ada passport sahaja)
  • Salinan Slip Gaji Dari Majikan (Slip gaji untuk 3 bulan ya)
  • Salinan Pengesahan Kerja (Surat yang menyatakan bahawa anda pekerja di syarikat tempat anda bekerja)
  • Salinan Akaun Bank (Boleh buat secara online atau ke Bank. Bank statement 3 bulan ke belakang sahaja atau pada tahun itu)
  • Mock Up Tiket Penerbangan ke Mesir (Anda jangan beli tiket rasmi terlebih dahulu. Buat sahaja tiket contoh / mock up kerana takut jika visa pelancong di reject, anda tidak rugi tiket)
  • 2 Gambar Berukuran Passport (BOleh buat sendiri secara online menggunakan Canva atau ke kedai gambar sahaja)

Susun semua dokumen ini ikut susunan. Guna klip kertas untuk menggabungkan semuanya. Letakkan dokumen ini semua dalam sampul surat besar. Letak nama pemohon, email dan nombor telefon anda di muka ahadapan sampul itu untuk rujukan pihak kedutaan)

Saya memohon untuk visa pelancong bagi ibu mertua saya pada 22 Ogos 2025. Sekarang sudah 25 Oktober 2025, masih belum selesai. Maksudnya, sudah hampir 2 bulan permohonan saya, belum juga selesai. Saya telefon ke Kedutaan Mesir KL hampir setiap hari. Jawapan mereka tetap sama. Hanya pihak Kedutaan Mesir di Mesir yang meluluskan atau reject permohonan visa pelancong kita. Jadi mereka kata, masih dalam proses.

Kadang kala, kesian juga dengan pihak kedutaan Mesir di KL, kerana asyik kena amrah hari – hari 🙂 . Tetapi mereka tetap profesional. Semua keputusan akan diputskan oleh HQ (Head Quarter / Pusat) di Mesir sana, bukan cawangan di Malaysia.

Saya perasan ada dua orang pegawai yang menjaga bahagian telefon. Yang pertama, orang Malaysia. Yang kedua orang Filipina. Kalau yang orang Malaysia, kita boleh berbahasa Melayu atau bahsa Inggeris. Jika yang menerima pegawai Filipina, dia akan cakap, “English pelase! yang ebrmaksud , dia hanay boleh bercakap bahasa Inggeris. Jika ada masalah yang mereka tidak boleh selesaikan, mereka akan sambungkan pertanyaan kita ke pegawai Mesir di Kedutaan Mesir KL. Saya perasan ada dua orang pegawai. Yang pertama, wanita Mesir yang agak boleh bercakap Inggeris. Yang kedua, adalah seorang lelaki, yang bahasa Inggerisnya agak biasa sahaja. Adik ipra saya boleh berbahasa Arab Fushah dengan pegawai Mesir, jadi senanglah dia bercakap Arab.

Leave a Comment